Pages - Menu

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Blogroll

Showing posts with label AsyrafDahlia. Show all posts
Showing posts with label AsyrafDahlia. Show all posts

Monday, October 10, 2016

Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Lanchang Pahang

Assalamualaikum dan haiii..
Masa cuti Awal Muharram hari tu, kitorang kan balik kampung
kampung kat mana? kat Felda Chini, Pahang sana..

disebabkan, dah lama plan nak pergi tengok gajah dekat Kuala Gandah tu, so, asben kata boleh la singgah tengok kali ni..yeayyyy
sebab dah satu jalan kan..dah alang2 tu, marilah kita
kitorang bertolak dari Gombak pukul 11 pagi macam tulah..
Sampai Kuala Gandah dalam pukul 12 lebih..
kalau korang dari Gombak menghala ke Pantai Timur, sila exit Lanchang..

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Lanchang
sebenarnya, kitorang nak buat surprise kat Asyraf..
dia tak tau pun nak datang tengok gajah ni..

tapi tulah, sebab bila masuk je dalam kawasan ni, ko akan jumpa banyak la gambar gajah, replika gajah..
Asyraf dah excited..mami, gajah!..mami gajah!..hihi

sebelum masuk daftar, amik gambar dulu..hihi
masuk sini FREE tau..cuma kita kena pergi daftar nama lah sikit..
lepas tu, buat la sumbangan sikit untuk gajah2 tu..
nanti, kita akan diberi sticker menandakan kita adalah pelawat di situ..
nanti akan ada guard yang check kita ada ke tak sticker tu..

dan tampal lah kat mana yang korang suka dan senang dilihat oleh pakcik guard..hihi

































paksa asben posing kat sini..kihkih
ada video yang mami record sambil2 jalan sebelum sampai ke tempat gajah tu..
memang korang kena berjalan lah sikit sebelum dapat jumpa gajah tu..
kalau tak tahan panas, sila bawak payung..

bila dah nampak kelibat gajah, Asyraf punya la excited sampai menjerit jerit..
haishhh..
asben pergi beli tebu..rasenya seikat tebu tu RM3 kot..asben beli 3 ikat kot..
jenuh bagi makan..huhu


habis hati lah dapat tengok favorite animal depan mata kan.. 
kat tangan dia tu tengah pegang mainan gajah tu..

bagi gajah makan tebu..gajah gajah tu pun dok la hulur belalai tu ha..
lapar memanjang kekdahnya..
pastu kan, ada sekor gajah tu kencing..Subhanallahhhh...macam simbah air satu tong kemain banyaknya..
sempat lah mami meloya kat situ kan..hahahha



tengok kat tangan asben tu..selonggok tebu dibelinya..memang jenuh nak hulur satu satu tebu tu bagi gajah makan..
kiranya, memang puas lah hati Asyraf tu ha..
yang Dahlia macam biasa lah..takut memanjang..huhu

stop kejap..kepenatan dan kepanasan sebenarnya masa ni..memang tengahari betul..
masing masing dah berpeluh sakan habis basah baju, rambut semua dah..
nak tunggu waktu gajah mandi tapi lambat lagi..waktu gajah mandi 2.30PM..
so, kitorang tak tunggu la..







ni gambar wajib nih..nasib baik tudung tak kena sedut dengan gajah..nak bergambar depan gajah sangat kan..hahaha

ok, dah boleh balik..sebelum tu, singgah cafe diorang beli FM dulu..sebab masa kitorang pergi tu, kedai souvenir tutup sebab apa ntah..lupa.. 

pastu nanti, boleh la tempek sticker yang korang dapat tadi kat sini..nak tulis ke apa ke, boleh je..
tu adik aku siap keluarkan pen lagi tu..ada ayat hikmat dia tinggalkan kat sana..heheh

ok, jom kita balikkk..ehh tak balik lagi pun..
asben ajak singgah Deerland pulak..dah alang2 berpeluh ni kan..
yelah..mana2 lah..janji anak2 happy sudahh..
entry Deerland, nanti lah yer..
yang ni pun jenuh nak karang..hoho

bye..jumpa lagi


Thursday, October 6, 2016

Farm In The City, Seri Kembangan

AWAS: Entry Banyak Gambar :)

Assalamualaikum dan haii..
Baru ada masa nak buat entry pergi Farm in The City 2 minggu lepas kot..
pergi hari Sabtu, 24 September 2016..
kononnya nak bergerak awal pagi..tapi biasalah kan..
malas nak cerita..pukul 10 lebih baru keluar rumah..
lepas tu, singgah sarapan dulu..
kenyang perut baru senang hati..ye dak?

kitorang sampai sana pukul 12 lebih kot..
sekali pusing je dah ada parking, sebab pelawat sessi pagi dah nak balik..
budak2 tadika yang datang sessi pagi pun dah nak balik..
so, tips pergi Farm in The City ialah, kalau nak datang awal pagi, make sure betul2 awal pagi yer..
kalau tak, sila datang tengahari..
sebab parking limited tau..tak banyak sangat..

Yeayyy..akhirnya dapat jugak snap gambar papan tanda keramat ni..

mana gambar mami? 
mami scared ke? no lah..mami photographer..mami not scared lah..hihi..
tak berkilat pun kura kura ni..dalam Lara Oh Lara kemain berkilat kau yer..
yang besar tu umur 33 tahun tau..dah sebaya dengan asben..hahah

Asyraf tu suka sangat la dengan kura kura..
nanti kalau ko pergi sini, memang akan jumpa kura kura di mana mana sahaja..
tepi pokok, tepi tangga, tepi kolam..ehh banyak la kura kura..
cuma tak glamer macam yang besar ni lah..kesiannn



Antara haiwan2 yang ada dekat Farm in The City.
gambar pun berterabur..tak ikut susunan dah..takpelah yer..
tu pun ada gambar haiwan yang takde ni..

tengok la asyraf tu..mami pun takut nak pegang anak ayam tu gitu je..walaupun mami ni orang kampung, tapi idok ler nak pegang anak ayam weiii...hishhh
setakat pegang ular tu, memang dia no hal..rilek je muka macam takde apa2 berlaku..
mami macam biasa..photographer of the day..hihi

yang putih macam kambing tu bukan kambing yer..jangan salah..
tu Llama/Alpaca..tapi ada iras kambing kan..cousin kambing la agaknya ni..





haa ni kambing..kot la ada yang tak kenal kambing kan..hihi
dah la jinak jinak semuanya..lapar memanjang pulak tu..
asyraf keja bagi makan kambing tu..
ulang alik mintak sayur kangkung dekat brader yang jaga tu..
berbulu je brader tu tengok asyraf..hahahha
dia kata, balik2 muka budak ni dok mintak kangkung..

bergambar dulu seround..mujur bawak adik..boleh la jadik potographer..hihi

menyengih je kejenya..suka sangat la mami tak marah dia pegang haiwan2 ni..
kalau kat kampung masa adik ada beli arnab dulu, jangan harap la dapat pegang macam ni..
memang kena jerit la kan..hahha mami nye punnn..motif sangatttt

mami acah2 berani je tuhh..tu yang bahagian tangan tu jadik parkinson..hahaha

ni part yang paling best sekali..kemain gigih semuanya try tangguk ikan dalam longkang ni..
ingat senang? dah la penangguk kecik..geram je aku tengok ikan tu berenang laju kemainn..
Dahlia siap cakap, mami, ikan terbang laju sangat..kihkih..


fish feeding timeeee..suka la budak budak ni tengok ikan kemain banyak hoiiii..semua gemok2 pulak tu..
makannn je kejenya kan..


kebetulan masa kitorang sampai tu, ada parrot show..penuh dengan budak2 sekolah sekeliling parrot2 tu..

terpaksalah abah dukung macam ni..
mujur abah gagah perkasa..itu pun, dahlia merengek nak jugak duduk atas bahu abah macam tu..hihi

sebenarnya, asyraf tu berhajat nak letak burung tu atas bahu dia..sibuk dia zikir nak letak bird atas bahu..
mana lah boleh..nasib baik tak buat perangai lepas mami cakap tak boleh tu..

dalam Lara Oh Lara, kereta Volkwagen ni warna putih kalau tak silap..
tapi masa kitorang pergi, dah bertukar rupa dan yang penting..makin cantik lah kan..
warna pink siap ada lukisan bunga2 lagi kat situ..boleh jadik prop bergambar 

cubaan bergambar dengan anak dara nan seketul..

Lepas tengok parrot show tu, kitorang pergi makan jap..
ada cafe kat tepi kandang kuda kecik tu..
cafe air cond..best la sebab masing2 dah kepanasan kan..dapat pulak minum ice lemon tea, perghhh..
sejuk nyaman tekak..order fish n chips, kongsi makan ramai2..
nasi goreng kampung tak makan pun..sebab dah kenyang..so, tapau je makan kat rumah..

lepas kenyang perut, bawak budak2 ni pony ride pulak..
satu round, rm7 which is mahal la kan...
sebab selalu naik kat Titiwangsa rm1 je..hihi
tapi takpelah..kasi chance laaa..


nampak tak beza tu..sorang happy kemain..dah ala2 YB dah tu
yang sorang tu, dari awal sampai habis pony ride pun nangis..adoi laaa..

jadiklah..buat kenang kenangan..
overall kalau orang tanya, nak pergi lagi tak Farm in The City?
of course nakkkk..kalau boleh nak pergi tiap2 bulan..sebab apa? sebab besttt..
anak2 suka sangat dengan haiwan2 ni..

Alamat
FARM IN THE CITY
Jalan Prima Tropika Barat 1, 43300 Seri Kembangan, Selangor
hari tu kitorang just Waze je Farm In The City..depan2 pagar sampai..hihi

Harga Tiket (Mykad)
Dewasa - RM32
Kanak Kanak - RM27
Bawah 90cm FREE

Tuuudiiii..jenuh nak siapkan entry ni..punya lama tulis tak siap2..akhirnyaaa baru dapat publish..
sorry la entry penuh dengan gambar..hihi
oklah..jumpa lagi lain kali..
bye..

Tuesday, October 4, 2016

Asyraf Dahlia

Assalamualaikum dan hai..

Lama tak story mory pasal 2 beradik ni kan..
dah besar dah masing2..
Asyraf pun dah nak masuk 5 tahun 2017 nanti..
so, akan sekolah lah tahun depan..
mami dgn abah dah decide nak hantar sekolah dekat je dengan rumah..
harapnya, dapat la sesuaikan diri nanti..

dulu mami risau gila sebab asyraf ni memang makan bersuap sampai la umur 4 tahun ni..
baru sekarang je belajar makan suap sendiri..itupun pakai sudu..
surprisingly, dia makan kemas sangat..
elok je semua nasik masuk dalam mulut..
takde sepah2 langsung..
nasik sebutir pun takda tumpah..
haaa lega lah mami tengok kalau macam tu kan..Alhamdulillah..

sekarang ni, duduk dengan Wan (MIL)..
pagi2 asben antar kat umah Wan..petang nanti mami amik..
macam tu lah hari2 sejak pengasuh dia (Mak) meninggal..
dia terus taknak pergi sana walaupun anak menantu mak still mengasuh budak2 lain..
bila tanya kenapa taknak pergi umah pengasuh, nanti dia jawab,
Mak dah takde..Asyraf taknak pergi sana..
hurmmm


Dahlia pulak sekarang dah 2 tahun 5 bulan dah..
dah anak dara sangat dah..mulut pot pet pot pet non stop..
umur setahun lebih dah bercakap ni..tanpa pelat pulak tu..Alhamdulillah..
tapi penatnya nak melayan sembang dgn dia..
macam orang tua! kihkih

Hari ni, start duduk dengan pengasuh baru..
pengasuh lama pindah rumah..jauh pulak tu..sampai ke Bukit Beruntung sana..adoiii
sedih memang la sedih kan..sebab dia yang jaga budak2 ni, dari lepas pantang dulu..
tadi masa hantar dekat pengasuh baru (Ibu), terkebil kebil dahlia pandang Ibu..hihi
nasib baik tak menangis..hihi
sebab mami abah dah 3 hari berzikir kat telinga tu..
lepas ni adik dah tak duduk dangan Kak Intan tau..
adik kena duduk dengan Ibu..agaknya dia paham la tu kan..
Alhamdulillah..balik nanti kena tanya Ibu la..
ok ke tidak jaga dahlia..sebab anak dara sorang tu pun, boleh tahan jugak peel nya tuh..
kekadang mengundang jugak..hoho

oklah..ni je untuk entry ni..
esok2 jumpa lagi..
bye


Friday, August 5, 2016

#throwbackceritaraya2016

Assalamualaikum dan haii..
dihari Jumaat yang barakah ni, mami baru tergerak hati nak update cerita pasal raya yang lepas..
alahh mamiii..dah habis bulan Syawal laa..
alahh takpe..bukan ada sape kisah pun kann..
lantak situ..
janji cerita ni boleh la anak cucu mami baca nanti..buat kenang kenangan katenyaaa

Ok, tahun ni turn raya pahang..seronok lah kann..
ehh, raya mana² pun sama je seronok..
cuma kali ni, dapat balik kampunggg..yeahhh
kalau turn asben, kampung jauhhh sangat..huhu

pendekkan cerita, hari raya disambut meriah walaupun sederhana je semuanya..
pagi² dah bangun kejutkan Asyraf..sebab asben nak bawak dia pergi solat sunat hari raya..
dah siap² semua, asben pergi masjid lah kononnya..masa tu pukul 9 pagi kot..
belum 10 minit, diorang dah balik umah dah..
rupenya, masjid kat kampung solat sunat hari raya awal..dah nak siap dah katenya..
hihi..kesiannnn







































ni lah gambar terbaik raya tahun ni..tak tau berapa ribu kali snap, ini je yang palinggg elok sekali..
ye..bukan mudah nak bergambar family dengan kekanak aktif ni..mami lap peluhhh!
dengan rambut Dahlia kusut masai..Asyraf dah bagi tabik hormat nya..fuhhhh



cubaan ambik gambar 2 beradik ni..
adik cewi pakai kasut baru dalam rumah..ape² jelah hanis dahlia..

ni 4 beradik perempuan..yang pakai tudung polkadot tu je single..cume tak sure available ke tak..
kena tanya tuan tanah kedaongg..yang lain² taken dah yer..mak² orang semuanya tu..
saje pose sewel di pagi raya..hehehe

lepas dah posing² tu, tak tau nk buat ape dah..sebab kat kawasan rumah mami ni takde baraan raya dah..
kan ade sesetengah tempat, lps solat hari raya tu, singgah dari satu rumah ke satu rumah tu kan..haa area umah mami dah takde dah..kalau ade pun, kita buat sendiri² jelah..
adelah, 2,3 umah yang diterjah..pastu tak larat dah..jom balik umah..

balik umah, sambung posing lagi sampai lebam..tapi takdelah tempek kt sini yer..
simpan sendiri² sudah laa..
lepas Zohor baru start jalan..tu pun dah pukul berapa dah..pukul 3 petang kot..
mandiakan anak², bagi diorang fresh semula, lepastu pakai kan balik baju raya..
memang asben suruh macam tu..
dia kate, pakai baju raya pertama sampai lebam..huhi

Wassap Pijah nak pergi beraya umah family dia..
pijah ni pun salah sorang Gojes jugak..
kebetulan rupenya satu kampung je..huk alohhhh
dah alang² dia ada tu kan, jom lah terjah rumah dia pulak..
makan laksa penang..sedaappp..kakak dia masak..
bukan dia yang masak..hahaha

tak lama pun kat umah dia, jom lah kita berangkat pulang..
macam biase..amik gambar duluuu..



































dia sebenarnya ada anak kembar sepasang..tapi masa ni, yang lelaki tu, ikut atok pegi beraya..


























sampai sekarang tak paham, kenapa asyraf masa raya hari tu suka nauu bagii tabik hormat..
mana belajar ntah..

balik umah sambung layan tetamu datang umah pulak..kawan adik² la yang ramai datang pun..
yelah..semua dah besor² kan..kawan pun ramai la..sekali datang berbondong²..
hari raya pertama tu, mak masak nasi minyak, gulai daging, acar, dalca, rendang ayam, nasi impit kuah kacang semua settled..licinnn..
Alhamdulillah..

oklah..ni je dulu yer..nanti sambung lagi..errrr
heheh..tenkiu sudi singgah bace..
jumpe lagi..byeee


Saturday, July 2, 2016

Rezeki anak anak

Assalamualaikum n haii...
Ade ke yang bace blog lagi hari ni?
tak balik kampung ke korang..hihi

mesti jalan tengah jem kan sekarang..
kitorang balik kampung Chini, Pahang tahun ni..
balik hari isnin nanti..rilekk sabarr..
bagi jalan clear dulu, baru kitorang balik..
gituuu

saje je nk merepek hari ni..
pasal rezeki anak² ni..
awal awal lagi dah dapat angpau raya..
Alhamdulillah..
seronok la budak berdua tu..
walaupun diorg tak paham lagi pun fungsi duit tu macam mana..
takpe mami pahammmm..hahaha


















Terima kasih la pada yg bagi angpau ni yer..
semoga kalian makin bertambah rezeki lagi lepas tu..
insyaAllah aminnn

oklah..tu je utk hari sabtu ni..
yeayy yeayy tak sabar nak rayyaaaaa..
heheh


Monday, August 3, 2015

Bila anak anak tak sihat

Assalamualaikum..

Musim sekarang kan..
Dengan cuaca kejap panas tang tang, pastu petang hujan..

Last week Asyraf Dahlia memang dah batuk selsema..geram dengar diorg batuk..rase macam nak korek2 je kerongkong tu bagi keluar semua kahak..bab hingus pulak jangan cakap la..meleleh je..
Nasib baik Asyraf dah pandai hembus hingus tu..lega dah sikit kan..
Dahlia je la..kadang2 dia tiru jgk hembus2 hingus walaupun tak keluar
ape..hihi

Jumaat lepas aku terpaksa amik EL sebab Dahlia akhirnya demam jugak..so, menjaga budak demam yang aktif, phewwww lap peluh jugak la..penattt..huhu

Ingatkan dah kebah demam, rupenya Ahad semalam tiba2 suhu naik semula..dengan asben takdenya..nasib baik ade simpan ubat bontot..



Ni selepas aku mandikan dia..memang panas giler masa pegang badan dia..pastu ok start aktif semula..tp lps maghrib semalam naik balik suhu..siap muntah selambak dalam buaian..habis satu badan dengan rambut2 kena muntah..huhu
Sedih tengok dia nanges..
Mandikan semula pastu tidokan dia balik..
Alhamdulillah bangun pagi tadi tengok dah ok..kalau tak kena EL lagi lah kot..


Gambar masa kat kampung

Oklah..tenkiu sudi singgah bace yer..
Jumpe lagi..bye :)

Wednesday, July 8, 2015

Rezeki anak anak

Assalamualaikum..

Saja nak update hari ni..
entry simple je..

semalam, masa ambik anak² dari umah Mak (pengasuh), Mak hulur 2 keping angpau ni..
satu utk Asyraf, satu utk cik bunga..
katenya salah sorang mak anak asuhan dia yang bagi..
saje bagi awal..takut lupe..heheh

rezeki anak anak..Alhamdulillah

memang setiah tahun, ade bahagian kawan² Asyraf Dahlia kat umah pengasuh tu..
walau isi dalam tak la meriah macam parents lain, yang penting ikhlas..
anak² happy, mak pak pun happy..
tak gitu..:)

#kongsirezeki

Friday, June 19, 2015

Zoo Negara: Jalan Jalan tengok Haiwan & Tips

Fuhhh fuhhh fuhhhhh...
abis bersembur ailio kat screen ni haa..
banyaknya habuk..hukhukhuk..

Ehh, Assalamualaikum semua..
busy yang teramat semenjak 2 menjak ni..
banyak sangat cerita nak tulis dalam blog sekadar di pinggiran aku ni..
tak kisah pun walau cerita dah nak basi, sbb ini bukan blog surat khabar online kan..huhu..
tulis untuk kenangan je..

oklah..entry untuk warm up kite update pasal pergi Zoo Negara tempoh hari..
sebenarnya kan, aku ni alergic sikit nak pergi zoo2 ni..
sebab aku mmg tak boleh tahan bau bauan kurang menyenangkan dari haiwan² tu..
ehh takkk..ni bukan mengada-ngada ke apa tau..
ini seriuos tau..pernah pergi Zoo Melaka masa zaman muda mudi dulu..
aku boleh muntah dr awal sampai habis pusing zoo melaka tu..sebab tak tahan bau busuk najis binatang kat sana..pastu boleh pulak tertengok, ade lembu sekor ni dok minum air kencing lembu lain yg tengah kencing..apakah??? muntah hijau kat situ..huhu

ok melalut sudah..
kitorang keluar rumah 9.15 pagi, sampai Zoo Negara dalam pukul 9.30 pagi macam tu tengok² parking dah banyak kereta..
yelah, pergi musim cuti sekolah kan..kitorang pun sibuk sekali walaupun takde anak yg bersekolah lagi..hihi..

barulah pelancong bergambar kat signage Zoo Negara ni..kahkah
tenkiu pd sape ntah sudi offer nak tolong snap kami 4 beranak lepas susah payah amik gambar bertiga sebelum tu..


anak beranak kata bagussss..hihi



Tiket masuk Zoo Negara..
silalah study..kitorang beli tiket zoo sahaja..tak tengok panda pun..
tiba² rase macam mahalnye tiket..aptb..

pastu kan, dah settle beli tiket baru nampak bunting ni..ko rase???

sebenarnya, banyaakkkkkkk giler gambar masa kat sana..
tapi sebab nk pendekkan cerita, tunjuk yang mana dah transfer jelah..
yang belum transfer, biar jadik tukun..ehh??

puas hati tak?
bagi kitorang yang bawak 2 orang anak kecik ni, Alhamdulillah sangat puas hati walaupun tiket macam mahal tapi yelah, nak murah pergi masuk hutan sendiri, pergi cari sendiri binatang² tu kan..
kalau mampu lah..kalau tak mampu, terjah zoo jelah..
bagi anak² happy sekali sekala..
Asyraf sampai sekarang, kalau tanya pergi zoo jumpe apa?
mula² dia akan tunjuk tangan dia yang jatuh masa kt zoo tu..
nak bagitau la yang dia jatuh..sape suruh berlari kan..tu lah padahnya..
pastu dia akan sebut la ape binatang yang dia ingat..tiger, elephant, bird, giraffe, etc..
banyak la binatang yang ade kat zoo kan..
tapi boleh nampak dia happy gile sebab selama ni kan nampak dalam buku, dalam tab je..
nah sekarang tengok live..hoho

sempat jugak tengok animal show..
ade see lion, binturong pastu ape lagi ekk..lupe dah aku..huhu
tapi best la walaupun time tu panas matahari memancar mancar..





















servis print gambar kat sana..2 keping ni rm50..
jadiklah..buat kenang kenangan..

Tips pergi Zoo Negara:-
  • seboleh bolehnya datang awal pagi
  • sila breakfast dulu, kang lapar dah tak enjoy nak tengok binatang..huhu
  • pakai pakaian yang sesuai..sebab kawasan zoo tersangat la luas..lain la kalau mmg dah pasang niat nak naik tram/bus 
  • bawak air minuman yg mencukupi..sbb kalau tak cukup, ko kena beli kat zoo yang harganya Nauzubillah mencekik darah..

































Twister kecik tu RM5.50 tau..nanges bayor..tapi takpelah..stok air kotak Asyraf masa tu dah habis, so, beli jelah..apelah sangat..dia dah behave masa kat zoo tu pun Alhamdulillah..tapi lepas ni kite beli siap² kat luar ok..hehehe

oklah, akhirnya sampai jugak masa utk Publish entry jalan jalan Zoo Negara ni..
punyalah tak sempat nak update..haishhhh..
oklah, tenkiu pada yg sudi baca/tengok gambar..
jumpe lagi..
opsss..selamat berpuasa yer semua..
bye..:)


Wednesday, April 29, 2015

kisah Asyraf Dahlia demam ON OFF

Assalamualaikum..

Update cerita last week..
Cik Bunga demam on off..
2 kali pergi hospital columbia..
yang kali ke 2 tu, suhu dah naik sampai 41º celcius..
pukul 12 tgh malam tetiba dia nangis macam menjerit..
kelam kabut mami abah bangun..
tengok2 satu badan dah merah menyala..

bukak pampers dulu sbb aku memang tak pakaikan dia baju pun tido tu..
sebab dia memang tengah demam kan..
pastu laju2 mandikan dia..
apa lagi..keluarlah suara soprano di tengah malam bute..huhu..
pastu siap2 pakai baju, aku check lagi suhu..
turun sikit jadik 40º Celcius..huhu..

kejut Asyraf suruh bangun..
terpinga pinga Asyraf..nasib tak nangis..

pukul 1 pagi sampai hospital..
takde orang pun..hihi..
ade kitorang je anak beranak..
nurse panggil timbang berat badan Dahlia dulu..
7.1kg je Dahlia..alalalala..
slim sangat ni..

tak lama lepas tu, jumpe doktor..


ko tengok la abah dia picit pipi anak dara sampai jadik gitu..kahkah
disebabkan demam on off dah 3 hari, aku request nak buat blood test terus..
sekali lagi dengarlah suare soprano cik bunga..
beria dia nangis kesakitan org cucuk jari dia..
kesian menengoknya..
tggu dlm 20 minit, result keluar, alhamdulillah..
bukan denggi..cuma demam viral je..


kesian tengok muka orang demam..monyok je..
tapi bear hippo kesayangan tak lepas..
jangan la ade sesapa ambik tu..mmg kena jerit dgn dia kang..haha
abah jelah yang terlebih sengeh..




































kejap je besor..dah nak masuk setahun bulan 5 ni..
tapi sebab badan dia kecik je, org mesti tanya 2, 3 kali yeker?
huk alohhh..

Alhamdulillah, dahlia dah sihat..tapi esoknya Asyraf pulak demam..adududuudu..
setelah 5 bulan tak demam, akhirnya kena air hujan sikit je malam tu, terus demam..
nasib baik lepas makan ubat, suhu makin ok..sekarang 2-2 anak mami dah sihat dah..
Alhamdulillah..

oklah..sekian..
tenkiu sudi singgah baca yer..
jumpe lagi..bye..:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute