Pages - Menu

Blogroll

Tuesday, July 31, 2012

Asyraf kena campak halus..

bukan asyraf kena campak secara halus yer..hehe..
tapi campak halus..halussssss..eh?
patut lah dia demam panas sehari sebelum tu kan..hurmmm..
Tok Ma asyraf kata elok lah demam dulu baru kena..
tak lah bertambah suffer budak tuh..
demam lagi..gatal sebab campak tu lagi..
betul jugak ehh..

petang jumaat tu dah naik sikit dah..
pagi sabtu tu, abah asyraf beli air kelapa original tu..
then aku suap sikit kat asyraf..
berkerut² muka bila minum air kelapa..
biasa minum susu dgn air masak je..hihihi..

bawak jumpa doktor..
doktor confirm memang campak, bukan alergic or denggi..
alhamdulillah..
dapat ubat sapu..

ni lepas minum air kelapa..
tang muka banyak betul..
kat badan dengan kaki kurang..
kesian tengok asyraf..tapi tetap aktif macam biasa..


merah betul muka..


















ni tang peha..aduhaiii..selambak peha budak bertuah ni..

pengasuh pesan tak payah mandikan asyraf..
tapi aku call Tok Ma asyraf, tok ma kata boleh je mandikan..
sebab dulu kitorang adik beradik kalau kena campak halus ni seme ma aku mandikan..
tapi kena jirus dari kaki dulu baru naik ke atas..
aku mandikan tapi tak pakai kan bedak..
sebab pada firasat aku, dah la budak tu miang gatal kan, kalau tambah bedak lagi suffer..haha..
























budak kena campak..
alhamdulillah hari ni dah baik dah..
rasanya tang peha tu lah yang buatkan asyraf punye berat dah 8.2kg kot..huhu..

Sunday, July 29, 2012

apelah yang lawak sangat tu..

hehe..
sorry lah asyraf..
mummy letak gambar awak tengah gelak sakan ni sampai bergegar camera..
aku pun tak ingat apsal dia gelak sakan nih..hehe..
























ni masa nak suap dia makan tu lah..
aku buat gaya makan..omm nomm nommm..
agaknya ada gaya joker kot muke mummy dia time tuh..
aduhaiii..
asyraf asyraf..

sekian, entry ringan hari ahad..hehe..

Saturday, July 28, 2012

santai hari sabtu..



















baru lepas mandi..
ni rompers CARTER size 18m..
padahal anak bertuah ni baru 6 bulan..hehe..

Friday, July 27, 2012

gigi pertama di bulan Ramadhan..

tak terlambat lagi kot nak cerita ni..hehe..
gigi budak bertuah tu dah tumbuh..
tapi sebatang je kat bawah..

sebenarnya, sebelum puasa tu aku dah rasa gusi bawah dia macam kasar² sikit..
bila cek, takde pun..
tapi masa balik kampung hari pertama puasa tu, dah naik gigi asyraf..
nampak putih sikit je kt gusi bawah..
tu pun sebatang..haha..
lawak sungguh..

aku pun declare gigi pertama asyraf tumbuh pada hari pertama di bulan Ramadhan..
hehe..
Carta ni dapat kat SINI..

gigi pertama tumbuh pada 21 July 2012 bersamaan pada 1 Ramadhan 1433m..
walaupun belum keluar sepenuhnya..hehe.
Alhamdulillah tak demam masa nak tumbuh gigi..
tapi demam selepas pulak..huhu..

mari menyembur..

ye..
mari sembur mummy..
ni memang peel baru budak bertuah tu..
abis semua benda nak disemburnya..
























ni masa nak suap makan hari tu..
kesian asyraf makan dalam car seat jek..haha..
nak beli bumbo seat aku takut tak muat tang peha dia tuh..
last², letak dalam car seat pun boleh..
kadang kadang je aku riba sambil suap..
tapi tak best sangat sebab tak nampak reaksi dia makan tu..motif?

Asyraf dah makin ok..badan tak lah panas macam sebelum ni..
dah aktif macam biasa..
lega lah sikit hati ni..
lepas ni kena selalu sediakan stok ubat kat umah lah yer..
ubat bontot tu boleh beli kat farmasi rupenya..baru ku tau..hoho..

ohh..ada 2, 3 orang yang tanya pasal baju tido asyraf tu..hehe..
baju tido tu nek ndak asyraf yang beli kat kedah nun..
masa nak pergi hantar anak diorang sambung study kat Poli sana..
kain jenis lembut..tak panas..
tak macam yang aku tengok kat pasar malam ari tu..(compare dengan pasar malam)..hahha..

oklah..sekian..:)

Thursday, July 26, 2012

asyraf demam lagi..

Asyraf demam lagi buat kali kedua..
huwaaaa..kali ni suhu naik mendadak sampai 40 darjah Celcius..
aduhaiii..

petang masa amik kat umah pengasuh tu, badan dah dedar..
balik tu aku tuam tuam badan dia, kepala dia..
nampak macam dah ok..
ubat demam memang aku tak bagi..huhu..

masa kitorang berbuka tu, asyraf letih je..tak aktif macam selalu..
takde pun golek golek atas tilam tu..diam baring je..
sedih pulok aku tengok..

aku cek suhu pakai termometer cap little bean yg murah tu, suhu asyraf 37..
ehh..kalau cek suhu bawah ketiak, kena tambah satu ekk..
betul ke ni..aku tak tau ni..
kalau betul, maknenya semalam tu 38 darjah celcius la yer..
aku tak tau..my bad..:(

pukul 10, asyraf tido..dengan aku sekali lah tido..
sebelum tido tu, aku tuam lagi kepala dia..
bacakan doa tido, ayat kursi..sempat pesan lagi kalau asyraf sakit, asyraf nangis kuat² tau..huhu..

tau tau pukul 11 lebih macam tu, tetiba asyraf terjaga menangis kuat..
terkejut aku..terus bangun angkat dia..
Ya Allah..panas giler badan dia..kepala dia aku rasa macam ada denyutan kuat sangat..
ape tu ekkk..kat area ubun ubun tu..
terus lah kitorang pakaikan baju asyraf, siapkan susu terus pergi hospital..
asyraf aku bagi tido pakai pampers je semalam..

masa kat hospital, suhu dah naik sampai 40 darjah celcius..
sempat lagi doktor tu sekolahkan aku..
doktor tanya ada bagi ubat tak..aku jawab tak..huhu..
sebab segala ubat demam dia yang lama tu, aku dah buang..
aku takut terbagi ubat expired..lagi naya kan..
doktor masukkan ubat ikut bontot..
tak sampai seminit aku pakaikan pampers semula, terus asyraf poo poo..
terbaikkkk...hoho..

pagi ni terpaksa hantar jugak hantar kat pengasuh..
sebab aku baru je cuti isnin lepas..
aku mintak pengasuh extra care la kan..
takut panas tetibe naik..cepat cepat call aku..

pagi ni takde mood pergi kerja..
kepala pun weng2 ni..
balik dari hospital tu, aku tido tido ayam je..
sebab nak tuam kepala asyraf..
harap asyraf ok kat umah pengasuh sana..
aduhaiii...

Wednesday, July 25, 2012

Asyraf dah nak tidur ni..

selamat malam semua..
jangan lupe baca doa tidur..
esok jom bangun sahur..
kita kacau mummy ngan abah nak sahur pulak..
hehe...

































sekian, dari mummy yang takde Instagram..huhu..

soalan tentang puree beku..

hurmmm..tajuk macam good good je aku..hoho..

nurul

ni saya try jawab ehh..
mengikut pengalaman saya yang baru 2, 3 minggu bagi asyraf makan solid food ni kan..hehe..
saya buat macam ni jek..

soalan satu
ok, biasanya saya buat macam ni..
malam sebelum tido tu, ambik 2 ketul puree beku, masuk dalam tipuware kecik,
pastu letak kat bahagian bawah peti ais tu..tak kisah la kat tingkat berapa pun..
esok, insyaAllah puree tu dah cair..

saya tak panaskan kat umah, tapi pesan kat pengasuh suruh diorang yang panaskan sebelum bagi asyraf makan..
kalau susah sangat, tambah je air panas sikit dalam puree tu..then, boleh terus makan..
kalau saya sendiri yang nak suap, saya rendam je dalam air panas..
maklum lah..saya tak pernah ada warmer pun..hehe..

soalan dua
yang ni kalau mula mula nak kenalkan solid food untuk anak, kita try suap 3, 4 sudu dulu..
kang kalau suap banyak², takut perut baby terperanjat boboi pulak nanti..
takpe..slow²..

macam asyraf, saya suap 3, 4 sudu masa mula² dulu..
sekarang ni saya bekalkan 3 ketul puree yang dah cair kat umah pengasuh..
buat 2 kali makan..pagi dgn tengahari or ikut keperluan..

pastu tiap² hari saya tanya pengasuh asyraf makan tak?
susu 5oz x 5 botol habis tak?
berak tak?
kentut tak?
hehe...
saya tanya elok elok la..
sambil buat muka paling manis walaupun tak berapa manis..huhu..

takpe tanya soalan bengong bengong..
saya bukan nya good good sangat pun..:)

sekian..

WW - caiyok caiyokkk dikk...

 Let the pictures do the talking..




















































kejam ke aku upload gambor asyraf tengah buat projek baik punyerrr nih..
takpe, bila asyraf dah besar nanti, kalau dia malu, aku delete la entry ni..
hehe..:)

Friday, July 20, 2012

Beras sangai..

macam bagus je tajuk entry aku..hoho..

Act, aku dah bagi asyraf makan bubur nasik dah..
semalam aku dah start bagi dah..
puncanya?
pengasuh kata asyraf macam tak kenyang je makan puree..aduhaiii..
makanya, aku ni seharian kt opis pikir boleh ke tidak ni bagi asyraf makan bubur..
google sana google sini..ade dah yang bagi..so, aku decide bagi jelah..

diorang kata elok buat bubur nasik guna beras perang or beras merah campur dengan beras putih biasa tu..
tapi mana lah aku nak carik kan..
sampai umah dah petang..nak suruh en asben pergi beli, nanti salah, lagi susah..
so, guna jelah beras putih biasa kat dapur tu..hehe..

kaedah nak cepat masak bubur...
buat serbuk beras..aduhai..macam macam pulak sekarang ni kan..
tapi kalau itu mencepatkan proses masak bubur tu, apa salahnya aku ikut kan..

step















aku buat sikit je ni..satu bekas dadih tu..
basuh beras bersih bersih..















tos sampai kering..ada orang jemur kejap tengah panas..
aku payah nak jumpe matahari..pergi keje, matahari tak bangun lagi..balik kerja matahari dah takde dah..huhu..












nilah proses sangai tu..
aku pun baru je tau ada perkataan 'sangai' sejak dah jadik mak ni..haha..
goreng beras atas kuali tanpa minyak..
goreng agak² dah bertukar kaler keemasaan tu..
jangan sampai hangit pulak yer..


bila beras dah sejuk, blend guna blender kering tu sampai halus mulus..
yang aku punya ni belum betul² halus lagi ni..
jenuh la aku pilih yang betul² serbuk tu bila nak masak..
sebabnya asyraf masyaAllah penakut nauzubillah bila dengar bunyi blender..
nangis sampai bercucuran air mata..huhu..
so, aku blender gitu gitu jelah..

masukkan dalam bekas kedap udara, pastu simpan dalam peti ais..tahan lama sikit..
lepas ni nak beli beras perang dgn oat pulak..
bagi asyraf makan oat, walauuuuuuupun mummy dia tak pernah makan..hoho..

p/s: selamat berpuase yer korang..jangan ponteng..jangan jadik macam aku..awal² dah ponteng..adoyaiii..

Puree Carrot untuk Asyraf demoookkk..

tak ingat ni projek hari apa..
biar lah orang kata leceh ke apa ke..
biarlah orang kata beli nestum kan senang..biarlah biarlah..
yang penting aku happy dok kat dapur buat puree bagai..
kalau tak sebab puree ni, dapur aku tak berasap la jawabnya..
ehhh..terbagitau pulak yang aku tak masak..hoho..

tak tak tak..
aku bukan nak kondem mommies yang bagi anak makan nestum ke biskut ke apa ke..
tak terlintas langsung kat hati ni..
aku tak kisah langsung..
aku dulu pun makan nestum..
adik adik aku pun makan nestum jugak..
anak anak buah aku pun makan nestum jugak..
tapi dah aku terlebih rajin nak mem puree bagai, bagi lah laluan kan..
ngeeeee....


ok, cut it short..
meh tengok aku buat puree ni lagi elok..
dari hangpa sema dok bahas baby makan nestum ni tak elok ke apa ke..
hehe..





memula pergi beli carrot, balik kikis sikit kulit luar tu..
silakan potong kecik kecik..
tak kisah la nak dadu ke, bulat ke, bujur lalu melintang patah ke..
pastu rebus..kalau rajin nak stim, lagi bagus..

rebus dalam 5 - 10 minit kot..
pastu tunggu sejuk sikit, boleh lah blend sampai halus..
pastu aku bekukan dalam ais tray cap Giant ni..

masa bagi kat asyraf tu, aku campur dengan EBM, laju je dia makan..
esoknya aku campur puree carrot ni dengan puree apple, lagi laju asyraf makan..huhu..
sebab tu aku suka mempuree ni..
asyraf suka makan..kalau dia taknak, aku pun malas..hahaha..

next puree..........

Thursday, July 19, 2012

check up 6 bulan..

pagi tadi bawak budak demook tu pergi check up 6 bulan..
en asben pun ikut sbb pagi tadi hujan..
agak susah kalau aku sorang² yang bawak Asyraf kan..
mana nak dukung dia..mana nak bwak beg dia..mana nak pegang payung..
ade jugak yang terlepas nnt..hehe..

sampai pukul 7.45 pagi, dapat nombor 8..
oklah kan..nak dapat nombor 1, silakan keluar umah pukul 7..hukhukhuk..

berat terkini ialah 8.2 kg..
fuhhhhh..cramp tangan mummy dukung lama² dikk oiii..
oklah kan..6 bulan dengan berat macam tu..
nak kata montel sgt asyraf ni tak jugak..
sedang² elok je..

























habit terkini - gigit, hisap hujung sarung bantal..
habis basah lencun..
kalau nak dengar dia jerit, cubalah tarik bantal tu..huhu..
ape ape lah dik..

Anak kecil anda kentut? gooddddddd..

haha..tajuk ntah pa pe..
maafkan saya..

aku rasa semua mak mak ni kalau anak dia tak kentut, mesti tak senang hati kan..
mula lah dok pikir anak sakit perut ke tak..
perut okey ke tak..

macam kitorang kan, kalau tak dengar Asyraf kentut mula lah gelisah..
tepuk tepuk manja perut asyraf..
takut kembung ke apa ke kan..
sibuk lah aku sapu minyak kat perut asyraf..
gosok gosok sikit kat betis dia tu..

bila dah kentut tu, barulah legaaaaa..haha..



















kredit: Google

setakat ni kentut asyraf takde bau lagi lah..
kalau ada, mau pengsan kot mummy..hehe..
nak nak dah start makan ni..aduhaiiii..
kalau asyraf buang air besar, mummy tarik nafas panjang panjang baru bukak diapers nak cuci..
hukhukhuk..

Wednesday, July 18, 2012

bila boleh guna sippy cup?

bila bila bila..
ni entry soalan yer..
asyraf kan dah start makan..
bila dah makan ni, kena la bagi air masak..
kang sembelit, takde orang lain yang susah..
mummyyyy jugak..huhu..

setakat ni aku bagi Asyraf minum air masak guna botol susu dia je..
nasib baik dia nak minum air masak..
pastu bila dah banyak sangat google ni, terjumpa pulak pasal sippy cup ni..
sippy cup ni takde straw kan..
ehh ke ade?
dah boleh guna ke ekk baby 6 bulan?
ke bagi je minum air masak guna botol susu tu?
sapa tau? 
help me please..:)

Tuesday, July 17, 2012

Asyraf's felt pillow...

semalam felt flash card, hari ni felt pillow pulak..hehe..
saje je nak tunjuk jugak bantal asyraf..
yang merah tu yer..yang biru tu anak kawan opis ni punya..
depan
















belakang

aku design ala ala kadar, kakak tu buat macam ni..
cantikkan..

KAKAK ni jugak yang buat..
gambar cilok dari FB dia..hehe..
kak, pinjam gambar yer..:)

asyraf dapat adik pompuan nanti..:)

'Asyraf ni dapat adik pompuan nanti ni...'

bukan sekali dua dengar..
dah selalu sangat orang dok cakap..
nenek, makcik, jiran sebelah umah..
aduhaiii..

tau kenapa diorang cakap macam tu?
bila tengok tang tetek asyraf..
diorang kata kalau tetek terbelah, dapat adik pompuan..
ntah aku pun tak paham terbelah macam mana..
hehe..

kalau betul, okey jugak kan..
dapat sepasang, pastu boleh rileks lama sikit..haha..
bajet umur aku baru 20 tahun nak rilek lama² kan..
kata nak anak 4...kahkahkah..
tapi pregnancy test ni kate, rileks rileks dulu..huhu..
minggu lepas buat test, negative derrr..
terpaksa buat sebab nak puaskan hati sendiri..
ramai pulak yang kata ntah² berisi..
puncanya aku demam batuk muntah² minggu lepas..huhu..

p/s: mummy 40 tahun, asyraf baru 10 tahun..aduhaiiii...

Monday, July 16, 2012

flash card

ok..
meh nak story sikit pasal felt flash card ni..
















warna warni kan..
aku cakap kt akak tu, akak buat lah sesedap rase akak, janji comeiiii..
hasilnya memang aku sukerrr..hehe..



jahitan akak ni memang kemas je..dah macam guna mesin jahit pulak..
kagum sungguh aku dengan orang yang pandai jahit nih..huhu..

act, kat belakang setiap abjad tu, ada gambar..
lupe pulak aku nak snap..
tapi adelah macam macam..
nombor 1-10, bentuk bulat, petak, star, bunga ehh macam macam lagilah..

video ni masa mula² aku bagi flash card ni kat asyraf..
nak tak nak je pegang..
aduyaiiii..
takpe..slow² asyraf kan..
kalau korang perasan dalam video ni ada bantal warna merah tu kan, 
yang tu pun order kat kakak tu..hehe..

ok..aku order kat SINI..
akak tu takde blog..segala urusan di FB beliau sahaja yer..
boleh lah PM akak tu yer kalau ada yang berminat dengan hasil kerja tangan beliau..
boleh la sebut korang tau info ni dari blog aku..
mana lah tau kot kot dapat diskaun ke kan..hehe..

ok, sekian..:)

Saturday, July 14, 2012

Puree Pear

hari ni masuk hari ke 2 asyraf makan puree pear ni..

masa mula² nak beli pear ni, bercinta la aku depan rak rak buah ni..
masyaAllah..banyak jenis rupenya keturunan pear ni..
baru makcik tau..hukhukhuk..
ingat nak ambik gambar, tapi ala ala segan, tak jadik nak keluarkan henpon cabuk dr poket seluar..hehe..
ini baru beli belah kat Ong Tai Kim je nih..(Pasaraya terbest tepi rumah aku)
kalau aku pergi Jaya Grocer ke Cold Storage ke mau balik sia²..haha..

antara yang aku ingat,
 Fragrant Pear - 1.70/pc
 Pear biasa - berapa ntah sekilo
 ntah ape pear aku  tak ingat - 2.40/pc









inilah dia pear 2.40 sebijik tu..hukhukhuk..


sesambil potong nk steam / rebus tu, masuk mulut dulu..
padan lah mahal kemain..manis juicy je..

 - dh rebus, tunggu sejuk jap
 - blend smpai halus yer..
 - aku ambik sikit nak hantar pengasuh, yang balance aku beku kan..

lepas ni nak buat puree carrot pulak..
sementara mummy bersemangat waja ni kan..
ape salahnya..:)

Friday, July 13, 2012

DIY Flash Card utk anak..

ehhh tak..bukan aku nak DIY benda alah ni..
bukan tak rajin, tapi tak reti..hoho..

tapi dalam pada tak reti menjahit tu kan, aku rajin google cara cara nak DIY flash card ni..
dok tenung sana..tenung sini..sambil pikir sapa aku nk suruh buat ni ekk..
tu jelah keja aku..
dari zaman sekolah sampai lah dah ada anak ni..
projek jahitan masa Form 3 pun aku upah jiran sebelah yang jahitkan..haha..

pastu jumpe satu blog ni..blog omputih..SINI
tengok macam best je kan..

ni dia buat untuk anak dia..best kan..
boleh gigit tanpa perlu risau flash card koyak..
aku pun teringin nak buat jugak..tapi cepat² sedar diri..
kang hot hot chicken shit saja..
baik aku carik tukang jahit kan..
hehe..

actually, aku dah order and dah dapat pun flash card tu..
ni kasi tengok sikit..
hehe..nanti aku review aku tempah kat sapa ek..
ada video masa aku bagi asyraf flash card ni..
aduhai nye pun..

baru perasan ada video ni..:)

serius aku tak ingat ada video ni dalam henpon en asben..
semalam dok godek godek, jumpe pulak video nih..
alahaiii..
ni masa aku kat hospital lagi..
Asyraf baru sehari..huhu..
rindu bau baby..
sekarang ni bau masham je lebih..
kalau nak cium kena ada gaya jugak tau..
cium dalam dalam sambil sedut bau masham itu budak demoookk..
baru feel..hehe..

Thursday, July 12, 2012

korang ada ambik pil kalsium tak?

macam tajuk kat atas tu kan, korang ada ambik apa² pil kalsium tak?
korang amik ape?
Shaklee ke? okey tak?

aduhaiii..
aku ni baru ade anak sorang..tapi tulang belakang aku ni makin hari makin sakit..
nak² kalau tidur mengiring dengan Asyraf..
humang aihhhh hazab kalau nak beralih badan..
giler ngilu rasa dia..

secara jujurnya, aku memang takde amik apa² supplement kalsium dari mana² brand pun..
susu pun jarang² minum..kalau ada beli HL sekotak, 2 hari dah abis dah..lepas tu tunggu beli lagi, baru minum susu..huhu..
Anmum Lacta yang beli hari tu pun belum habis lagi derrr..
ntah² dah expired dah..
susu takmau minum, pastu kau bising² sakit tulang lah sakit itu lah..
ape pun tak boleh lah kau..huhu..

ok2..
berbalik pada tajuk, boleh share tak korang buat macam mana nak tambah kalsium dalam badan korang tu..
macam aku, aku mulakan dengan ini...
kahkahkah..nak yang sedap sedap je aku ni..hoho..

lobak putih..korang dah try?

aku dah try..
dari entry yang NI ..
aku gigih pergi carik lobak putih ni..
padahal sebelum nih tak pernah perasan pun kewujudan beliau..hoho..


















bagi sesapa yang tak pernah perasan kewujudan lobak putih ni..
nilah dia encik lobak putih..hehe..
hensem kan..
saje aku pilih yang paling kecik sekali..
sebab takut tak sedap..
sekali sedap lah pulak masak tumis air campur sawi pak choy tu..
en asben pun suke..
sibuk je nak test jugak..

keberkesanannya?
ntah lah..tak perasan..haha..
boleh??

tapi milk booster terbaik ialah kerapkan DF or pumping kan..
ko makan lah segala mak nenek milk booster pun, tapi time pumping banyak skip, toksah lah kau mimpi nak susu banyak..hoho..
aku memang kena banyak pam pasal aku pumping mother..aduyaiii..

Tuesday, July 10, 2012

anak bujang dah 6 bulan hari ni..

alahai..
dah 6 bulan adik hari ni yer..
macam tak percaya pulak dah ada anak umur 6 bulan..hoho..

Alhamdulillah Asyraf masih ada lagi rezeki susu mummy dia..
walaupun tak fully apa lagi ekslusif kan..
takpelah..yang penting setiap hari kat umah pengasuh asyraf dapat minum susu mummy lagi kan..
kat umah, kalau tak sempat pam, boleh topup Anmum..eh..

gambar pagi tadi sebelum gerak pergi umah pengasuh..
sempat lagi tuh..

belum pandai merangkak..tapi dah sibuk angkat² bontot dah..
menjerit bila tak nampak sapa dekat dia..hoho..
bab ni yang tak boleh tahan..sabo je..
ermmm ape lagi ekk..
lebih kurang jelah kot dengan baby baby yang lain..
asyraf bersama bantal bucuk kesayangan..
haii dik, rambut dah lebat..tapi jenis halus lembut pulak dah..adoyaiii..
dah macam rambut gegirl..
hari² dok sapu minyak zaitun cap shurah..hoho..

oklah..nak google ape lagi solid food yang baby 6 bulan bolah makan..
mummy gigih ni..:)

Monday, July 9, 2012

Horlicks mcFlurry..jom..

kejadian minggu lepas..
akhirnya dapat jugak aku merasa Horlicks Mc flurry tu..
rase?
boleh lah..
macam rasa nestum pun ye jugak..
huhu..
mc flurry atas tu aku yang punya..hoho..

stroller..keperluan atau kehendak?

tajuk ala ala nak berdebat je..hehe..
padahal entry takde kena mengena dengan tajuk pun..

semalam petang jalan² Aeon Wangsa Maju..
boring dah kot terperuk dalam umah seharian..
walaupun mummy demam hidung berair, batuk pun boleh tahan..
tapi berjalan punya pasal, ku tahan jua..huhu..

tak tau nak mula dari mana..
last last pergi section baju baju baby lah kan..
tempat wajib pergi sejak dah ada anak ni..haha..

pastu en asben kata nak tengok stroller..
aku ye kan je..tengok² ada stroller murah..
memula macam tak nak beli..
sebab rasa macam tak perlu je..hukhukhuk..
tapi bila pikir pikir balik, ala rembat jelah yang murah ni..boleh la shopping dengan senang hati..


Sweet Cherry Tulsa ape ntah..haha..
RM119.00..kalaulah duit berkepuk nak jugak stroller yang mahal tu..
ada hati jugak tu..haha..
stroller 3 roda..boleh la kan..
beli terus bantal dgn stroller pad..
bayar and terus baringkan asyraf..
nasib baik asyraf nak baring dalam tu..
misi berjaya..hehe..

sebab asyraf behave duduk dalam tu, mummy belanja baju ehh..
dapat la pilih baju dak demokk ni dengan senang hati..
senang hati sebab dapat pilih baju murah semalam..haha..
mummy pun senang hati dapat beli jeans baru..
walaupun size dah bertambah jadi 31??
apakahhhh????
abah melepaskan lelah dalam Chicken Rice Shop..
bolehlah makan dengan senang hati dengan adanya stroller ni..
kalau tak time makan mesti kena bergilir gilir..

























bos kecik dengan putingnye..huhu..
adik duduk elok elok dalam stroller tu ekk..
mummy ngan abah nak makan ni..hehe..

Friday, July 6, 2012

tambah stok storage bottle

jangan salah paham yer..
bukan tambah stok susu..
cuma tambah stok botol jek..hehe..

stok susu?
zero..
apa tak nya, aku punya susu sekarang ni ibarat kais pagi, makan pagi..kais petang makan petang..
tambah pulak aku ni EP Mum..
hidup aku sekarang ni pam aje kerjanya..
kalau tak pam, takdelah susu untuk Asyraf..
beli kat SINI..
6 bottles = RM19.50
botol ni gemuk sikit dr botol bumble bee tu..
kalau dengan pam Spectra 3 tu, kena pusing betul² baru ketat..

risau ni..puasa dah nak dekat..
stok takde langsung..
ingat nak try cube supplement yang hot di pasaran skrg ni..
tapi aku ni ada masalah skit kalau jenis nak makan ubat biji ni..
aduhaiii..
nak carik longan kering lah..tak pernah try lagi ni..
kat mana ekk nak beli?

Thursday, July 5, 2012

soalan tentang solid food..

ermmm..macam mana ekk..
aku nak cerita lebih pasal penyediaan solid food ni, aku sendiri pun baru 2 hari bagi Asyraf makan..hehe..
masih lagi korek², gali², baca², cari² ilmu pasal solid food ni..
tapi sebab dah ada yang tanya, aku try lah jawab ekk..
mommies yang dah terror, tolong betul kan ek kalau salah jawapan yang aku bagi ni..
nnt jadi ajaran sesat pulak..hehe..

ni yang pertama..
ok..setakat yang aku paham..
bagi ibu ibu bekerja, yang nak bagi anak mereka makan hasil air tangan mereka, solid food ni boleh dibekukan..tahan lama tapi kalau boleh jangan lah buat banyak² sampai sebulan dalam esbok korang kan..
agak² je masa masak tu boleh dapat 2, 3 kali makan, oklah tu..
tapi terpulanglah masing² punya pendapat lah kan..
pada pendapat aku, eloklah buat sikit²..
sebab nak bagi makan ni pun ada peraturan dia kan..
4 days rule ke ape tu..
sebab nak tengok anak kita ada alergik ke tak dengan makanan yang kita bagi makan tu..

tapi tapi tapi...
kalau korang rajin masak hari², setiap pagi sebelum pergi kerja tu, lagi bagus kan..
aku bukan tak rajin, tapi tak sempat kottttt...hahha..alasan..

ni yang kedua..

ok..disebabkan aku ni baru je bagi asyraf makan puree apple, aku buat macam ni je..
aku keluarkan seketul puree yang beku tu, letak dalam bekas kecik..bagi cair dulu..
lepas tu rendam je bekas tu dalam air panas..macam korang panaskan EBM tulah kaedahnya..
kalau ada warmer lagi bagus kot..
aku tak tau sebab aku tak pernah ada warmer..huhu..
bagi lah suam² sikit puree tu..kang tak pasal demam selsema pulak anak kalau bagi yang sejuk kan..
aku agak je ni..hoho..
nak bagi puree saje² boleh, nak campur sikit dgn susu ibu or FM pun boleh..:)

agak² entry aku ni menjawab soalan tak?
hehe..
ke aku yang tak paham soalan?

ada soalan lain?
ecehhh...bajet aku dah 2 tahun bagi asyraf makan..padahal baru 2 kali..hoho..

Wednesday, July 4, 2012

Asyraf's 1st solid food

5 bulan 3 minggu..
aku dah bagi asyraf makan..
kenapa tak tunggu sampai 6 bulan?
tak takut ke kalau jadi pa pe kat asyraf..?
tak kesian ke kat usus asyraf..?
hanya aku, en asben dan Allah je tau betapa takutnya masa mula² nak suap asyraf makan hari tu..
sampai macam tu sekali..padahal nak makan puree apple je pun..bukan makan nasik kandar..hehe..
tapi, bila dah google..aku jumpa ni..


Makanan pelengkap: Bila untuk memulakan?

Pakar pemakanan kanak-kanak mencadangkan supaya beby diberi makan seawal usianya 6 bulan.  
Tapi ada beberapa benda as consideration yang mungkin kita boleh mula bagi beby makan.
That are:
  • beby dah mula duduk dengan sedikit sokongan atau tanpa sokongan dan boleh mengawal kepalanya.
  • cepat lapar dan mommy akan kerap menyusukan beby
  • boleh mengawal lidah dengan baik
  • mula mengunyah atau menggerakkan mulutnya seperti mengunyah
  • suka memasukkan benda ke dalam mulutnya
  • menunjukkan minat kepada benda yang kita makan dan cuba merampasnya

sumber : SINI

asyraf dah ada semua tanda² di atas..
so, kitorang decide dah boleh bagi makan ni..
asyraf's 1st solid food is Puree Apple..
senang je nak buat ni..
aku yang jarang² masuk dapur ni pun boleh buat, 
ape lagi korang yang hari² masak kan..

1) kemain lagi beli Fuji Apple..demimu anak..kalau tak, selalu beli apple rm5 selonggok tu je..hehe..
2) sila kupas dulu, potongla kecik kecik ikut sesedap rasa..
3) aku takde pengukus..so, aku masak air, tunggu mendidih, aku letak tapis tu atas periuk yang mendidih tadi..jadi jugak..
4) tunggu sejuk sikit, masuk dalam blender, blend lah sampai halus / hancur. aku letak air rebusan/stim apple tadi tu..
5) aku tapis sekali lagi sebelum masukkan dalam ice cube ni..
6) nah..dh keras dah pun..

setakat ni baru 2 kali asyraf makan..
1st time bagi, muka berkerut habis..
mulut tak nak bukak..
pelik agaknya..huhu..yelah sebelum ni minum susu guna botol je..
ni tetiba minum pakai sudu bagai..
sibuk nak capai sudu adalah..

second time bagi, memula tak nak bukak mulut..
lps aku buat aksi dapppp dappppp dapppppnyerrrr..( sila imagine )..
barulah nak bukak mulut..hahha..
siap dia yang nganga dulu kalau aku lmbt suap..
ape tak lambatnya, mummy suap dalam mulut mummy dulu..hehe..
sedap wehhh puree apple tu..

notakakisizelapan: bila anak dah start makan, barulah rasa wahhh anak aku dah besorrr dah..hoho..

Tuesday, July 3, 2012

Oh makcik cleaner..

pepagi tadi..
ada sorang makcik cleaner..
kita panggil dia auntie je..
dia cerita semalam dia kena ragut..
kesian..sambil dok tunjuk kesan lebam kt leher dia..
memang jelas kesan lebam..

pastu dia tunjuk balance rantai leher yang di ragut tu..
peragut tu dapat tarik separuh je, separuh lagi auntie tu pegang..
alahaiiiiiiii halusnya lah pun..
apelah punya peragut, kesian auntie ni..
dah ragut, kena tolak jatuh atas jalan tar pulak..

kadang kan kite memang tak sedar kite semua dalam bahaya kan..
nak nak kite pompuan ni..
alahai senangnya nak kena..
sekelip mata je boleh jadik mangsa kan..

tak kire kat rumah ke..dalam kereta ke..dalam public transport ke..
semua dah tak selamat kan..
takutnya...

suspek : wanita muda dalam linkungan umur 18-20 an bersama lelaki berumur dalam lingkungan awal 50 an..
naik motor warga indonesia..area Taman Bunga Raya, Setapak..
modus operandi - tanya jalan
so, hati hati mommies..

ecehhh dah macam inspektor sahab pulak aku..hahha..

Monday, July 2, 2012

baju raya colour apa tahun ni?

haha..
over giler..puasa pun belum oiii..
tapi jangan tak tau yer..ada tailor yang dah tak nak amik tempahan dah..
so, nak taknak ko kena lah hantar kain cepat cepat sebelum direject oleh encik tailor..
sapo nak jahit kain² tu karang?
aku? nan adooo..jahit jelujur pun failed..
padahal dulu² time sekolah form 3 aku aliran ekonomi rumah tangga..
kantoi projek hantar kt jiran sebelah rumah..aku upah makcik tu yang jahitkan..hehe..


















yang mana satu pilihan kalbu?
ni dalam Harison Jalan Tunku Abdul Rahman..
puas lah aku melayankan kehendak en asben ni haa..
masuk Nagoya tak kena..masuk Kamdar tak kena..
cerewet pulak dah pasal nak carik kaler yang berkenan..
last² pegi Harison lagi sekali..
sebab mata dah berkenan kt Harison, ko pusing lah mana pun tak jalan dah..

fokus nak carik kain yang sejuk, 'jatuh' dan tak senang kedut..
maksud tak senang kedut ni, sekali ko gosok terus tahan kedut sampai ke malam..haha..
maklumlah tahun ni beraya dengan si kecik yang perlu di dukung..
kang penat² aku gosok, tak sampai sejam dah kedut kedan..

dannnnn..kaler yang menjadi idaman hati tahun ni jatuh kepadaaaaaa...
pink belacannnn...
inspired by baju pengantin my only kakak ipar..
hehe..hai kak lang...:)







ko tengok lah tu..
siap test letak kat badan bagai..
kalah aku..aku punya kain, tengok kat patung, ye saya nak yang macam patung tu pakai..
kahhhhh..
























SA Harison yang sangat best..
layan je kitorang laki bini dok test sana test sini..
tak de pun buat muka annoying walaupun aku masuk sana pakai selipar cap pasar pagi Taman Melati je..haha..
bagus bagus..

lagi bagus sebab ada diskaun lagi..
aku beli 4 meter setengah utk en asben..
1 meter setengah untuk Asyraf..
total 6 meter kan?
tapi diorang kasi diskaun 0.5 meter..je??
jadilah kan dari takde langsung..hehe..

settle untuk en asben dengan bos kecik tu..
mummy punyer bila nak pergi beli?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute