Pages - Menu

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Blogroll

Wednesday, September 12, 2018

Home » , » GBSB Family Day Part I - Cyberview Resort & Spa

GBSB Family Day Part I - Cyberview Resort & Spa

Salam dan hai.

Lama nya tak de entry blog ni. Harap ada lagi yang sudi baca blog sendu kita ni.
Sebenarnya nak cerita pasal family day.
Macam biasa setiap tahun Gojes Blogger Supermom & Baby  (GBSB) akan adakan family day. 
Tahun ni lewat sikit. Selalu kitorang buat awal² tahun gitu, tapi kali ni ramai ber baby kecil, so kita lewatkan sikit la konon. Tapi tulah, bab tambah anak ni, mana ada pernah putus, ada saje yang sambung batton. hihi

Tahun ni, setelah banyak pilihan dan bergaduh sana sini, ok over, GBSB memilih Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya sebagai tempat untuk buat family day. Ternyata pilihan kami tepat sekali dengan pelbagai kemudahan yang disediakan di sana. Tahun ni penyertaan paling ramai dengan 33 family. Bayangkan ramai tak ramai tu. Dengan anak anak lagi. Fuhhhh


Lupa nak bergambar kat signboard ni. Padahal dah plan awal dah. aduii





















Main Entrance. Dari sini je dah dapat bau wangi sangat resort ni. Bau macam dalam spa tu tau. Yelah nama pun spa kan. Tapi serious tenang je dan best sangat.







Takde pulak gambar reception counter. Nasib receptionist tak pening kepala melayan peel sorang² yang macam². Ada yang nak bilik bawah, ada yang nak mengadap pool. Tapi seriuos cakap, ambik je bilik mana pun, permandangan tetap cantik. Teringat² lagi bau wangi bunga bungaan dalam ni. 



Keluar je dari pintu utama, ini lah permandangan yang dihidangkan. Subhanallah cantik sangat.
Memang suasana kampung di tengah² bandar. 

Lepas dah dapat bilik, terus je check in. 

Bilik kitorang 208. 
Masuk je dalam bilik, terus je anak2 terkesima. Wahhh cantiknya bilik. Kitorang ambik bilik Superior pun bilik besar. Lengkap dengan balkoni. Ada bathtub lagi tau. 


Katil Queen + Katil Single.
Mami dengan Aakif tido katil single. Anak² yang lain tido dengan abah.

Ok, untuk yang dah lama baca blog ni, dimaklumkan, owner blog ni dah ada anak 3. hahha
Punya lama tak update blog kan. Tau² ehh dah 3 anak. Alhamdulillah


Lengkap dengan DVD player & tv 32" siap dengan beberapa channel Astro.




















































Ini yang paling lawak rasanya. Dah 2 jam check in, baru perasan ada bar counter. Adoi
Ingatkan rak kasut. Ada jugak dalam hati, besarnya rak kasut oii. Siap dah cakap dengan asben macam mana nak buat susu anak² nanti sebab tak nampak pulak ada kettle ke apa ke. Rupenya dalam 'rak kasut' ni. kahkah. #villagepeople lah katakan



Cermin besar






Lengkap juga dengan iron, iron board, hair dryer pun ada. sejadah apa semua ada disediakan.
Jangan risau ok.




Ni part paling best. Anak² masuk je bilik je sengih sengih mintak nak mandi dalam bath tub. Ok lah, jom penuhkan air. Siap buat party buih 2 beradik tu. Mami tukang tuang sabun. hoho
Pulun mandi sampai taknak keluar last² kena paksa keluar sebab abah dah sakit perut nak membuang. Haha kesiann




























Ni masa mula² masuk je bilik, terus terjun dalam bath tub. Kat rumah takde, tu jakun sekejap. Bukan anak² je jakun. Mak hang pun jakun nak. 

Ok lah, nanti mami sambung lagi part lain yer. Ini pun dah panjang. Ntah ada yang baca ke tidak. Yang mana sudi baca tu, terima kasih tau. Jumpa lagi.

Bye

4 comments:

  1. Senyap2 je dh tmbh anak 2...
    Bawak2 tukar header mami.. 💆💆😂😂

    ReplyDelete
  2. rak kasut kak? HAHAHAHAHA mengekek aku gelak...penat aku share video dlm group dgn igs psl 'rak kasut' tu..sbr je lah kan

    ReplyDelete

terima kasih sbb sudi komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute