Pages - Menu

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Blogroll

Showing posts with label GBSB Family Day 2018. Show all posts
Showing posts with label GBSB Family Day 2018. Show all posts

Thursday, September 13, 2018

GBSB Family Day Last Part - Sukaneka

Salam dan hai.

Hari ni hari last family day kitorang.
Pagi subuh² dah kejutkan anak3 bangun mandi.
Memang dah jangka masing2 kemain liat nak bangun sebab malam tadi dah kepenatan berlari satu tennis court tu. Lepas tu, sambung main tak ingat dunia dalam bilik.
Tapi, bangun tetap kena bangun awal yer anak3.
Banyak lagi agenda pagi ni.

Muka fresh lagi masa ni.
Dah, jom kita pergi sarapan dulu.
Untuk pengetahuan, sarapan kami di cafe Verandah, Cyberview Resort and Spa ni tersangatlah sedap.
Pilihan super banyak. Cakap je nak makan apa, semua ada.
Datang awal tau. 

Sebahagian aneka menu di cafe Verandah. 
Alhamdulillah kenyang semuanya. 


Ish rasa macam nak letak semua gambar tapi cukup la gambar sebelum sukaneka bermula. 
yeayyy jom 





haaa nampakkk? 
memang muntah hijau kalau letak semua kang
banyak sangat game dapat buat pagi tu.
Gama mak2, game bapak2, game anak2. 
walaupun panas sikit dan kepenatan, tapi semua enjoy.
lagi2 bila dapat hadiah super banyakkk
Alhamdulillah.

Thank you untuk anak anak mami jugak bagi kerjasama yang elok. 
takde rengek rengek walaupun sebenarnya badan letih penat dari semalam nya mandi kolam, malam nya ada birthday celebration, pastu pagi2 buta dah kena kejut mandi ready untuk sukaneka pulak.
Alhamdulillah. Next year kalau ada rezeki, kita join lagi yer.
InsyaAllah.

Last but not least, inilah dia 33 keluarga GBSB yang berkesempatan join tahun ni.
penyertaan paling ramai ni. harap tahun depan lagi ramai lah hendaknya
Tahline kami, biar blog sendu tapi ukhwah padu
InsyaAllah.

Jumpa lagi. Till then. Bye

GBSB Family Day Part II - Potluck & Birthday Celebration

Salam dan hai.
Jom teruskan entry family day seterusnya sebelum terlupa.
Lepas check in, dah golek² sepahkan bilik seround, makanya tibalah waktu yang ditunggu.
POTLUCK!
Allahu memang semua kebulur sangat time ni sebab tak lunch lagi kan. 
Makan merapu je sebelum tiba pukul 4 tu. huhu
Cepat² turun area swimming pool sebab dalam whatsapp group bagitau diorang dah turun kolam.
Marilah kita anak² jom turun kolam.
Dari bilik nak ke kolam tak jauh mana pun, tapi dasar tak reti baca map terus pusing² explorace. haha
Nasib scenery memang cantik. Anak² excited nak mandi je jerit² mana kolam ni mami. hihi

Anak² berkubang sambai lebam. Kolam just nice, tak besar sangat dan tak lah kecik sangat.
Senang la nak pantau anak masing² mandi.

Di Cyberview Resort & Spa ni ada 3 layered swimming pool yang sangat cantik dan ohsem tau. 
Ada yang cetek, ada yang cetek sederhana, ada yang dalam sederhana. 
Yang cetek tu, Allah paras buku lali je. InsyaAllah selamat untuk anak² korang mandi. 
Masalahnya, budak² tu yang tak puas mandi cetek sangat. hihi
Tak mencabar katanya

Sebahagian dari kami. 
Gambar makanan tak banyak sangat sebab letak makanan je terus serbu macam piranha. 
Anak² la kejap² nak makan ini, kejap²makan itu.
Lapor kekdahnya kan dah berendam lama. 
Sampai kecut² kulit.

Kalau ikutkan memang banyak giler makanan potluck. 
Bayangkan la kalau dah 30 family kan. Penuh meja haa.
Makan sampai menyandor. Pastu bising gemok gemok. Pfttttt

Pukul 6.30 dah slow² kemas area kolam tu, siap sedia balik bilik pulak. 
Masuk bilik anak² sambung lagi mandi bath tub. Aduhai. tak reti penat masing² kot. 
Padahal dah mandi 2 jam dalam kolam.

Acara potong kek untuk anak² yang sambut birthday.
Ada 8 besday boy & girl malam tu.
Acara ni kitorang buat dalam tennis court je.
Alhamdulillah pihak resort murah hati dan baik sangat bagi group kitorang guna 2 hari.
So, level risau anak² merayap bersepah merata tu kurang sikit la. 
Diorang main lari² dalam court tennis tu je.
berpeluh peluh masing².

Ada game puzzle untuk kanak² besar malam tu. 
Sambil diselangi dengan lucky draw dan hadiah tukar²
Best sangat part hadiah tukar² ni. hihi





























Hadiah tukar² mami dapat kipas tau. Wahhh macam tau² je memang rumah sekarang kekurangan kipas.
Alhamdulillah rezeki kan.
Hadiah dari mami pulak, mami bagi voucher Aeon je pada My.
Sudi lah terima yer my.


Wednesday, September 12, 2018

GBSB Family Day Part I - Cyberview Resort & Spa

Salam dan hai.

Lama nya tak de entry blog ni. Harap ada lagi yang sudi baca blog sendu kita ni.
Sebenarnya nak cerita pasal family day.
Macam biasa setiap tahun Gojes Blogger Supermom & Baby  (GBSB) akan adakan family day. 
Tahun ni lewat sikit. Selalu kitorang buat awal² tahun gitu, tapi kali ni ramai ber baby kecil, so kita lewatkan sikit la konon. Tapi tulah, bab tambah anak ni, mana ada pernah putus, ada saje yang sambung batton. hihi

Tahun ni, setelah banyak pilihan dan bergaduh sana sini, ok over, GBSB memilih Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya sebagai tempat untuk buat family day. Ternyata pilihan kami tepat sekali dengan pelbagai kemudahan yang disediakan di sana. Tahun ni penyertaan paling ramai dengan 33 family. Bayangkan ramai tak ramai tu. Dengan anak anak lagi. Fuhhhh


Lupa nak bergambar kat signboard ni. Padahal dah plan awal dah. aduii





















Main Entrance. Dari sini je dah dapat bau wangi sangat resort ni. Bau macam dalam spa tu tau. Yelah nama pun spa kan. Tapi serious tenang je dan best sangat.







Takde pulak gambar reception counter. Nasib receptionist tak pening kepala melayan peel sorang² yang macam². Ada yang nak bilik bawah, ada yang nak mengadap pool. Tapi seriuos cakap, ambik je bilik mana pun, permandangan tetap cantik. Teringat² lagi bau wangi bunga bungaan dalam ni. 



Keluar je dari pintu utama, ini lah permandangan yang dihidangkan. Subhanallah cantik sangat.
Memang suasana kampung di tengah² bandar. 

Lepas dah dapat bilik, terus je check in. 

Bilik kitorang 208. 
Masuk je dalam bilik, terus je anak2 terkesima. Wahhh cantiknya bilik. Kitorang ambik bilik Superior pun bilik besar. Lengkap dengan balkoni. Ada bathtub lagi tau. 


Katil Queen + Katil Single.
Mami dengan Aakif tido katil single. Anak² yang lain tido dengan abah.

Ok, untuk yang dah lama baca blog ni, dimaklumkan, owner blog ni dah ada anak 3. hahha
Punya lama tak update blog kan. Tau² ehh dah 3 anak. Alhamdulillah


Lengkap dengan DVD player & tv 32" siap dengan beberapa channel Astro.




















































Ini yang paling lawak rasanya. Dah 2 jam check in, baru perasan ada bar counter. Adoi
Ingatkan rak kasut. Ada jugak dalam hati, besarnya rak kasut oii. Siap dah cakap dengan asben macam mana nak buat susu anak² nanti sebab tak nampak pulak ada kettle ke apa ke. Rupenya dalam 'rak kasut' ni. kahkah. #villagepeople lah katakan



Cermin besar






Lengkap juga dengan iron, iron board, hair dryer pun ada. sejadah apa semua ada disediakan.
Jangan risau ok.




Ni part paling best. Anak² masuk je bilik je sengih sengih mintak nak mandi dalam bath tub. Ok lah, jom penuhkan air. Siap buat party buih 2 beradik tu. Mami tukang tuang sabun. hoho
Pulun mandi sampai taknak keluar last² kena paksa keluar sebab abah dah sakit perut nak membuang. Haha kesiann




























Ni masa mula² masuk je bilik, terus terjun dalam bath tub. Kat rumah takde, tu jakun sekejap. Bukan anak² je jakun. Mak hang pun jakun nak. 

Ok lah, nanti mami sambung lagi part lain yer. Ini pun dah panjang. Ntah ada yang baca ke tidak. Yang mana sudi baca tu, terima kasih tau. Jumpa lagi.

Bye

GBSB Family Day 2018 - Teaser

Salam dan hai.

Lama tak nampak muka tiba tiba up entry teaser.
Gaya macam blogger ternama, padahalll blogger sendu je. hihi






















Nanti kita cerita panjang lebar yer. Nantikan dengan penuh sabar dan tawaduk'.
Huhu.

Bye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute