Pages - Menu

Blogroll

Wednesday, February 27, 2013

Huggies Dry Pants 'Tukarlah untuk Lebih Senang Dipakai'

Assalamualaikum..

Hai mommies semua..
korang korang..tau tak sekarang ni Huggies ada buat roadshow pasal Huggies Dry Pants ni?
ok, pada yang tak tau lagi tu, meh mummy Asyraf nak bagitau..hehe..









Jangan terlepas acara roadshow Huggies Tukarlah untuk Lebih Senang Dipakai” 
yang bakal diadakan dari 25 Februari 2013 hingga 3 Mac 2013 bertempat 
di Ruang Legar Mydin USJ.

































so, kepada sesiapa yang ade kesempatan tu, boleh la terjah yer..
ni bukan terjah saje saje tau..
Terjah sambil nikmati hiburan untuk seisi keluarga dengan persembahan, promosi hebat, 
hadiah percuma, permainan, pertunjukan silap mata dan pelbagai aktiviti yang menarik! 

kalau mommies nak dapatkan sampel percuma Huggies Dry Pants, boleh la singgah kat booth diorang dan rebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah..ermmm..macam best je ni..hehe..
jom mommies kite terjah..sempat lagi ni..

tapi kalau korang yang tak sempat terjah atau jauh dari Mydin, USJ tu boleh jugak kalau nak mintak sample Huggies Dry Pants ni..pergi SINI ekk..

Pengumuman istimewa: 
Sesi Cabaran Tukar Lampin 30 Saat Huggies dan persembahan akan diadakan setiap hari pada masa berikut:

10.30 pagi, 2.00 petang dan 8.00 malam.

Acara penutup akan berlangsung pada 3 Mac 2013 (Ahad) dari 8 malam hingga 9 malam..
jom mommies..


baru ROCK!

hehe..


macam mana nak promote blog?

jawapan? sumpah aku tak tau macam mana..

ade kawan yang comel tanya aku soalan tu..
aku yang tak comel ni jawab, ntah lah..tak tau..
kenapa?

dia jawab..
sebab kalau saya taip kat Google 
mummy asyraf or asleenda konfem sampai ke blog ni..
Ya Allah.. seriously aku tak tau..

aku nak cerita pasal rating rating blog ni, memang aku bodoh terus pasal ni..
sumpah aku tak reti..
last sekali aku jawab..
mungkin Google dah detect blog ni sebab merapu tak sudah sudah kot..
hehe..

kawan yang comel..
teruskan merapu sampai Google boleh detect blog awak yer..
mudah mudahan suatu hari nanti, bila taip nama blog awak, Google terus bawak ke tempat yang sepatutnya..
good luck..:) 

































kite sayang bantal bucuk kite..

sekian..:)


Monday, February 25, 2013

Asyraf - taknak buat projek dalam kereta

Assalamualaikum..

tetiba hari ni opis aku kecoh sebab ada discussion  dengan student..
biasenya sunyi sepi je opis ni..kentut pun boleh dengar gamaknya..
sebab aku tak terlibat dalam discussion tu, meh la aku update sepatah dua kata..hihi..

takde citer pasal orang lain la yer..pasal anak bujang tu lah pun..
ok..setakat ni asyraf memang takde masalah lagi bila duduk dalam carseat..
pergi mana pun, memang aku letak dia dalam tu..
memang aku saja nak biasekan dia..
Alhamdulillah di usia setahun sebulan ni, still ok lagi..

sekurang kurangnya aku dah boleh buktikan pada orang yang pernah betting pasal benda ni..
katanya,
''aku bet asyraf boleh dok dalam tu sampai 8,9 bulan je..lepas tu ko tengoklah..takde maknenya dia nak dok dalam tu lagi..."
kata orang tu sambil compare dengan anak dia..
reaksi aku? aku telan je ape yang dia cakap tu..tak melawan tak jugak iya kan..
diam..tak perlu kata apa apa..
3 minggu lepas masa balik Pahang..

ok dah melalut..
sebenarnya nak cerita pasal asyraf taknak berak kalau dalam kereta..huwaaaaa..
dah banyak kali aku perasan..
tapi yang paling geram sekali masa on the way dari pahang ke KL..
boleh pulak masa kat highway Karak tu dia bantai mengamuk sakan..
aku dah syak dia nak berak sebab sebelum tu dia makan nasik goreng kat kampung banyak giler..
pastu minum susu lagi..biskut lagi..penuh la perut tu kan..

dia bukan menangis tau..menjerit lain macam..
yang asben dah kalut sebab kat Karak tu kan jalan bengkang bengkok..
nak stop tepi jalan adalah sangat bahaya..
yang si anak menjerit sakan..
aku kat belakang ni dah keluarkan dia dari carseat dengan harapan dia boleh berak..
tapi takdenya..aku siap pujuk2 asyraf cakap kalau nak berak, berak jelah..
sampai je umah, turunkan dari kereta, masuk umah, terus buat muka meneran nak berak..
aduyaiiiiii..sabo jelahhhh..

masa pergi Cameron tu pun asyraf buat perangai taknak berak dalam kereta..
dah sampai Simpang Pulai jalan bengkang bengkok tu lah dia nak buat projek..
jenuh aku memujuk..tapi yang ni ok skit lah..sebab dia menangis sampai tertido..
kesian pulak tengok..huhu..

yang jadi masalah nye ni..Jumaat ni kitorang ade konvoi ke Terengganu..
anak makngah kawen..aku dah cakap dengan asben..standby jelah asyraf mengamuk nnt..
kena cakap dengan ketua konvoi ni..
bos kecik nak berak..cari mana mana hentian terdekat..hehhe..

oh mak kau..panjang pulak entry ni..
nah, gambar bos kecik yang taknak berak dalam kereta goyang goyang main bakul..
boleh dia duduk dengan bakul kat kepala tu kemain lame..
ade 5 minit kot..pastu sengih sengih..ape ape jelah asyraf..















ok..trimas sudi singgah bace..:-)


Friday, February 22, 2013

Diapers - tukar jenis

Assalamualaikum..

sekejap je dah hari Jumaat kan..
fuhhh..esok cuti tapi banyak kerja menanti..
kain tak berlipat melambak..yang belum basuh sebakul..
aduh duh duh...

ohhh..minggu depan inshaa Allah ikut rombongan pengantin pergi Terengganu..
yeayyy..suke konvoi ramai ramai..
so, kena make sure condition kereta dalam keadaan baik lah kan..
taknak spoiled mood pulak nanti..
harap semua berjalan lancar. InshaaAllah..

esok nak try beli Drypers pant pulak..
nak bagi Asyraf pakai..tengok sesuai ke tak..
sebab nak berjalan jauh nanti, rasenya yang jenis pant ni agak membantu kot..
macam pergi Cameron hari tu..kemain susah nak tukar diapers dalam kereta oii.
tak boleh nak baringkan anak bujang tu sebab ade carseat kan..
asben kena stop kete tepi jalan, aku kena keluar dulu, baru baringkan asyraf..
aduhaiii..susah2..
so, alternatifnya, kena beli jugak yang jenis pant tu..sambil berdiri pun boleh tukar kan..
hurmmm..

oklah..stop kat sini..
dah merapu dah ni..

ini budak suka main langsir..
dapat berselubung dengan langsir tu setengah jam pun takpe ni..
aduhaiii..

































lebor sengih..babab nak?


Thursday, February 21, 2013

stroller vs buggy

Assalamualaikum..

yezzzaaa..asyraf memang dah ade stroller..ala, stroller murah je..
sebelum ni asyraf pakai stroller sweet cherry tulsa joger tu..
banyak jasa stroller ni..kehulur kehilir dok angkut dia..
memang memudahkan kerja la dengan adenya stroller tu..

tapiiiii..ade tapi jugak ni..
makan space bonet kereta pulak..
kitorang pakai Kenari je..bonet sedia maklum kecik..
stroller tak boleh dibaringkan..memang kena tegakkan..
tu yang makan space..

kalau balik kampung, memang aku tak pernah bawak sekali stroller ni..
sebab tak muat..beg beg baju sejak dah ada anak ni makin bertambah..
bakul susu lagi nak sumbat..ishh macam macam nak bawak lah pendek kata..hehe..

pastu, kitorang bincang2 sebab lepas ni banyak kali nak pergi travel kan..
bukan lah travel jauh pun..tapi still berjalan jauh la..
mula2 nak pergi Cameron..
hujang bulan ni nak pergi Terengganu..
bulan 6 nanti in shaa Allah ke Pontian pulak..

dan semua tempat yang nak pergi nanti, stroller adelah benda wajib bawak..
sebab dah tak larat kot nak dukung anak bujang sorang tu..sekejap sekejap ok lah..
kalau berdukung lama? memang tak lah..bengkok tulang belakang mak nak oiii...

takde cara lain terpaksa beli jugak stroller baru..
takkan nak beli kereta baru pulak kan..haha..
so, buggy adalah pilihan hati..
pergi tengok kat Manjaku Gombak, kemain mahal nawww..
terjah Aeon Wangsa Maju, ade pulak buggy yang buat promotion..
rembat terus lah kan..tak de pilih2 lagi dah..hehe..
dah kate nak yang murah2 je kan..
brand sweet cherry jugak..rm 96.90..

pendekkan cerita,


nampak tak perbezaan space kat bonet kereta tu?
sebelum ni, letak je stroller, penuh sudah bonet kereta ku..
dengan adenya buggy, penjimatan space berlaku..hehe..
so, beg baju semua taruk bonet la..
barulah lapang kat kaki kan..
ini tak, segala beg semua letak kat kaki..hehe..



buggy ni pun dah selamat dirasmikan masa pergi Cameron minggu lepas..
memang memudahkan kitorang la buggy ni..
dah la ringan, space jimat, dan yang paling penting Asyraf nak duduk dalam tu..
tapi bila dah lama sangat dalam tu, marah jugak dia..hehe..
so, dukung la sekejap kan..pandai2 la nak tackle dia..

ok, tu saja cerita pasal stroller vs buggy..
stroller dah selamat simpan untuk kegunaan adik baby yang ntah bila nak ade tu..hehe..
sekian, trimas sudi singgah bace yer..:)


Wednesday, February 20, 2013

gelpren anak bujang

Assalamualaikum..

hehe..ni masa kat kampung hari tu..
Asyraf dengan sepupu dia, Lisa..
diorang ni sebaya..Asyraf lahir bulan January, 2012, Lisa lahir bulan Jun, 2012..
tapi nampak beza kan..Asyraf kemain besor lagi siap dah boleh berlari..hikhikhik..

































Lisa..nama penuh, mummy long tak ingat..hehe..
mata tu Ya Allah..bulattttt..


Tuesday, February 19, 2013

rasa bersalah

Assalamualaikum..

Ye..aku rase bersalah sebab biar blog ni terabai lebih dari 2 minggu..
penangan cuti punya pasal..
bile nak start balik, dah tak tau nak mula dari mana..

dari itu, meh aku mulakan dengan enrty pergi Cameron Highlands..
yezzaa..my 1st time ever pergi sana..
umur dah nak masuk 31 tahun, baru berkesempatan menjejakkan kaki ke sana..sedeehhh..

pergi dua hari satu malam je..
kitorang dok kat hotel bajet..jadilah..
bukan nak pergi honeymoon kan..pergi ramai2 dengan adik2 and mak aku sekali..
kitorang stay kat Hotel Chua Gin..betul2 kat pasar malam tu..jalan kaki je..

malas nak cerita lebih2 pasal Cameron Highlands ni..korang semua dah tau kan..
meh tengok gambor jelah ekk..
















gambor wajib ambik..
tapi kitorang tak petik pun..mahal oiii..hahha..

ni kat S Corner..saje je bergambor depan strawberry besor ni..
buat kenangan katenya..
padahal matahari terik atas kepala..tapi still sejuk..

ohh cakap pasal sejuk ni kan..
dulu ada sapa ntah cakap Cameron dah tak sejuk..
Ya Allah haiii..apa jenis kulit tak tau lah sapa yang cakap tu..
terer sungguh lah..

ni contoh budak kesejukan..
kalau tak, jangan harap ko nak letak ape2 kain atas kepala dia tu..
tapi sebab kat sana sejuk, rilek je sampai ke pagi hooded tu terletak atas kepala..hehe..
ni sebab aku halang dia tengok TV..tu yang sampai terdongak tu..

ni baru check out hotel..kul 8 pagi dah checkout sebab nak terus shopping n terus balik..
sejuk giler masa ni..siap angin sepoi sepoi lagi..brrrrrr..

































tuan tanah nak enterprame lebih..hehe..

oklah..tak reti nak buat penutup macam mana..
pa pe pun trimasss sudi singgah baca yer..:)

ok, next........

Wednesday, February 6, 2013

jersey nombor 10

Assalamualaikum..

meh nak citer pasal jersey Asyraf ni..
memang dah lama nak beli untuk Asyraf, tapi tak terbeli beli..
kebetulan kak mimy buat besday Fayel bertemakan bola haruslah pakai jersey kan..
barulah support majlis katenya..hehe..

maka, gigih lah kami anak beranak pergi Uptown Danau Kota yang sekangkang kera tu..
semata mata nak cari jersey untuk Asyraf..
nasib baik berlambak lambak kat sana kan..
yang penting murah..haha..

mula mula terjah kedai jual jersey budak dulu..
cari size paling kecik..dan size paling kecik adalah 4..
ingatkan besor dengan Asyraf, nasib baik ok je..
bile tanya harga, wahhh tergezut sebab sepuluh hinggit je..hehe..

pastu asben tanya, nak letak nama tak?
aku ok je..
jalan depan sikit, ade pulak kedai jual jersey jugak n ade servis letak nama nombor bagai..
satu huruf rm 2..boleh lah..
so total semua sekali ASYRAF 10 = rm 20..
lagi mahal pada harga baju..apakah???
takpelah..sekali sekala..huhu..

































ade kawan tanya, kenapa letak nombor 10 kat baju Asyraf?
minat Safee Sali ke?
ke sebab nombor 10 tu kan lucky nombor for footballer?
ehh takk..nombor 10 sebab Asyraf lahir 10 January..hehe..



Tuesday, February 5, 2013

besday Fayel

Assalamualaikum..

walaupun mood tak berapa ade ni, aku still nak up jugak citer pasal besday Fayel sabtu lepas..
kitorang sampai pukul 4 petang..dekat je pun dengan rumah..
nasib baik kitorang lalu shortcut ikut Kg Batu Muda tu..
so, memang tak kena hadap jem kt Batu Caves tu..hehe..





like a boss..
ini budak semangat nk join besday party Fayel..hehe..
nasib baik mood ok petang tu..
mummy is lega..hehe..

banyak sebenarnya gambar masa kat sana..
tapi tunggu kak mimy as tuan tanah yang update sendiri lah ekk..
aku cume up gambor2 syok sendiri je..hehe..
fayel tengah isi minyak taknak pandang Asyraf dah..hehe..






















potong cake time..masa ni lawak sungguh si fayel ni..
mama sampai bersilat nak suruh dia potong kek tu..hehe..
Asyraf yang tak reti penat and tak reti dok diam walau seminit..
penat kejor dia jelah hari tu..






















ni time nak balik dah..geng Gojes baru sampai masa ni..
kitorang dah stay sana 2 jam last last kena balik sebab asben dah janji dengan kawan dia nak pergi servis kereta..kalau tak, boleh sembang lama sikit dengan Gojes..huhu..
Asyraf pun dah start enjin nak mengamuk dah tu..penat katenya ukur dewan..
sabo jelah..
bagi laluan abah n mummy pulak nak bergambor syok sendiri..haha..

oklah..last but not least, happy 1st besday to Fayel..
semoga menjadi anak yang soleh, dipanjangkan umur dan sihat sokmo..aminn..
budak bertuah ni, masuk je kereta terus tido..sabo jelah..
tau pun penat terkedek sana terkedek sini..
Asyraf demam lagi hari ni..tapi terpaksa hantar jugak ke umah pengasuh..
mummy doakan semoga Asyraf cepat sembuh..takmo muntah2 lagi dah..
sedih tengok batuk batuk sampai muntah..aduhaiii anak..


Friday, February 1, 2013

merahnya

Assalamualaikum..

sape tengah kerja hari ni..angkat tangan..hehe..
mummy asyraf cuti..tapi asben keje..
so, dok umah diam2 jelah..nak buat kerja umah kena tunggu budak bertuah tu tido..
dah la sekarang ni kemain susah nak tido..
boleh bergaduh anak beranak bab tido ni..haha..

kuku pun dah panjang sebelah kiri..sebelah kanan sempat ketip semalam..
bile nak ketip belah kiri, dia dah sedar..aduyaiii..
jap lagi kalau dia tido, boleh lah sambung ketip..hehe..

ehh macam macam kerja tengah menunggu ni..
lipat kain-menimbun-macam-gunung, kemas almari baju sikit, nak mop lantai dapur sikit, nak ketip kuku budak bertuah tu lagi, mandi..
semua kene tunggu asyraf tidur..
masalahnya dia tak tido lagi ni..
tulunnn tulunnnn..
merahnya abang asyraf..hehe..

mood: zikir supaya asyraf tido cepat sikit..adehhh..
yang mana tengah cuti tu, manfaatkan cuti anda sebaiknya..
yang mana tengah kerja tu, manfaatkan kerja anda sebaiknya..eh?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute