Pages - Menu

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Blogroll

Showing posts with label Jalan Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan Jalan. Show all posts

Monday, October 10, 2016

Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Lanchang Pahang

Assalamualaikum dan haiii..
Masa cuti Awal Muharram hari tu, kitorang kan balik kampung
kampung kat mana? kat Felda Chini, Pahang sana..

disebabkan, dah lama plan nak pergi tengok gajah dekat Kuala Gandah tu, so, asben kata boleh la singgah tengok kali ni..yeayyyy
sebab dah satu jalan kan..dah alang2 tu, marilah kita
kitorang bertolak dari Gombak pukul 11 pagi macam tulah..
Sampai Kuala Gandah dalam pukul 12 lebih..
kalau korang dari Gombak menghala ke Pantai Timur, sila exit Lanchang..

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Lanchang
sebenarnya, kitorang nak buat surprise kat Asyraf..
dia tak tau pun nak datang tengok gajah ni..

tapi tulah, sebab bila masuk je dalam kawasan ni, ko akan jumpa banyak la gambar gajah, replika gajah..
Asyraf dah excited..mami, gajah!..mami gajah!..hihi

sebelum masuk daftar, amik gambar dulu..hihi
masuk sini FREE tau..cuma kita kena pergi daftar nama lah sikit..
lepas tu, buat la sumbangan sikit untuk gajah2 tu..
nanti, kita akan diberi sticker menandakan kita adalah pelawat di situ..
nanti akan ada guard yang check kita ada ke tak sticker tu..

dan tampal lah kat mana yang korang suka dan senang dilihat oleh pakcik guard..hihi

































paksa asben posing kat sini..kihkih
ada video yang mami record sambil2 jalan sebelum sampai ke tempat gajah tu..
memang korang kena berjalan lah sikit sebelum dapat jumpa gajah tu..
kalau tak tahan panas, sila bawak payung..

bila dah nampak kelibat gajah, Asyraf punya la excited sampai menjerit jerit..
haishhh..
asben pergi beli tebu..rasenya seikat tebu tu RM3 kot..asben beli 3 ikat kot..
jenuh bagi makan..huhu


habis hati lah dapat tengok favorite animal depan mata kan.. 
kat tangan dia tu tengah pegang mainan gajah tu..

bagi gajah makan tebu..gajah gajah tu pun dok la hulur belalai tu ha..
lapar memanjang kekdahnya..
pastu kan, ada sekor gajah tu kencing..Subhanallahhhh...macam simbah air satu tong kemain banyaknya..
sempat lah mami meloya kat situ kan..hahahha



tengok kat tangan asben tu..selonggok tebu dibelinya..memang jenuh nak hulur satu satu tebu tu bagi gajah makan..
kiranya, memang puas lah hati Asyraf tu ha..
yang Dahlia macam biasa lah..takut memanjang..huhu

stop kejap..kepenatan dan kepanasan sebenarnya masa ni..memang tengahari betul..
masing masing dah berpeluh sakan habis basah baju, rambut semua dah..
nak tunggu waktu gajah mandi tapi lambat lagi..waktu gajah mandi 2.30PM..
so, kitorang tak tunggu la..







ni gambar wajib nih..nasib baik tudung tak kena sedut dengan gajah..nak bergambar depan gajah sangat kan..hahaha

ok, dah boleh balik..sebelum tu, singgah cafe diorang beli FM dulu..sebab masa kitorang pergi tu, kedai souvenir tutup sebab apa ntah..lupa.. 

pastu nanti, boleh la tempek sticker yang korang dapat tadi kat sini..nak tulis ke apa ke, boleh je..
tu adik aku siap keluarkan pen lagi tu..ada ayat hikmat dia tinggalkan kat sana..heheh

ok, jom kita balikkk..ehh tak balik lagi pun..
asben ajak singgah Deerland pulak..dah alang2 berpeluh ni kan..
yelah..mana2 lah..janji anak2 happy sudahh..
entry Deerland, nanti lah yer..
yang ni pun jenuh nak karang..hoho

bye..jumpa lagi


Thursday, October 6, 2016

Farm In The City, Seri Kembangan

AWAS: Entry Banyak Gambar :)

Assalamualaikum dan haii..
Baru ada masa nak buat entry pergi Farm in The City 2 minggu lepas kot..
pergi hari Sabtu, 24 September 2016..
kononnya nak bergerak awal pagi..tapi biasalah kan..
malas nak cerita..pukul 10 lebih baru keluar rumah..
lepas tu, singgah sarapan dulu..
kenyang perut baru senang hati..ye dak?

kitorang sampai sana pukul 12 lebih kot..
sekali pusing je dah ada parking, sebab pelawat sessi pagi dah nak balik..
budak2 tadika yang datang sessi pagi pun dah nak balik..
so, tips pergi Farm in The City ialah, kalau nak datang awal pagi, make sure betul2 awal pagi yer..
kalau tak, sila datang tengahari..
sebab parking limited tau..tak banyak sangat..

Yeayyy..akhirnya dapat jugak snap gambar papan tanda keramat ni..

mana gambar mami? 
mami scared ke? no lah..mami photographer..mami not scared lah..hihi..
tak berkilat pun kura kura ni..dalam Lara Oh Lara kemain berkilat kau yer..
yang besar tu umur 33 tahun tau..dah sebaya dengan asben..hahah

Asyraf tu suka sangat la dengan kura kura..
nanti kalau ko pergi sini, memang akan jumpa kura kura di mana mana sahaja..
tepi pokok, tepi tangga, tepi kolam..ehh banyak la kura kura..
cuma tak glamer macam yang besar ni lah..kesiannn



Antara haiwan2 yang ada dekat Farm in The City.
gambar pun berterabur..tak ikut susunan dah..takpelah yer..
tu pun ada gambar haiwan yang takde ni..

tengok la asyraf tu..mami pun takut nak pegang anak ayam tu gitu je..walaupun mami ni orang kampung, tapi idok ler nak pegang anak ayam weiii...hishhh
setakat pegang ular tu, memang dia no hal..rilek je muka macam takde apa2 berlaku..
mami macam biasa..photographer of the day..hihi

yang putih macam kambing tu bukan kambing yer..jangan salah..
tu Llama/Alpaca..tapi ada iras kambing kan..cousin kambing la agaknya ni..





haa ni kambing..kot la ada yang tak kenal kambing kan..hihi
dah la jinak jinak semuanya..lapar memanjang pulak tu..
asyraf keja bagi makan kambing tu..
ulang alik mintak sayur kangkung dekat brader yang jaga tu..
berbulu je brader tu tengok asyraf..hahahha
dia kata, balik2 muka budak ni dok mintak kangkung..

bergambar dulu seround..mujur bawak adik..boleh la jadik potographer..hihi

menyengih je kejenya..suka sangat la mami tak marah dia pegang haiwan2 ni..
kalau kat kampung masa adik ada beli arnab dulu, jangan harap la dapat pegang macam ni..
memang kena jerit la kan..hahha mami nye punnn..motif sangatttt

mami acah2 berani je tuhh..tu yang bahagian tangan tu jadik parkinson..hahaha

ni part yang paling best sekali..kemain gigih semuanya try tangguk ikan dalam longkang ni..
ingat senang? dah la penangguk kecik..geram je aku tengok ikan tu berenang laju kemainn..
Dahlia siap cakap, mami, ikan terbang laju sangat..kihkih..


fish feeding timeeee..suka la budak budak ni tengok ikan kemain banyak hoiiii..semua gemok2 pulak tu..
makannn je kejenya kan..


kebetulan masa kitorang sampai tu, ada parrot show..penuh dengan budak2 sekolah sekeliling parrot2 tu..

terpaksalah abah dukung macam ni..
mujur abah gagah perkasa..itu pun, dahlia merengek nak jugak duduk atas bahu abah macam tu..hihi

sebenarnya, asyraf tu berhajat nak letak burung tu atas bahu dia..sibuk dia zikir nak letak bird atas bahu..
mana lah boleh..nasib baik tak buat perangai lepas mami cakap tak boleh tu..

dalam Lara Oh Lara, kereta Volkwagen ni warna putih kalau tak silap..
tapi masa kitorang pergi, dah bertukar rupa dan yang penting..makin cantik lah kan..
warna pink siap ada lukisan bunga2 lagi kat situ..boleh jadik prop bergambar 

cubaan bergambar dengan anak dara nan seketul..

Lepas tengok parrot show tu, kitorang pergi makan jap..
ada cafe kat tepi kandang kuda kecik tu..
cafe air cond..best la sebab masing2 dah kepanasan kan..dapat pulak minum ice lemon tea, perghhh..
sejuk nyaman tekak..order fish n chips, kongsi makan ramai2..
nasi goreng kampung tak makan pun..sebab dah kenyang..so, tapau je makan kat rumah..

lepas kenyang perut, bawak budak2 ni pony ride pulak..
satu round, rm7 which is mahal la kan...
sebab selalu naik kat Titiwangsa rm1 je..hihi
tapi takpelah..kasi chance laaa..


nampak tak beza tu..sorang happy kemain..dah ala2 YB dah tu
yang sorang tu, dari awal sampai habis pony ride pun nangis..adoi laaa..

jadiklah..buat kenang kenangan..
overall kalau orang tanya, nak pergi lagi tak Farm in The City?
of course nakkkk..kalau boleh nak pergi tiap2 bulan..sebab apa? sebab besttt..
anak2 suka sangat dengan haiwan2 ni..

Alamat
FARM IN THE CITY
Jalan Prima Tropika Barat 1, 43300 Seri Kembangan, Selangor
hari tu kitorang just Waze je Farm In The City..depan2 pagar sampai..hihi

Harga Tiket (Mykad)
Dewasa - RM32
Kanak Kanak - RM27
Bawah 90cm FREE

Tuuudiiii..jenuh nak siapkan entry ni..punya lama tulis tak siap2..akhirnyaaa baru dapat publish..
sorry la entry penuh dengan gambar..hihi
oklah..jumpa lagi lain kali..
bye..

Friday, October 16, 2015

Tunggangan yang tertangguh

Assalamualaikum..

Gitu ko tajuk hari ni..
Tertangguh sebab DBKL punya pasal lah ni..hahah
Kisahnya cuti Awal Muharram kelmarin, dah boring setengah hari kat umah, asben ajak keluar jalan2 petang tu..
Saje je bawak anak2 keluar amik angin petang..

So, siap2 semua dalam kereta baru tanya kita nak pergi mana ni? Hahha boleh gitu? Serious memang tak tau nak pergi mana..last2 asben bawak pergi Tasik Titiwangsa..pusing2 tengok orang ramai kat tempat kuda tu..asben pun parking kat tepi jalan tu..banyak lah kereta lain parking tepi jalan gitu which is tak boleh sebenarnya..hahah

So masuk terus beli tiket naik kereta kuda..nak suruh Asyraf nak kuda, awal2 dia dah jerit taknak naik horse..huhu


Tiket naik kereta kuda..murah je rupenya..selama ni ingatkan mahal..
Dewasa - rm1
Kanak2 - rm0.50
Dahlia free..

Dah happy la ni..anak2 happy mami pun dah happy..Asyraf dah bising2 cakap nak naik horse..ulang banyak kali nak naik horse..masa tengah tunggu turn tu, tetiba dengar staf situ jerit panggil sapa ada parking kereta kat luar tu, DBKL ada tu..nak saman kereta..huhu
Pastu asben keluar konon nak pergi ubah parking..sesambil tu mami sempat la snap gambar sikit..


Saje amik gambar ni..


Ni sebelum asben keluar ubah parking..anak2 tak heran pun abah panggil nama masing2..mami je maintain pandang camera..adehhhh

Tup2 asben call kata parking takde..kalau ada pun jauh kemain dia nak jalan kaki..last2 decided tak jadik nak naik horse..lagipun tiket tak expired..bile2 pun boleh naik..maka kecewalah mami..ehhh...
Asyraf pun keciwa..dia kata mami tak naik horse ke? Huhu

Dah keciwa, asben ajak pergi makan jelah..ubat hati yang lara..
So, pergi Kampung Baru cari kedai makan..tersinggah kat Laman Aiman tu..


Asben makan apa ntah namanya tu..shawarma ke ape ntah..ala, rasa macam kebab je..mami order kerang bakar je sebab perut kenyang lagi..anak2 makan fries je..sebab sebelum keluar rumah tu baru je lepas makan..

Maghrib dah sampai umah..tulah cerita masa cuti Awal Muharam hari tu..tunggangan yang tertangguh..kena tunaikan jugak janji dengan Asyraf tu..tengoklah bila2 free kita singgah Tasik Titiwangsa lagi..InsyaAllah..

Oklah..sekian sudi singgah baca yer..jumpe lagi..bye..


Wednesday, October 14, 2015

Tugu Negara

Assalamualaikum..
Cerita hari Ahad lepas ni..saje keluar jalan2 sebab dah boring duduk rumah..dah la hari Sabtu seharian tak keluar rumah sebab asben pergi memancing..mati kutu dibuatnya..
Anak2 pun buat perangai sebab bosan..mami okey je duduk terperuk kat umah..mami gooddd girl..ehemmm

So, marilah kita siap..mandikan bebudak tu..siapkan diaper beg..zassss
Kita pergi Nu Sentral je sebab tak pernah pergi..kesiannnn..heheh
Pergi makan je pun..


Gambar anak bujang takde sebab dia sibuk nak jadik photographer..dah boleh harap dah skrg..

Dah settle makan, jom balik..senang je kan jadik kitorang..hoho..yang sebenarnya dah tak tau nak pergi mana..tu yang on the way balik terkeluar cadangan nak pergi Tugu Negara tu..tempat jatuh lagi dikenang, apa lagi tempat mami abah cintan cintun dulu..iyer, dulu2 selalu lah datang sini..patriotik sangat dulu..hahha

Tugu Negara ni dekat je dengan Taman Tasik Perdana dekat Jalan Parlimen tu..alah, Waze kan ada..senang sangat kalau nak datang..tapi kalau korang datang bawak anak2 yang macam Asyraf Dahlia ni, mintak lebih alert dengan diorang..sebab sekeliling Tugu Negara ni ada kolam..dan kolam tu tak berpagar yer..kita sebagai parent memang kena perhati lebih sikit..agak bahaya kalau yang jenis jalan menonong tu..huhu..

Masa sampai tu, dah tengahari..pelancong pun ramai..ada 3 4 bas kot..


Aisehhh tak nampak pulak orang kat atas tu..ni tourist guide Taiwan offer nak ambikkan gambar kitorang berempat..kesian kan..dah kena beli monopod ni..senang sikit..nak beli Go Pro bagai, pitis takdop..huhu


Gambar banyak, so kena collage kan dia..


Lagi lagi lagi..sakan bergambar mengalahkan pelancong datang dari jauh..heheh


Mami anak dua..Asyraf macam biasa..ikut mood dia nak pandang camera ke tak..


Semangat Asyraf buat peace..ni budak tak boleh lepas tangan ni..asyiklah nak menghala ke kolam air..rasa macam perlu je mami beli harness macam Lara Alana pakai tu..hihi

Oklah..dah puas tengok Tugu Negara, tengok pelancong..anak2 dengan mak pak pun dah berpeluh sakan..jom lah kita balik..nanti kita pergi lagi ok..
Sekian..terima kasih sudi datang singgah..jumpe lagi..bye..


Thursday, October 1, 2015

Sri Pena (NSTP) Port Dickson - Day 1

Assalamualaikum..
Hai selamat pagi semua..
Aku bersiaran dari Port Dickson ni..
Cuti cuti Malaysia bawak anak2 jalan2..

Plan asal ambik cuti seminggu nak pergi Kelantan..adik ipar kerja kat sana..
Konon nak pergi dengan papa mama mertua la..
Asben pun tak pernah sampai lagi Kelantan..
Tapi atas sebab2 tertentu, tak jadi pulak..

So, plan tukar nak ke Cameron Highlands pulak..alang2 dah ambik cuti kan..tapi papa mertua kata musim hujan ni jalan licin..bahaya katanya..hurmmm
Tup2 adik ipar yang kerja dengan Media Prima kata jom la kita pergi Port Dickson..Stay dekat Sri Pena (NSTP) Trainining Centre..dapat guna rate staff satu malam baru RM53..apa lagi..jom la kita packing baju ubat hati yang lara sebab tak dapat pergi Cameron..heheh

Selasa (29/9/2015)
Pukul 2.30 petang baru bertolak ke PD..
Bawak rileks je sambil layan jerebu..ye tau jerebu kat PD bacaan IPU boleh tahan tinggi..tapi sebab memang tak banyak pun aktiviti luar dalam plan so, jalan terus..
Sampai PD dalam pukul 4 petang kot..


Sri Pena Private Resident, Port Dickson..


Dari pandangan luar..kat dalam baru jumpe apartment..ada 20 buah private apartment rasenya..

Dah dapat kunci, jom kita masuk..


Sri Pena 2..heheh..model tetap mami tu sengih je dapat berjalan..


Sempat ambik gambar bilik ni je..satu rumah ada 2 bilik..bilik satu lagi katil bujang 2 bijik jugak tapi ada lagi katil yang boleh tarik keluar tu kat bawah..maknenya ada 4 katil la..


Model tetap nombor 2 mami..makan je kerja nya..tapi kecik macam tu jugak..huhu

Pendekkan cerita, rehat sekejap terus terjun pool la..pool pulak depan mata je..bukak sliding door boleh terus terjun lompat masuk pool..hehhe
Ehh takdelah..gambaran je tu..kitorang dapat apartment bawah..senang la sikit..


Suka Asyraf mandi..dia kata nak mandi berdiri sebab pool kanak2 tu cetek je..paras pinggang dia..ajak mandi kolam dewasa mengamuk taknak..hihi
Dah puas mandi, jom naik..ready untuk dinner pulak..pasal makan rasenya tak risau sangat..kedai makan banyak area Port Dickson ni..Google pilih je kedai mana nak pergi..


Kedai pilihan..dengarnya popular..Jalan2 Cari Makan TV3 pun dah pernah sampai kedai ni..jomlah kita cuba pulak..


Mak mertua nak makan ni..
Kitorang order siakap tiga rasa, tomyam campur, sayur campur dengan telur dadar..
Tak tau nak bagi berapa bintang..
Siakap tiga rasa tu takde rasa langsung..tawar je..rencah pun sikit betul..tak padan dengan harga sekor tu RM70 tu..
Tomyam tak kick langsung..elok lagi makan kedai tomyam kat Gombak sana tu haa..
Sayur tu biasa jelah rasanya..
Tapi memang sentap la kan siakap yang tak berapa ada rasa tu rm70..haishhh..
Kalau betul2 sedap tak kisah sangat pun..ini haishhhh...so, NOT RECOMMENDED.

Dah kenyang, jomlah kita balik apartment..penat dah mandi pool tadi..nak tidoooo..hehhe
Maka tamat la Day 1 yer..nanti sambung lagi..
Tenkiu pada yang sudi singgah..jumpa lagi..bye..

Wednesday, September 16, 2015

Jalan jalan Zoo Negara

Assalamualaikum..

Update hari Malaysia pulak..rajin tak rajin la mami asyraf dahlia hari ni kan..maafkan saya..bagi jelah laluan sementara roh rajin datang meresap ni..

Oklah..buat kali kedua dalam tahun ni, kitorang pegi Zoo Negara bawak anak2 tengok binatang..bulan 6 hari tu kitorang pergi dengan keluarga kecik kami berempat je..kali ni, pegi 4 family..dengan kawan2 asben merangkap geng2 pengapit time kawen dulu..bawak sekali pengantin baru..doakan diorang cepat dikurniakan cahaya mata yer..


Yang paling kiri tu pengantin baru..semangat nak ikut pergi zoo..dating dulu sementara belum ada anak ni..nnt ada anak datang lagi kan..yang paling kanan pulak tengah pregnan anak kedua..dah 4 bulan kot..


Suka gambar ni..4 keluarga..nampaknya keluarga asleenda mendahului carta liga..hahha

Collect duit dulu then baru beratur nak beli tiket..kali ni dah pandai sikit..bawak sekali member kad J card tu..boleh dapat discount 10%..jadiklah kan..
Tiket dewasa selepas 10% - rm28.80
Tiket kanan2 selepas 10% - rm9.90

So, bermulalah pengembaraan kitorang..hihi..
Kami mulakan dengan masuk butterfly garden..Asyraf takut masuk sini sebab dia memang takut serangga terbang2 ni..


Best masuk sini sebab ada aircond..hehe
Dah pusing seround, kita keluar tengok binatang lain pulak..dah jalan separuh dekat harimau tu, kitorang patah balik sebab nak tengok animal show pukul 11pagi..better datang cepat kalau nak duduk yer..sebab ramaiii orang..masa kitorang pegi ni, ada lebih kurang 10 bijik bas yang bawak rombongan sekolah..


Kat sini boleh tengok gelagat pekerja terlatih zoo mengendalikan haiwan2 buat show..ada burung kakak tua, binturong, singa laut ke anjing laut aku dah konpius ni..pun ada..yang takde dolphin je..hekhekhek..kira best jugak lah..ko dah bayar mahal2 wajib tengok lah animal show ni yer..

Dah settle show, kitorang lepak bukak bekal potluck kat pondok2 tepi theater tu..masing2 bawak bekal sedap2..


Ada mee goreng..makaroni/spiral goreng..nasi goreng lupe snap..nugget pun ada..aku bawak sandwich..order je senang..kenyanglah perut kitorang tengahari tu..Alhamdulillah..


Nanti aku buat entry lain pasal sandwich ni yer..

Ok, dah kenyang jom sambung jalan lagi..kite masuk tengok ikan2 pulak..syok dalam ni sebab ada aircond..hihi..sejuk sikit nak berjalan..


Ni je sempat snap..jadiklahhh..dah pusing satu round, keluar tu sambung balik pergi tempat2 harimau gajah semua tu..tapi naik tram pulak kali ni..dah tak larat nak berjalan dah..perut pun dah kenyang kan..
Tiket tram dewasa rm5..kanak2 rm3 kot..



Asyraf suka la pergi sini..semua binatang tu dia dah kenal..baru je pergi kan..lama stop kat tempat harimau putih sebab terkedu tengok harimau besar warna putih tengah mandi..heheh..Asyraf sibuk cakap mami tiger dah mandi nak towel..pastu nak pakai baju kan mami? Aduhaiii


Tetiba tak de gambar Ammar..rasa macam ada snap..sorry Ammar ekk..next time mami amik pic Ammar banyak2 okey..hihi

Apa lagi ekk..lupa dah..hadoiii..oklah..ni pun dah panjang benor dah ni...mekasih pasa yg sudi singgah baca..yg dtg tengok gambar je pun, mekasih banyak la yer..nnt dtg singgah lagi okey..jumpe lagi..bye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute