Pages - Menu

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Blogroll

Showing posts with label HMFD. Show all posts
Showing posts with label HMFD. Show all posts

Thursday, October 9, 2014

Asyraf kena demam virus HMFD

Assalamualaikum..

Hari ke 2..
Tetiba hari ke 2 dah..hihi..
Iye, dah 2 hari aku amik cuti kecemasan..
Sebab? Anak bujang nan seorang tu kena demam virus HMFD..
Aku sebenarnya tak hilang lagi sakit hati dengan mak2 yang pentingkan diri sendiri ni..
Dah tau anak kena HMFD, tapi still hantar ke rumah pengasuh..
Pengasuh bukannya tau ape ape kan..
Ingatkan demam biase..
Ehh, sakit la hati kalau aku pikir balik..
Takpelah..dah ini bahagian aku kan..
Cuba terima dengan redha walaupunnnnnn...


Ni gambar Asyraf pagi tadi..Asyraf sekarang duduk sementara umah mertua..
Dah 2 malam Asyraf dengan asben tido sini..
Aku dgn dahlia stay kat umah..
Pagi2 hantar dahlia dulu kat umah pengasuh, pastu aku pergi umah mertua..
Jaga Asyraf pulak..

Dah 2 hari jugak pisahkan 2 beradik ni..
Kesian bila Asyraf tanya, mami, dahlia mane?
Tau tak sedih giler masa asyraf tanya macam tu?
Sebab tu aku jadik geram dgn sorang mak ni..
Ngekkk bertingkat tingkat..pentingkan diri sendiri..
Dia sorang jelah yang dah takde cuti tahunan..
Dia sorang jelah yang bekerja..

Abih mak2 lain ni cuti tahunan 365 hari ke cam mane?
Sebabkan anak dia sorang, sekarang ni dah 2,3 orang dah berjangkit..
Kalau kat taska, dah jatuh hukum tutup taska dah ni..

Sekarang ni, aku berdoa cik bunga tak berjangkit la..
Kesiannya baby lagi nak hadap sakit2 ni..
Sedangkan Asyraf ni pun kesian giler aku tengok..
Nak minum susu pun berjam nak habis sebotol susu..
Sebab dia tak sedut, dia tunggu je susu tu turun masuk mulut dia..

Makan  bubur tadi dapatlah 3 suap, pasti dia taknak dah..
Merengek rengek dia..pastu air liur meleleh je..
Dalam mulut penuh ulser..
Kite yang dah tua ni, ada ulser sebijik pun up status kat FB, sakit pedih perit..
Ape lagi budak 2 tahun lebih kan...menangis je lah yang dia tau..
Sakit kotttt...

Eh alamak dah panjang entry ni..
Tu sebab aku malas nak up entry kalau tgh marah..
Cenggini lah jadik nye..ampunnnn..
Oklah, setakat ni jelah ekk..
Len kali aku sambung lagi citer pasal HMFD..
Lepas maghrib nanti baru nak ambik Dahlia kat umah pengasuh..
Tadi dah pergi susukan dia..
Sengih sengih tengok mami datang..
Pastu letak dia semula dalam buaian..
Allahuakbar..nak menangis tau tak?
Dia tengok je aku letak dia semula dalam buaian tadi..
Sedihhhhh...:(




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute