Assalamualaikum dan haiii..
Masa cuti Awal Muharram hari tu, kitorang kan balik kampung
kampung kat mana? kat Felda Chini, Pahang sana..
disebabkan, dah lama plan nak pergi tengok gajah dekat Kuala Gandah tu, so, asben kata boleh la singgah tengok kali ni..yeayyyy
sebab dah satu jalan kan..dah alang2 tu, marilah kita
kitorang bertolak dari Gombak pukul 11 pagi macam tulah..
Sampai Kuala Gandah dalam pukul 12 lebih..
kalau korang dari Gombak menghala ke Pantai Timur, sila exit Lanchang..
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Lanchang
sebenarnya, kitorang nak buat surprise kat Asyraf..
dia tak tau pun nak datang tengok gajah ni..
tapi tulah, sebab bila masuk je dalam kawasan ni, ko akan jumpa banyak la gambar gajah, replika gajah..
Asyraf dah excited..mami, gajah!..mami gajah!..hihi
sebelum masuk daftar, amik gambar dulu..hihi
masuk sini FREE tau..cuma kita kena pergi daftar nama lah sikit..
lepas tu, buat la sumbangan sikit untuk gajah2 tu..
nanti, kita akan diberi sticker menandakan kita adalah pelawat di situ..
nanti akan ada guard yang check kita ada ke tak sticker tu..
dan tampal lah kat mana yang korang suka dan senang dilihat oleh pakcik guard..hihi
paksa asben posing kat sini..kihkih
ada video yang mami record sambil2 jalan sebelum sampai ke tempat gajah tu..
memang korang kena berjalan lah sikit sebelum dapat jumpa gajah tu..
kalau tak tahan panas, sila bawak payung..
bila dah nampak kelibat gajah, Asyraf punya la excited sampai menjerit jerit..
haishhh..
asben pergi beli tebu..rasenya seikat tebu tu RM3 kot..asben beli 3 ikat kot..
jenuh bagi makan..huhu
habis hati lah dapat tengok favorite animal depan mata kan..
kat tangan dia tu tengah pegang mainan gajah tu..
bagi gajah makan tebu..gajah gajah tu pun dok la hulur belalai tu ha..
lapar memanjang kekdahnya..
pastu kan, ada sekor gajah tu kencing..Subhanallahhhh...macam simbah air satu tong kemain banyaknya..
sempat lah mami meloya kat situ kan..hahahha
tengok kat tangan asben tu..selonggok tebu dibelinya..memang jenuh nak hulur satu satu tebu tu bagi gajah makan..
kiranya, memang puas lah hati Asyraf tu ha..
yang Dahlia macam biasa lah..takut memanjang..huhu
stop kejap..kepenatan dan kepanasan sebenarnya masa ni..memang tengahari betul..
masing masing dah berpeluh sakan habis basah baju, rambut semua dah..
nak tunggu waktu gajah mandi tapi lambat lagi..waktu gajah mandi 2.30PM..
so, kitorang tak tunggu la..
ni gambar wajib nih..nasib baik tudung tak kena sedut dengan gajah..nak bergambar depan gajah sangat kan..hahaha
ok, dah boleh balik..sebelum tu, singgah cafe diorang beli FM dulu..sebab masa kitorang pergi tu, kedai souvenir tutup sebab apa ntah..lupa..
pastu nanti, boleh la tempek sticker yang korang dapat tadi kat sini..nak tulis ke apa ke, boleh je..
tu adik aku siap keluarkan pen lagi tu..ada ayat hikmat dia tinggalkan kat sana..heheh
ok, jom kita balikkk..ehh tak balik lagi pun..
asben ajak singgah Deerland pulak..dah alang2 berpeluh ni kan..
yelah..mana2 lah..janji anak2 happy sudahh..
entry Deerland, nanti lah yer..
yang ni pun jenuh nak karang..hoho
bye..jumpa lagi
Lama x pergi situ..first time pergi dulu pun tengah pregnant haikal
ReplyDeletefuuhh ni kalau aqilah suka sgt ni
ReplyDeletesuka benor dia ngan gajah
cantik2 gambar mami tangkap :)
ReplyDeletegajah kencing mcm 1 tong air tu win hahah
Seronok bdk2 dapat tgk gajah life.. Hehe.. Teringat pulak masa tgk gajah liar buat pertama kali masa fieldwork zmn belajar dulu.. Punya cuak.. Nasib ada ranger yg berpengalaman tlg jaga & bagi tips macamana nak berdepan dengan gajah liar.. ^_^
ReplyDeletesalam kenal..wah...menarik ni...tapi kan akak kena tunggu cuti sekolah kalau nak kesini...cantik semua gambar
ReplyDelete