Pages - Menu

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Blogroll

Tuesday, September 25, 2018

Home » Beraktiviti Kreatif dengan Art Kits dari Letsfunbox

Beraktiviti Kreatif dengan Art Kits dari Letsfunbox

Salam dan hai.


Haa tau ke beg apa ni?
Ini lah dia beg ajaib. Beg ni mami dapat lucky draw masa GBSB Family Day baru baru ni.
Alhamdulillah rezeki anak anak.
Dalam beg ni ada macam macam aktiviti kretif yang sesuai untuk anak anak kita
Masa mula mula dapat beg ni kan, mami agak blur sebenarnya.
Yelah mami ni bukan la manusia kretif pun.
Bila pandang pinggan kertas, cawan kertas maka itulah yang mami nampak.
Pinggan dan cawan. Haha


 Ini lah isi dalam beg tu. Alhamdulillah syukur sangat bila didatangkan macam ni.
Siap semua dah. Tinggal rajin dengan tak rajin je nak buat.

So, masa cuti Hari Malaysia tempoh hari mami ajak anak anak buat.
Apalagi, memang sengih sampai telinga la sebab diorang memang dah lama aim beg ni.
Mami je yang tak bagi. Sebab memang dah plan nak buat sama sama. hoho


 SMILEY JELLYFISH

Asyraf dengan Dahlia memang suka sangat la sebab dapat main dengan gunting dan gam.
Ye, mami memang sejenis tak bagi anak anak main dengan gam gunting, water colour pun tak pernah ajak main. huhu.
Bila dibagi chance macam ni, memang diorang buat sungguh sungguh la.
Kebetulan Aakif tido. So, mami fokus buat sama sama dengan diorang.


 POPSICLE HERO

Yang ni senang je ni. Mami tinggal sekejap sebab nak pergi jemur kain so mintak Asyraf tolong tengok dan guide adik buat sama2. Asyraf gunting, Dahlia tampal


Yang ni senang je ni. Lekat² pakai gam je dah jadi kapal terbang. yeayyy
nasib baik ada contoh boleh la mami tunjuk. Kalau tak, blur jugak nak di apa kan dengan batang aiskrim tu.
Teruk betul mami ni. Sejenis takde daya kreatif. hoho


UFO ALIENS

Ok. Dalam art kit yang ni, dah lengkap disediakan gunting dengan gam sekali tau.
Tak payah susah² nak pergi beli segala bagai. Senang kan?
Suka la budak² ni bila mami bagi gunting pinggan kertas tu.
Gambar printed alien tu je mami tolong guntingkan risau kalau bagi diorang yang buat, terputus pulak kepala Alien tu. pftttt


MY CUTE TURKEY

Yang ni paling seronok buat. Main gunting² lidah, mulut, kaki dengan jambul turkey tu.
Lepas tu tampal la ikut contoh mami dah buat.
Lepas siap boleh main macam puppet.

Serba sedikit mengenai Art Kits

Art Kits yang ohsem
Aktiviti bersama ibu bapa dengan anak anak
Qualiti time dari mengadap gadget
Elakkan anak2 dari terlampau kusyuk dengan gadget?
Teringin nak ajak anak2 buat aktiviti yang kretif tapi tak tau nak mula macam mana?

Check it out IG

whatsapp 019 2403855

macam2 hado. Tayah susah2 pikir nak buat apa. Order je haa. Tinggal lagi buat sama2 dengan anak2. Jangan pulak anak disuruh buat aktiviti kretif tapi mak nya mengadap telefon. Serious tak jadi yer. Buat 
sama2 insyaAllah seronok sangat





















No comments:

Post a Comment

terima kasih sbb sudi komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute