Tuesday, October 17, 2017

Scaling/Polishing dan cabut gigi Asyraf di Klinik Pergigian Erfa

Assalamualaikum dan haii
sebelum lupa, baik mami laju² tulis kisah cabut gigi susu pertama asyraf ni..
masa raya haji hari tu, balik je solat sunat raya tu, asyraf cakap dia sakit gigi..
mami check rupenya gigi bawah dia dah goyang..
lepas tu dia taknak makan la sebab takut terkena gigi yang goyang tu..
sakit agaknya..
mami kata, tunggu hujung bulan baru bawak pergi jumpa dentist..
ataupun kalau dah goyang sangat tu, nanti abah cabut je guna kain..
ceyyy padahal abah pun goyang tu nak cabut gigi anak..hahah

sampai lah hari gaji, gigi tu tak jugak goyang beria..so decide pergi jelah jumpa dentist..
boleh cuci gigi sekali..lasti time masa Asyraf 4 tahun, dah pernah cuci sekali..so, dia dah tau dan tak takut dah..

Asyraf pergi berdua je dengan abah..
sebelum tu mami dah call klinik tanya bukak ke tak..
nasib bukak walaupun halfday..so, laju² siapkan dia

mampu lagi senyum atas kerusi tu..hadoiii..
abah sent gambar² ni dekat whatsapp..mami tengok pun terharu..
gituuu terharu la weii omaknya takde di tempat kejadian..

budak bertuah dan berani..
mula² buat scalling and polishing..
bila dah cuci bersih berkilat tu baru lah cabut gigi goyang tu..







dah siap cabut dah..abah kata tak nangis pun..tapi masa doktor nak tarik gigi tu, ada la bunyi sikit..huhu
mami tanya asyraf sakit tak? dia cakap sakit sikit je mami..
doktor letak gel ke apa benda ntah nak bagi kebas..
mami imagine doktor cucuk gusi..hihi




















bil treatment..so, total RM100..boleh la kan..
nak jimat cabut sendiri je lepas ni..errr

see, beza kan..terus bertambah hensem anak bujang mami..hoho
nampak tak gigi yang sebelum scalling tu, doktor pun pelik kenapa boleh jadik macam tu..
mami assume, masa dia kecik² dulu dekat rumah pengasuh diorang ni share berus gigi..
huhu
                       
Klinik Pergigian Erfa
23-G Jalan Dataran Wangsa 1, 
Dataran Wangsa Melawati, 
Wangsa Melawati, 
53300 Kuala Lumpur.
03-4131 7945

sangat² recommended..mami memang tak tengok klinik lain dah..
memang sini jelah..next time nak bawak Dahlia pulak pergi sini..
walaupun gigi dahlia elok lagi tapi saja nak bagi dia biasa dengan dentist..
mami dah cakap banyak kali tu..setakat ni takde lagi dia cakap taknak pergi..hoho

Tuesday, October 10, 2017

Kronologi Bersalin Aakif: Part Akhir

Assalamualaikum dan haiii

Kalau ada yang nak baca cerita sebelum ni, klik
PART 1
PART 2

AWAS. ENTRY PANJANG LEBAR

okeh jom kita sambung..part last dah ni..
amboi sangat dah macam telenovela..huhu

8/6/2017

Bangun pagi ni macam biasa je..sesudah subuh settlekan apa yang patut..
tak sabar nak tunggu result blood transfusion kali ke 2 semalam..
harap nya result cantik

breakfast terakhir di Hospital Pekan..terasa sedap giler bihun goreng ni..
dasarrrr hantu makanan hospital..

Elok je habis sarapan, nurse datang pasang CTG machine tu..
bacaan normal je..contraction ape semua memang takda..
lepas tu barulah doktor datang round wad..
Alhamdulillah result cantik..
bacaan dah naik 10.4 g/dl
mami tanya doktor, dah boleh bersalin ke ni doktor?
ok, puan jom kita cek bukaan yer..
Allah bab ni memang seram lah haii..
tapi mami rilek je..zikir dan terus zikir mohon Allah mudahkan

Dannn, surprisingly bukaan dah ada..5cm!
Ya Allah Alhamdulillah..memang terkejut giler..doktor pun terkejut..
bila dia tengok graf CTG tadi, memang takde contraction langsung..
apa lagi..doktor kata, ok bersalin hari ni yer..
boleh lah suruh husband datang..dah 5 cm dah ni..takut tak sempat katenya

mami pun, lelaju call asben..masa ni pukul 9 pagi kot..asben terkejut..
dengan anak2 mentido lagi..mana nk siapkan anak2, mana nak sarapan anak2 tu lagi..
mana nak gegas datang hospital lagi..
Chini - Pekan amik masa dalam 45 minit jugak kot..ke lebih?
last2 mami kata, takpe..abg rilek je..buat je yang mana mampu ok..kalau tak sempat sampai pun takpe..
mami ok walaupun dalam hati memang berharap sangat asben ada dalam labour room nanti..

mintak izin nurse nak pergi toilet dulu buang apa yang patut..
nurse suruh makan kalau ada makanan..masalahnya takde makanan berat..
ada roti je..nurse nak tolong belikan pun takde sebab bulan puasa kan..mana ada orang niaga..huhu

dah siap semua, rilek je jalan bawak satu persalinan untuk baby lahir nanti..
nurse dah risau..mami je rilek2 sebab tak rasa sakit langsung..
macam tak percaya dah 5cm punye jugak sebenarnya
tengah2 jalan tu, selipar pulak putus..hahaha
dah kelam kabut nurse carikan selipar..pinjam selipar siapa ntah..boleh laaa


taarraaaa..dalam labour room dah ni..
nurse bagi pegang hp sebab takut asben call..
doktor pun keep tanya asben dah sampai ke belum..bagus betul lah haiii..
rindu pulak...ehhhh

pasang CTG apa semua, lepas tu, doktor pecahkan air ketuban..
haaa lepas pecah air ketuban ni lah, the real story beginnnn..hahaha adoiii
doktor buat VE lagi sekali..lepas tu buat lagi..
lepas tu buat muka kerut..
mami pun hairan..kenapa doktor?
doktor kata, saya dapat pegang tangan baby ni puan..
haa sudah..tangan baby pegang kepala macam nak bersalam tu..
mungkin nak salam raya kot..
ehh doktor sempat buat lawak pulak yer..

disebabkan Hospital Pekan ni hospital kecik je, diorang taknak ambik risiko..
sebab bahaya kan..macam mana pulak kalau kepala keluar dengan sebelah tangan dulu..huwaaa
terus dengar diorang dah kelam kabut..
dengar lah doktor call Hospital Kuantan tanya macam mana..
so, keputusannya, kena lah transfer pergi Hospital Kuantan pulak..

nurse tanya, asben dah sampai ke?
kalau belum sampai, terus pergi Kuantan je..
mami call asben katanya dah nak sampai..
terkejut lah asben mami tu kan..dah kenapeee pulak kena pergi Kuantan

so, bersiap sedialah tunggu ambulans pulak
nasib la masa ni mami memang takda rasa sakit langsung..sampai doktor nurse semua hairan betul ke puan tak sakit ni..huhu
betul doktor..buat apa nak tipu...cuma masa nak transfer naik stretcher ke apa nama tu, agak payah la..sebab darah dah banyak keluar..air ketuban pun sama..dengan baju hospital berbelit² tu, agak susah la masa tu..
siap babaii babaii dengan nurse dengan doktor..dapat pesanan macam²..

elok nak masuk dalam ambulans tu, asben sampai..sempat bagi pesanan macam² dekat dia..
touching sikit masa ni..sobsss
beg mami yang dekat wad tu, memang nurse dah tolong kemaskan..nasib la pagi tu mami dah kemas sikit² beg hospital..
naik ambulans dengan 2 orang nurse pengiring..
nurse siap pesan, kalau rasa sakit or nak meneran bagitau..huhu
seram betul..nasib baik lah tak terberanak dalam ambulans..
Hospital Pekan - Hospital Kuantan dalam 45 minit la..
laju kot ambulans bawak..sebab masa tu, lunch hour..peak hour..dengan jem nya..
sempat record!
kawan² terdekat dapat la video tu masa tu..


sayu pulak tengok video ni..asben follow dari belakang and of course la tak dapat kejar ambulans ni kan..
ambulans ni langgar je semua traffic light yang ada..
sampai je sana, tengah azan Zohor..terus bawak dalam labour room..
MasyaAllah memang lain sangat suasana..
hiruk pikuk lah dalam tu yer..
dengan dengar sorakan para bidan, doktor..
dengar jugak akak² nurse ambik order untuk bukak puasa..hihi
masa dekat Hospital Pekan, tenang setenang tenangnya labour room..

tapi Alhamdulillah mami rilek je..zikir memang tak lepas dari mulut ni..
asben dah sampai masa ni..tapi katenya, anak2 belum makan..kesian semua tengah lapar..
mami kate, takpe, pergi bawak anak2 makan dulu..nasib baik adik bongsu mami ikut..boleh la teman dan tolong jaga anak2 dalam kereta kejap..
asben risau² bawak anak pergi makan..takut tak sempat datang semula masa mami nak meneran..
masa ni dah 6cm ke 7cm..lupa dah..

doktor tanya ada sakit² tak puan?
mami jawab, takde doktor..
doktor kata, tak boleh ni puan..kalau takde progress, maybe kita proceed ceaser la
sebab air ketuban dah banyak keluar ni..warna pun dah tak jernih..maksudnya, baby dah berak sikit..
kita naikkan dos induce yer puan..yang ni sakit sikit..
haa lepas tu, memang sakit lah cerita dia..
masa ni, teknik kurangkan rasa sakit contraction di practices kan lah..
masa contranction tu datang, mami tarikkkkk nafas dalam² guna hidung..
hembus perlahan² ikut mulut..
zikir jangan lupa yer..Alhamdulillah Allah tolong..sakit still sakit la..pentipu sangat lah kalau tak sakit masa contraction tu datang..masa tu siap nak panggil doktor, proceed jelah ceaser..
ceyy konon sangat lah masa tu..ingat ceaser tak sakit? huhu

call tanya asben kat mana..asben kata dekat Mc D depan hospital..
dapat pulak wassap gambar anak² sengih² makan sundae..touching lagi..
lepas dapat rasa contraction makin kuat, sempat call asben tanya dah kat mana..
tengah cari parking katanya..Allah Allah..rasa semua tau kot parking hospital mana² pun memang hazabedah kan..

ngam bila mami rasa macam nak terberak tu, mami sempat lambai je kat doktor bagitau saya rasa macam baby nak keluar dah ni doktor..
then buat VE lagi, memang betul dah fully dilated to 10cm..
mami dah redha masa ni asben tak sempat masuk labour room..
sesaat lepas tu, asben masuk..Allahuakbar..terus naik semangat mami..huhu

2 kali push, Alhamdulillah tepat pukul 3.18 petang, lahirlah si baby dobot mami..
berat 3.45kg..yeaaa paling berat antara Asyraf dengan Dahlia..
lepas tu, keluar sekali dengan tangan tau..
malas nak cerita banyaknya mami kena jahit kat bawah tu..
takpelah..mami redho dah..janji selamat..

bertambah gelang tangan mami..hekhek

nilah budak bertuah yang nak keluar tangan dulu tu..
amboiii biasa dia tu..
doktor cakap punca jadi macam tu ialah bila, rahim mami tinggi lagi..
tapi bukaan dah 5 cm..doktor pulak dah pecahkan air ketuban..
itu yang jadik tangan dah ke atas sebab ada ruang atas kepala baby..
entah lah doktor..mami angguk² geleng² jelah

Mohamad Hadif Aakif bin. Mohd Asyura
8 June 2017
3.18pm
Hospital Tunku Ampuan Afzan, Kuantan

ok, mami nak tanya siapa yang baca semua entry kronology bersalin mami ni?
syabas la untuk korang yer..jenuh mami recall tu tau..
dari berkampung dekat Hospital Pekan tapi akhirnya bersalin di Hospital Kuantan..
fuhhh..macam² hal pulak yer si bongsu mami ni..
penuh dengan drama..

oklah..mami nak publish dah ni..
lega akhirnya siap jugak..
jumpa lagi..bye


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute