Pages - Menu

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Blogroll

Showing posts with label Hospital Taiping. Show all posts
Showing posts with label Hospital Taiping. Show all posts

Wednesday, September 28, 2016

Hotel Bajet yang best - Hotel Taiping Perdana, Perak

Assalamualaikum dan haii

Dah bace entry semalam..kalau nak bace, klik SINI ekk..
kisahnya, hasil Waze dan Google walaupun tak banyak membantu sangat pun sebenarnya..
of course kitorang cari hotel bajet yang mampu poket..hihi
sebab tak banyak sangat review pasal Hotel Taiping Perdana  ni..

kitorang pun main gamble je..
sampai dalam pukul 4 lebih, singgah hotel pastu tanya reception ada bilik kosong tak?
Alhamdulillah ada satu je lagi sebab masa kitorang datang tu, ada company apa entah tengah buat team building kat sini..
so, dapat la Bilik Superior..harga 1 malam RM205 included breakfast untuk 2 orang masa tu..
tapi kena bayar deposit RM50..
boleh la kan..sebab dah malas nak cari lagi dah..
lagi pun dekat dengan Hospital Taiping tu..boleh nampak dari view bilik..

sumber: Google

reception counter..simple je..


sementara tunggu abah check in..moh kita ambik gambar dulu..

dalam bilik..bilik agak luas..ada balcony..lupe pulak nak snap..
bagi aku, dengan harga yang mampu poket tu, okey sangat dah hotel ni..
aircond tv semua berfungsi dengan baik..
iron pun ada siap sekali dengan board..
sejadah pun ada..senang kan
staff2 pun baik friendly sangat..

pool pun ada..dekat tingkat 2..
tapi sebab kitorang kejar masa, makanya takde la aktiviti mandi manda ye anak2..
diorg pun tak nampak pool tu, sebab bilik kitorang dekat level 5..
cuma dengar je bunyi bising budak2 tengah mandi..hihi
nak pergi melawat pakcik dekat hospital tu lagi..waktu melawat sampai pukul 7 je..
tu yang kelam kabut sangat tuh..

lepas siap anak2, terus shot pergi hospital..
lepas isyak kitorang singgah Zoo Taiping and Night Safari tu..
pukul 10 setengah baru keluar..
semua dah penat keletihan..
balik just basuh kaki je kat anak2..
terus tidor tak ingat dunia..

esoknya, pepagi lepas subuh kejut budak berdua ni bangun..
nak breakfast pastu check out..



budak2 punya breakfast senang je..
habis semangkuk sorang, dah kenyang..
nampak tak ular getah yang Asyraf pegang tu? 
baru beli masa dekat Zoo Taiping semalam..
sabor jelah..


mami pulak yang meremang bulu roma tengok ular melingkar gitu..
walaupun dah tau itu cuma ular getah je..haishhh

kemain lagi dahlia pun..padahal belum mandi lagi tuh..hahha

lepas breakfast laju2 siapkan anak2 mandi sebab dah nak checkout..
kena gerak awal sebab asben banyak lagi urusan yang kena settlekan sebelum dia nak ke Singapore Ahad esoknya tuh..huhu











































sama sibuk nak tolak troli..
Ya Allah tengok la apa ada atas troli tu..beg nya satu je..
tapi bantal busuk masing2 punya banyak..hadoiii..



















































mintak tolong adik bell boy tu tolong snapkan gambar..
ada budak tengah merajuk tu..mami pun lupa dah sebab apa merajuk..
opsss, maafkan mami kalau nampak gemokk tu..tu semua effect camera murah..hahahahhahah

oklah..sekian entry hari ni..
jumpa lagi..
bye


Tuesday, September 27, 2016

Hargai sebelum terlambat

Assalamualaikum dan haii

Masa cuti Hari Malaysia tu kan, cuti 3 hari kan..
patutnya kitorang takde pegi mana2 pun..sebab asben kerja hari ahad tu..
kena pegi Singapore bawak bos dia ke sana tengok F1..
so, takdelah plan ke mana2 pun..even balik kampung pun tak..

tapi hari Jumaat tu, pagi dalam pukul 9 lebih kot, abah wassap..
bagitau pakcik Jaien sekarang ICU kat Hospital Taiping sana..
aku macam, perghh jauh jugak tu Taiping..
dengan tengah bulan pulak tu

Pakcik Jaien ni, pakcik se ibu susuan..
eh, macam mana nak cakap ekk..nenek aku punya anak susuan lah..
haa gitu..tapi aku sebenarnya terhutang budi lah dengan dia dulu..
dia la orang yang bertanggungjawab masa aku mula2 datang KL ni..
keje dengan dia..sebab dia Area Manager 7-11 area Gombak kot..eh, yeker..lupe pulak aku..
so, dia suruh aku kerja dengan salah satu store bawah jagaan dia la..
so, ke mana2 pun aku pegi dengan dia la..dulu2 rapat la..

pastu 2, 3 tahun dah tak jumpa..
Hari Raya pun tak usaha pergi rumah dia..padahal kat Rawang tu je pun..
sebab tu masa abah bagitau dia skrg ICU, aku jadi sedih sangat..
sebab masa tengah sihat tak pernah usaha nak jumpa..hukhuk..

nasib baikla asben willing jugak nak bawak pergi sampai Taiping sana..
so, aku terus siap2 beg baju..siap2 Waze dari rumah..3 jam perjalanan..phewww
bawak baju lebih jugak in case perlu check in kat mana2.

dan seperti yang dijangka, highway ke utara tengah jem giler masa ni..sebab cuti 3 hari kan..
haruslah jem..yang bestnya, lupa pulak nak beli makanan apa2 masa kat Petronas tu..
kesian kat Asyraf dok merengek lapar ni mami..sobss

selalu kalau nak pergi mana2, mesti ada bekal dari rumah..
nugget ke roti ke..ini apa pun takde..
yelah, kata emergency kan..

akhirnya sampai dekat RnR Tapah tu..
singgah Tuuu...Dia Pak Tam makan kat sana..
nasib baik sedap walaupun makan laju2 sebab ramai orang dah queue nak duduk..
Public Holiday kan..ramai la orang..

pukul 4 baru kitorang sampai Taiping..bayangkan bertolak pukul 10 lebih sampai pukul 4..
letihhh badan..tu yang decide kena check in la kat mana2 ni..
Waze je hotel paling dekat dengan Hospital Taiping tu..
sambil2 Google hotel with reasonable price..penting nih..tengah bulann..hihi
dah check in semua, mandikan anak2, solat apa semua  baru pegi Hospital tengok pakcik..
dapat la jumpe dengan Opah, makcik2, sepupu sepapat semua..
diorang pun terkejut yang aku boleh ada sekali kat situ..
wakil mak dengan abah..huhu

dapat tengok pakcik dari luar je..bergilir2 tengok..asben tak ikut..jaga anak dalam kereta..
Dahlia tido masa ni..
sedih sangat masa tengok pakcik dengan koma..wayar berselirat atas badan..hukhuk..
Esok paginya, dalam pukul 8 lebih, dapat wassap bagitau pakcik Jaien dah takde..
dah pergi meninggalkan semua..

Innalillahiwainnailaihirajiunn..
Berehat la..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
Aminn

Alhamdulillah dapat jugak tengok buat kali terakhir..
walaupun masa tu dah tak boleh nak bercakap
tak boleh nak bergelak ketawa macam dulu..
tapi sekurang2 nya, dapat jugak tengok depan mata walaupun sedang terlantar sakit..

Pengajaran pada aku..selalu2 lah jumpa dengan saudara mara, kawan2 
kalau ada masa, pergi lah jumpa..
lagi2 kalau time raya kan, usaha la pergi jumpe diorang..
jangan bila orang dah tak ada, baru nak menyesal..
masa tu, dah terlambat..menyesal pun tak guna..

oklah, tu je update hari ni..
jumpe lagi..bye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute