Pages - Menu

Blogroll

Thursday, June 23, 2011

akhirnya..berjaya jugak buat buku pink..

alahai tajuk..
sorry ler..
semenjak dua menjak ni failed nk letak tajuk ape..
rupa rupanya dah 2 minggu aku tak update..
huhu..

sebenarnya aku nak bagitau aku dah berjaya pergi buat buku pink..
setelah bersusah payah, sampai baby dah nak masuk 3 bulan,
baru nak terhegeh hegeh pergi buat..
dan en asben aku paksa suruh MC..
hehe..

pagi pagi pukul 7.15am aku dh keluar umah..
aku pergi KK gombak setia..
dekat dengan umah..
memula masuk klinik tu, aku dah terasa pelik dah..
dalam hati..'ehhh..kenapa atok² dgn nenek² ramai dekat klinik ni...'
aku pun pergi lah tanya kt nurse yang jaga kaunter tu..
'kak, nak bukak buku pink kt sini ehh....'
nurse tu dah blur dah tengok aku..
'buku mengandung tu ke..?
aku angguk..
'oooo..tu kat bangunan sebelah ye dik...'
adehhhh..termalu kat situ..
hahaha..

mana lah aku tau..
kata 1st time datang kan..
yang klinik ibu dan anak tu kecik je kat bangunan sebelah..
selama aku duduk kt gombak ni, tak perasan pulak..
haha...

yang bestnya aku orang 1st yang letak IC tadi...
bangga datang awal..
bagi aku check up kat KK takdelah teruk mana..
Alhamdulillah..semua ok je tadi..
nurse and doktor pun ok..
baik sangat..
pukul 9.30 dah settle semua..
pastu mintak time off slip..
pukul 10.00 aku dah sampai ofis..
hehe..
ehsan: Google

tapi tapi tapi...
ade tapinya..
ade jugak yang tak berapa best ni..
jumaat depan kena datang lagi..
kena minum air gula...
sebab sejarah family..
abah aku ada kencing manis..
huhu..redha jelah..

Wednesday, June 8, 2011

bila en asben bagi statement tak boleh tahan...

assalamualaikum..
haaa..siap bagi salam tu..
lamanya tak update..
rindu dengan blog ni..
rindu nak menyapa kawan² blog..
nak aktif macam dulu..
walaupun takdelah aktif mana pun..
hehe..

macam mana pregnant?
ok ke..
tak de morning sickness ke..

hai..
aku rase bukan setakat morning je ni..
afternoon, evening kadang² nite sickness sekali..
tak sabar nak habiskan first trimester ni..
tapi nanti mesti rindu saat² muntah muntah ni kan..
mesti teringat saat saat muntah atas motor..
muntah tepi jalan..hehe..

kalau naik kereta, ok sikit..
kalau naik motor, even en asben bawak slow pun,
mesti nak terkeluar jugak isi perut ni..
kesian en asben..
nasib faham..
lagipun semua ni takkan jadik kalau bukan sebab dia..
haha..

dalam 2, 3 minggu ni, dapur aku tak berasap langsung..
kesian dapur aku..
bukan taknak masak..
tapi memang tak boleh..
bila berdiri je dekat sinki, terus je uwekkk uwekkk..

hari hari makan kat kedai je..
tak pun tapau balik makan kt umah..
ada satu hari tu, masa makan kt kedai..
en asben bagi statement tak boleh tahan..
rasa macam nak mengalir air mata..
en asben cakap..
'lamenya abg tak makan sayang masak kan..'
huhu..time ni rasa macam sedih giler..
rasa nak nangis pun yer..

lepas cover air mata jangan bagi jatuh..
aku pun cakap kt en asben..
'lepas syg dah ok nnt, syg masak hari² macam dulu ehh..'

mode: tengah makan kacang shantong sambil lap air mata..huhu

Monday, June 6, 2011

Pemenang asleenda simple mimple GA adalah...

ok..
kat bawah ni ada 3 nama yang bertuah dalam GA aku..
aku guna Random je..

peserta pertama yang bertuah...

peserta bertuah kedua..

peserta ketiga yang bertuah..


kepada 3 nama yang disebut di atas, boleh lah email talian talipon yang anda guna yer..
email ke alamat di bawah

leenda.as@gmail.com

kepada yang tak bertuah, cube lagi lain kali yer..
apa² pun, terima kasih kepada semua yang dah join GA aku ni..
kepada yang tak jemu² join GA aku, terima kasih banyak²..
korang memang best..:)

Saturday, June 4, 2011

Senarai penuh peserta asleenda simple mimple GA

aiseh..
macam mana boleh lupe ni..
boleh tak aku lupe nak buat senarai nama peserta yang join GA ni..
macam mana nak guna Random.org kan..

ok2..
meh tengok nama2 korang ade tak dalam list kt bawah ni..

2) zie
7) ita
8) anne
19) nana
21) huda
23) lissa
26) ms lya
30) aieda
31) nida
33) baby
45) yantie
53) anim
56) mia
57) alya
65) chara
67) jaa
69) ina
70) alycia
71) amy
74) fara
76) cik E
77) Aien
82) alia
83) mas
85) eita
91) anin
98) aanie
103) cekodok
109) nureen
110) nadirah
111) nadia
112) pikachu
114) syieda
121) ah len
126) shafida

terima kasih semua..

Friday, June 3, 2011

asleenda simple mimple giveaway - CLOSED

dengan segala hormatnya asleenda simple mimple GA di TUTUP..
terima kasih banyak banyak kepada semua yang dah join GA ni..
aku betul betul tak sangka ramai yang join GA ni..
sebab hadiah pun simple je..
korang semua memang best lah..
aku nak cari 3 nama yang bertuah untuk menang top up..

kalau sempat, aku umumkan pemenang hari ni yer..
kalau tak, insyaAllah hari isnin..
kalau boleh aku nak umumkan hari ni..
tapi bergantung pada tahap kesihatan aku ni..
kalau tak lembik, insyaAllah boleh hari ni..

harap semua sabar menunggu..:)

asleenda simple mimple giveaway

GA datang lagi..hehe..
setelah puas pikir, akhirnya jadik jugak aku buat GA utk yang ke 3 kalinya..
harap ada yang sudi join..

GA ni sempena birthday aku semalam and sempena aku nak balik kampung ni..
cuti 4 hari..kang sunyi sepi blog aku ni..
ala..GA suka suka je ni..
harap ada yang sudi join GA suka suka ni yer..

ok..
jom tengok syarat² utk join GA aku ni..
senang je..
syarat²

1) tampal banner GA di entry and di sidebar.Link kan

2) entry MESTI bertajuk 'asleenda simple mimple GA'

3) tag sorang kawan..makesure kawan korang tau..

4) dah siap, tinggalkan link di entry ni yer..

Tarikh tutup : 3 June 2011

seminggu je..cukup lah tu kan..
nanti lama², aku pulak yang tak sabar nak tau sapa yang bertuah..
lagipun ni GA suka suka je..
hadiah pun simple je..
mungkin top up..
tapi nak cari 3 orang yang bertuah..
kalau ada 3 penyertaan je, maka 3, 3 pun di kira bertuah..
selamat ber GA semua..:)

Thursday, June 2, 2011

rindu sama budak kecik ni...

lama nya tak update..
betul² tak tau nak tulis apa..
keje aku sekarang ni lompat² baca blog korang..

petang² saje aku upload video budak kecik ni..
rindu pulak..huhu..
Nur Adellyn Sofea..

baru nak pandai merangkak..
tapi semua undur ke belakang..
hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute