Pages - Menu

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Blogroll

Tuesday, September 18, 2018

Home » » Home Made Wedges Kentang Ala KFC dengan Sos Cheeza's Cheese

Home Made Wedges Kentang Ala KFC dengan Sos Cheeza's Cheese

Salam dan hai.
Dah habis dah cuti² bulan September.
Amboi sangat ni. Asyik cuti je kan. Dah naik lemau dah badan.
Nak pulak hari ni kerja disulami hujan sekitar Klang Valley ni.
Lagilah malasnyaaa nak kerja. hihi

Semalam satu hari dekat rumah, saja main masak² dengan anak².
Masak apa tuuu.
Alahh mami buat kentang wedges ala ala KFC tu je haa.
Senang yakmat

Jom check it out!

CARA BUAT WEDGES KENTANG ALA KFC

BAHAN-BAHAN
• 4 biji kentang – Kalau tak nak kupas kulit pun takpe. Tapi, pastikan ianya dibasuh bersih ya.
• Mixed herbs
• Lada sulah
• Tepung Bestari - terpulang la nak yang Asli/Spicy

CARA-CARA
1. Pertama sekali, potongkan kentang dalam bentuk wedges.

2. Kemudian, kukus kentang lebih kurang dalam 10 minit

3. Selepas dikukus, keluarkan dan letak dalam mangkuk. Tabur mixed herbs dan lada sulah

4. Kemudian, tabur tepung Bestari. Ikut la nak guna perasa Asli ke Spicy. Semalam asben mami beli yang Asli je sebab takut pedas. Anak anak nak makan jugak katanya. Ok je mana mana pun.  
Gaul sebati

5. Goreng tenggelam dalam minyak hingga kekuningan dan garing. Apabila siap, bolehlah dihidang bersama sos cheese dari Zariza Cheezas HQ

Senang sangat dengan serbuk cheese ni. Ikut la kalau nak buat pekat, letak sikit je air. Kalau nak buat cair, letak la air banyak. Haa senang kan?
 — with Zariza Cheezas HQ.

Sedap sangat sos cheese ni. Sedang elok dah lemak lemak masin tu. 
Korang kalau nak cuba cheese powder yang ni, boleh tengok detail kat bawah:-

No tel : 013-5882045
FB : https://www.facebook.com/cheesecheezy/
Website : www.cheezas.com

No comments:

Post a Comment

terima kasih sbb sudi komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute