Pages - Menu

Blogroll

Thursday, March 28, 2013

Cantik sangat perangai tuh..

Assalamualaikum..

ni kejadian pagi tadi yer..
Asyraf tidur lagi..
lepas asben pegi kerja, aku pun start la masak bubur asyraf..
letak beras, campak sayur2 yg ade..pastu tinggal je atas dapur..
makesure api kecik..
lepas tu berdesupp iron baju kerja pulak..
iron laju2 sebab takut asyraf terjaga nnt susah nak iron baju..
suka sangat nak main dengan iron tu..
so dangerous..

ok, bubur dah masak, baju dah iron..
tetiba pulak sakit perut kan..
aku masuk je toilet, terus dengar suara asyraf nangis..
huwaaaa huwaaaaaa..
time aku nak mandi tulah dia bangun kan..
maafkan mummy yer asyraf..
mummy nak buat investment dulu..hahah..

dia tau aku kt dalam bilik air tu..
menangis sambil panggil mang...mangg..mangggg..
yer, dia panggil aku manggg..hahhaa..
dah nak dekat macam siamang dah tu asyraf oiiii..aptb..

ni pulak lepas aku siap mandi koboi..
dah dengar anak menangis melalak kt luar, ingat boleh lagi ke aku mandi sambil nyanyi2 dlm bilik air?
memang tak lah kan..mandi koboi je kekdahnya..

ni dia dah merajuk takmo bangun..
dengan muka sembab baru bangun tido nya..comot sungguh..
air mata mengalir ngalir..haha..
nasib baik BBTV jadik penyelamat..
ada lagu2, terus bangun tengok tv..
sabo jelah..





Tuesday, March 26, 2013

Dahulu sekarang

Assalamualaikum..

disebabkan aku takde idea nak update hape ni kan..
aku nak tepek gambor Asyraf ni haaa..































kiri: 4 bulan, kanan: 1 tahun 2 bulan

dahulu dan sekarang..ade beza ke tak?
suka benor posing macam ni..
mummy pun suke benor amik gambor tak pakai baju..haha..
*mak obses anak*


Wednesday, March 20, 2013

riadah di Tasik Titiwangsa

Assalamualaikum..

bersiaran pagi ni dengan gambar2 masa pergi Titiwangsa sabtu lepas..
pepagi pukul 7 dah gerak keluar rumah..
pergi pagi lagi best kan..sejukkkk..hihi..
walaupun matahari terik, tapi still ok lagilah kan..
kita ni bawak anak kecik..apa apa pun kena dahulukan mood anak..
kang dia panas, mengamuk dah tak best..
ye dak mommies?

berbekalkan buggy, bola sebijik dan juga sebotol air masak dah siap sedia pergi Titiwangsa..hihi..
saje pergi jenjalan kan..
bawak asyraf bersosial main bola tempat lapang skit..
ni tak, asyik la sepak bola dalam rumah yang sekangkang kera tu haa..kesiann...
kat sana bebas lah sikit nak berlari larian kan..hihi..































asyraf dah berpeluh peluh dah tu..
mummy abah pun berpeluh sama jugak dok kejar dia..
aduhaiii..

main kuda..biasa naik kuda belakang abah dia je..
belakang mummy NO NO NO..
tulang mummy dah reput nak oiiii..
bagai nak patah tulang aku kalau dia lompat lompat tu..adoiii..



suka sangat dapat main bola tempat lapang..
dapat bola je Goallllll..padahal tak sepak pun..
time ni mummy dah surrender dah dok lepak tepi..abah dia je yang layan..
mummy macam biase jadi mummyrazi..hihi..




yeayyy..naik buai pampers lagi..hikhikhik.
tapi tak boleh ayun laju laju..asyraf takut..gayat gamaknya..haha..

oklah..tetibe jadi blur nak buat ayat penutup macam mana..
sekian sajelah yer..
thanks sudi baca mummy asyraf merapu..:)



Tuesday, March 19, 2013

Jalan² KL Festival City

Assalamualaikum..

hari tu biras aku, kak ana call ajak pergi Festival City..
aku on je..dekat sejengkal je pun..
ajak mak mertua sekali kan..saje jalan jalan cuci mata..
nak cuci poket, dah lama dah cuci masa pergi Terengganu tu..
sekarang ni tengah menabung sehari singgit nak pergi Johor pulak..hihi..

tolak bang..jangan tak tolak..
jenjalan sambil hiburkan hati si anak..
nak bawak pergi playground, cuace tak menentu..
kejap panas kejap hujan kan..
baiklah masuk mall ni haa..konfom2 tak kena panas ke hujan ke..
tapi kena sediakan ongkos sekali lah..klu pergi playground freeee..huhu..
eh, macam kat genting pulak..hihi..


layan jelah video kabur ni ye..hihi..
tapi still nampak lagi kan muka asyraf dengan Mia tu..
dua kali top up syiling, 2 kali jugak lah mak budak cina tu wat donno je..
cakap tenkiu pun tak masa habis main tu..sabo jelah..


dah penat jenjalan, moh kite benti minum..
Coolblog sorang satu..padahal kt luar tu hujan menderu..
sambil minum, sambil cakap sejukkknyer sejuk nyerr..sengal pulak rasenya..haha..
Tapau Laksa Ah Cheng..sedap sehingga menjilat mangkuk..
 
masa ni badan dia dah start panas akibat makan durian tu lah..
orang panggil nama dia nak ambik gambor, buat donno je..
rambut dah panjang dah tu..nak bawak pergi barber tapi risau pulak kang dia mengamuk macam hari tu..
sadisss betul lah..mummy abah pulak penakut nak potong sendiri..
kang tak pasal bertingkat tingkat rambut asyraf..haha..


Monday, March 18, 2013

budak suka durian

Assalamualaikum..

Kejadian 2 minggu lepas..
rombongan family Gombak pergi serbu kedai durian kat mana ntah..
somewhere around Ampang tu..tak kenal tempat..hihi..

pakat kenduri durian kat situ jugak..
si kecik ni pulak, sibuk jugak nak makan..
info: masa baby dulu, Asyraf akan cirit birit kalau susu badan mummy dia ber flavor durian..hehe..
maka aku memang control tak makan durian lah kan..
orang nak suap pun aku tak bagi..sebab takut cirit birit lagi..

ko nampak tak tu mulut dok nganga tu..
banyak jugak malam tu asyraf makan..
orang tu suap sikit..orang ni suap sikit..mummy dia pun suap sikit..hahaha..
ingatkan dah besar ni ok lah makan durian kan..
ni bukti kejadian malam tu..hihi..
amboi amboi kemain lagi kan..
ngap ngap ngap..

tapi tapi tapi..esoknya mummy EL 2 hari nak oiii..
bukan mummy cirit birit, tapi Asyraf yang deman panas muntah muntah..
sorry Asyraf yer..tunggulah awak umur 18 tahun nanti, baru mummy bagi makan durian lagi..
Sekian, harap maklum..

p.s: EL menjaga anak yang deman panas dan muntah muntah adalah tidak syok yer.. 
      

Saturday, March 16, 2013

Huggies Dry Pants - Tukar Untuk Lebih Senang DiPakai

48 hours Sponsored Post 

Hai semua..
Ingat tak dulu aku pernah cakap yang aku nak tukar diapers Asyraf dari yang jenis biase ke jenis pants?
tak ingat..?? meh nak ingatkan balik..
setakat ni Asyraf memang takde masalah kalau nak pakai diapers biasa tu..
takde masalah ko kena bersilat ke kena kejar ke..takde..
cuma kadang2 je dia keraskan kaki tu kan..

tapi masalah aku bila travel or keluar berjalan..
haaa yang ni memang sangat sangat masalah bagi aku..
yelah, kalau keluar pergi mall tu kan, bukan semua mall ade changing room kan..
kalau ade pun, aku was was dengan tahap kebersihan dia..
kalau dah was was takkan aku still nak baringkan jugak anak bujang aku tu kan..
memang tak lah.

sama jugak kalau keluar travel..
contoh macam hari tu aku pergi Terengganu..
travel yang ambik masa lama tu takkan nak tunggu sampai RnR baru nak tukar diapers anak..
kalau diapers dah penuh, sampai ke hati korang nak biarkan lama lama kat bontot tu?
kesian kat bontot mungil dia tu..hihi..

sekarang, aku dah jumpe jalan penyelesaian..
dan ini adalah pengalaman baru aku bersama Huggies Dry Pants - Tukar untuk lebih senang dipakai..
Asyraf bersama Huggies Dry Pants..

sekarang takde lagi masalah kalau nak tukar diapers di shopping complex..
boleh tukar sambil berdiri..tak perlu baringkan anak di tempat yang kita tak yakin dengan tahap kebersihannya..senangkan..Koyak Salin dan Lepas..semudah ABC..
anak happy kita mak bapak pun senang hati..hihi..

sama jugak kalau travel dan kita perlu tukar diapers dalam kereta yang sedang bergerak..
ingat senang ke nak tukar? lagi2 dalam kereta yang sempit penuh dengan carseat besar gabak tu..
memang tak boleh nak baringkan dia dalam kereta semata mata nak tukar diapers tu..
maka, jalan penyelesaiannya adalah Huggies Dry Pants la..tukarlah untuk lebih senang dipakai..:) 
Koyak, Salin & Lepas..
kalau dalam kereta yang tengah bergerak, kan lebih senang tu..
koyak je, salin diapers baru, then lepas..
tapi lepas sekejap jelah, pastu masuk dalam carseat balik yer..hihi..


tukar sambil berdiri jekkk..hihi..kan senang tu..
lagipun, bahagian depan dan belakang pants tu sama je..
kalau tukar dalam gelap pun tak yah nak risau takut pakai terbalik ke ape ke..
























untuk makluman, Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin.
dan sepanjang pengalaman menggunakan Huggies Dry Pants ni, Asyraf adalah bebas dari ruam lampin.
orang kampung kata, serasi bersama..hihi..

Pada aku, Huggies Dry Pants ni betul2 memudahkan urusan kerja aku dalam memberi keselesaan untuk Asyraf..Kalau ada mommies yang nak cube, boleh la try mintak sample dari Huggies Dry Pants dengan layari
yang paling best, ianya adalah FREE..so, jangan lepaskan peluang ini..

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh ke Facebook Huggies Malaysia dan tekan LIKE untuk mendapatkan segala maklumat terkini, promosi terbaru, peraduan dan pelbagai informasi lain..

*Disclaimer: This is a product review based on my own experience*


Friday, March 15, 2013

Ambank Family Day Central Region

Assalamualaikum..

Amboi dah nak basi citer pasal Ambank Family Day ni baru berkesempatan nak update..
Aku menumpang asben punya family day jelah..
tempat kerja aku nan adoo family day nye..sedihh gilerr..

family day ni berlangsung sabtu lepas kat Stadium Merdeka nun..
dah lama block tarikh sebab memang nak pergi bawak Asyraf jalan jalan..
boleh tambah kawan kan..dah kata family day, mesti ade yang bawak anak anak kan..hihi..

tapi nak dijadikan cerita, boleh pulak hari sabtu tu hujan turun selebat lebatnya petang tu kan..
padahal dari isnin sampai jumaat matahari kemain terik lagi..hihi..
maka, cancelled program untuk hari tu..
sedih giler tapi takkan ko nak pergi jugak redah hujan tu kan..
tak memasal demam anak beranak pulak nanti..

tapi asben tetap kena pergi sebab dia kena bawak bos dia dulu pergi sana..
biaselah ade ucapan segala bagai dari Tan Sri Azman tu..
bos bos kena lah pergi dengar..hihi..

lagi satu, kalau tak pergi kena bayar penalti..hoho..
so, asben je yang pergi daftar nama buat syarat..
dah daftar nama, dapatlah goodies beg kan..
3 beranak, 3 goodies bag..




sayangnya kupon2 makanan tu tak berusik langsung..
macam tahun sudah, best time beratur amik makanan tu lah..
tapi dulu belum ada anak lagi..gigihla ko nak beratur panjang semata2 nak ambik makanan yg best..hihi..

part paling best mestilah tang lucky draw kan..
kalau tahun sudah, asben dapat rice cooker..
tau tak kali ni dapat apa?? hahha..
memang mende yang nak sangat beli..nak sangat ada kat umah..
sebab bila kak mimi up entry masak2, daku boleh tengok je..
Alhamdulillah..:)

nak tau asben dapat ape? 
meh sini nak tunjuk..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

asben dapat OVEN..hahaha..
giler mummy asyraf excited..
sebelum ni nak beli, tapi bila pikir2 balik takde tempat nak letak lah..
bukan aku nak membaking pun..
tapi bila korang up entry kena bakar2 ni, mulalah aku menjeles sorang2..hahha..

Alhamdulillah sangat2..
walaupun oven ni kecik je, 9 liter tapi dah cukup dah ni bagi aku..
bukan ade bisnes kek pun kan..








disebabkan aku happy + excited, aku nak up gambor ni 2 kali..
siap ade thumbs up lagi tuh..goooddddd..hahahha..
sabo jelah mummy asyraf ni..
baru dapat oven kot..belum dapat kereta lagi..
eh, ada kawan dia dapat iPhone 5 lagi tuh..
huwaaaa..jelessss..takpe, maybe next year..insha Allah..:)

asyraf kata: tahun ni mummy kite tak order kuih raya ok..mummy kite nak buat sendiri..
hahaha..pangggg sedasss..


perjalanan setahun dua bulan

Assalamualaikum..

Hai Asyraf..sampai umur berapa lah mummy mampu nak update umur awak ni yer..
Asyraf sekarang dah setahun 2 bulan dan lebih beberapa hari..haha..
mummy busy (lah sangat) sekarang ni..

dah ade la few words yang keluar dari mulut dia..tapi still keluar bahasa Uganda lagi lah..
yang aku paham ade lah sikit macam 
nakkk - nak
mam mamm - makan or minum
shiiiii - fish
go go go
abah
ayah
ma ma
ape lagi ekk??
ahhh tak ingat dah..

bila nak sebut mummy pulak ni asyraf?
saje bawak keluar berkawan kat depan umah..
tapi kawan depan umah ada sorang je..haha..
kak yaya anak asuhan sebelah umah aku tuh..
mak bapak dia amik lewat..tu yg boleh berkawan..
aku selalu bawak keluar asyraf dalam pukul 6.15 ptg sampai 6.45 ptg je..
lepas tu jom masuk umah mandi..
dah macam sebaya pulak..padahal yaya tu dah nak masuk 3 tahun..
Asyraf tak habis2 nak kiss kakak yaya..
kuat kiss org anak bujang sorang ni..hehe..


saje amik video ni..buat kenangan katenya..hehe..


Thursday, March 14, 2013

goodies bag from Huggies Dry Pants

Assalamualaikum..

ni nak bagitau..hari tu dapat goodies beg from Huggies..
lepas buat entry yang INI..






tu dalam beg merah tu..
menan menan tu tak lah..
















ni antara isi kandungan beg tu..
Huggies Dry Pants Size M, L dan XL..yezzzaaaa..
Alhamdulillah..boleh cuba kat Asyraf..





















pastu dapat 2 bijik beg lagi..
yang satu tu bentuk bontot baby..sumpah cute..haha..





















busy sibuk nak main dengan pack pack sample Huggies Dry Pants tu..
sabo dik..jap lagi kite try test pakai ehh..

pa pe pun nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada Huggies sebab sudi pilih mummy asyraf sebagai salah seorang penerima goodies beg yang best ni..hehe..


Wednesday, March 13, 2013

Super Cute Fridge Magnet

Assalamualaikum..

ingat tak dulu aku pernah buat entry pasal mini fridge magnet ni?
malas pulak aku nak cari link entry tu..hihi..

ni contoh fridge magnet tu..
















ni yang aku tempah dulu..
kosong je tanpa ada tambahan ayat ke kata kata manis ke takde..















ni tuan punya tokey printing tu..
BFF aku ni..
dia dengan husband dia ada buat kerja2 printing ni..

yang ni ada tulisan ayat ayat cinta dia tu..
kalau korang nak buat, korang edit lah dulu..
manalah tau nak tulis ' i ♥ u ' ke ' mummy ♥ daddy ' ke..
suke hati korang lah..

ok..berminat nak tempah?
meh nak citer lebih detail yer..
dia ade buat pakej kalau korang nak tempah..

size FM = 5.5 cm x 9.0 cm
10 keping = RM30.00 (tak termasuk postage)

tapi kalau korang nak tempah kurang dari 10 keping pun boleh..

minimun order 4 keping dan harga sekeping RM3.50..

kepada sesiapa yang berminat boleh lah terus emailkan ke

fridgemagnet2uu@gmail.com

ataupun PM je kat FB dia..

https://www.facebook.com/norulaen.irdina

kalau korang nak tanya apa2 pun boleh..email je ekk..
ohhh lupa..nama kawan aku tu Aen..korang panggil dia cikgu Aen pun boleh..
sebab dia cikgu...hehe..
nanti email dia cakap lah ko datang dari blog 'asleenda'  hihi..

sekian, entry ikhlas tolong kawan bisnes..haha..


Monday, March 11, 2013

cek Nuffnang RM10281 sudah sampai..yahoooo..

Assalamualaikum..

mari mulakan hari isnin dengan penuh semangat (lah sangat)..
akhirnya yang ditunggu tunggu telah sampai..
yaeyyy cek Nuffnang dah sampai..
Alhamdulillah..walaupun nilai nya tak lah besar mana kalau nak compare dengan blog famous amos yang lain tu kan..
tapi sape nak bagi ko duit free saje saje macam tu kan..
















tak payah nak gosok gosok mata sangat lah..
iyer..baru RM102.81 je pun..haha..
bukannya RM10,281.00..

pa pe pun terima kasih pada Nuffnang sebab sudi bagi iklan dan tak lupe juga korang korang korang yang rajin masuk bace blog sekadar di pinggiran aku ni..

nak clearkan cek pastu simpan dalam buku TING Asyraf..
bayar royalti katenya..
dah kate setiap entry ade muka asyraf kan..kena lah bayar royalti..hihi..


Friday, March 8, 2013

puding roti kesian

Assalamualaikum..

sebab apa bagi nama puding roti kesian?
sebab tak cukup bahan..
kan ke kesian tu..
kesian kesian kesian...
roti dengan susu tepung Asyraf semata mata..
time nak buat ni lah kismis habis..banana habis..
tapi perasaan sabar nak buat dah takde..
mummy dah tak sabar nak buat..hihi..
















tapi sedap jugak..
roti tu bukan roti biasa..aku guna roti potato..
koyak koyakkan dalam bekas, bancuh susu tepung 3 scoop pastu curah atas roti tadi..
pastu kukus 15 minit..dah siap...
makan macam tu je..takde gravy pun sodap jugakk..
sendiri masak, sendiri puji..haha..

ok baii...:)


Thursday, March 7, 2013

Episod Akhir - Terengganu - Shopping Time

Assalamualaikum..

ok2..ni dah last episod dah ni..perhatian yer..entry panjang berjela..
banyak lagi menda lain aku nak buat..
tapi selagi tak settle pasal Terengganu ni, boleh bawak masuk mimpi tau..
Ahad, 3hb March last day kitorang kat sana..
pepagi bute lepas subuh semua pakat pakat mandi nak check out..
nak sarapan then shoot pergi Pasar Kedai Payang..shopping timeeee..
saat yang di tunggu2 hampir tiba..haha..
sebelum tu, kena lah posing dulu..
aku main letak je gambar ni..kalau ikutkan banyak lagi..
agak agak la kan nk letak semua gambor kt blog..
tengok lah asyraf tu mengamuk kena pegang..haha..


mummy pun nak enterprame jugak..hihi..

dalam pukul 9 pagi kitorang bertolak nak carik kedai makan..
breakfast dulu..kang pengsan pulak time shopping..
lepas breakfast, kitorang singgah perkampungan keropok losong nak beli keropok..
Ya Allah..rambang mata hoiii..
adelah beli sikit untuk kawan2 kan..nak beli banyak2 tak muat kereta..
beg2 baju je dah penuh..


keropok keping..ni gambar sebelum kena serbu..



ambik ambik masuk dalam plastik suruh pakcik tu kire berapa ringgit..hehe..
dah beli keropok, jangan lupa beli pencicah keropok pulak..sedappp hoiii..
rugi beli 2 botol je..aduhhh..

ok dah..jom kite pergi Pasar Payang pulak..
kat sini best lah jugak..tapi kalau duit banyak mesti bertambah best..
sebab aku tak banyak sangat duit, best sikit sikit jelah..hihi..
baju tidur batik..serious cantik tapi aku tak beli pun..mahal..haha..
mak mertua aku je beli 2 helai..
kain pasang..humangggaiiii..kemain harga kan..taknak kalah..
tak mampu den nak beli..hoho..
dapat ambik gambor jelah..




haa..yang ni best..aku suka bab beli ole ole nih..
ala..ole2 murah..aku beli fridge magnet terengganu je untuk kenang kenangan..
pastu laki bini beli t shirt gambar penyu ni..hihi..





korang percaya tak ank bertuah ni adalah tidur dari kitorang breakfast sampai lah shopping kat perkampungan losong sampai kat pasar payang sampai semua orang siap shopping kat pasar payang?
percaya tak?
yee..ini kisah benar..asyraf boleh bantai tidor ber jam2 lamenya dengan berbekalkan bantal bucuk dia tuh..
hahha..bagusnya lah..senang hati mummy nak shopping..

nampak tak kegunaan buggy tu?
ishh memang aku puas hati sungguh dengan buggy ni..
dah la murah, ringan, dapat jimat space bonet kete yang kecik tu..
berbaloi baloi...

pukul 2 semua dah bertolak balik ke KL semula..
adelah stop banyak kali..buang air lah..makan jagung bakar lah..makan kelapa jelly lah..
dan yang paling best dapat makan satar...hoho..
















adelah 2,3 kedai kitorang singgah semata mata nak beli satar je..
sebab tak cukup..ade yang tak dapat makan..
yelah..kalau dah 6 kereta sekali behenti, manelah cukup kalau banyak tu je makcik tu bakar kan..
hihi..sedap satar ni..banyak ikan dan pedassssss..ade cili kat dalam..hahaha..

sampai Cherating dalam pukul 6 kot..kitorang berhenti makan jap..
sempat lagi amik gambar kat pantai cherating tu..
tak sempat nak mandi pun..sebab dah senja kan..
tak sesuai sangat la dengan anak anak kecik ni..
asben dengan anak bujang nya..
lain kali yer asyraf kite mandi pantai pulak ekk..















happy family..ade lagi separuh dalam restauran..
ya Allah..laki sape lah tu..sabo jelah..

lepas maghrib, semua bertolak balik KL..
sampai Gombak dalam pukul 11 malam..
letih jangan cakap lah..macam nak putus 2 badan ni..
penat tapi best..

oklah  sekian..
tamat lah sudah cerita jalan jalan Terengganu ni..
bulan 6 nanti nak pergi Johor pulak..in shaa Allah..

pada yang sudi bace, trimasss..:)


Wednesday, March 6, 2013

Episod 3 - Terengganu - Masjid Kristal & Guest House Review

Assalamualaikum..

Hai..dalam pada malas nak update pasal pergi Terengganu tu, rupenya nak masuk episod 3 dah aku dok bebel..haha..
takpelah..sesapa nak bace, silakan..takde paksaan pun..

ok meh sambung..
dah settle kenduri kat umah pengantin perempuan, kitorang 6 bijik kereta teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu..
orang kata, dah alang2 sampai Terengganu, biar penat sekali harung..hihi..

2 jam perjalanan, sampai lah ke Kuala Terengganu..
ingat nak cari homestay dulu, tapi dah rezeki kitorang duduk rumah free pulak..
Alhamdulillah..

Abg ipar kerja dengan TV3..dia kontek kawan dia yang jadi pengacara Teganu Kita, Nik Suryani tu nak tanya kat mana homestay murah..
last2 kak Su suruh kitorang duduk je kat rumah yang TV3 dah booking tu sebab diorang pun nak pergi shooting kat Pulau Duyung and dah ada sponsored hotel kat sana..
so, kitorang duduk free je..hihi..mekasih la tv3..
dan yang paling best, rumah tu berhadapan Masjid Kristal..
Ya Allah rezeki sungguh la..

pintu gerbang Taman Tamadun Islam..

Guest House Masjid Kristal..RM600/day
rumah kitorang yang tingkat bawah tu..




pandangan dari tepi..

hall yang luas..sebenarnya luas tapi biasalah aku mana reti ambik gambor..
hentam je ni..janji ade..hihi..
3 bilik dan 2 bilik air..


ni bilik tengah..
ni bilik tepi sekali..ade pulak model kecik tu..
tengah sibuk tengok kipas berpusing..
aku park barang2 dengan segala beg baju dalam bilik ni ler..
tapi tetap tidur beramai ramai kat hall..
best gilerrr..hihi..

gambar masjid kristal ni aku snap dari tingkap bilik..
Ya Allah..bestnya..
pagi petang siang malam dapat tengok masjid indah ni..
jalan kaki je nak pergi solat..
tapi tak ramai pun yang solat kt masjid ni..
yelah jauh dari perumahan kampung kan..
yang ade pun, pelancong (lah sangat) macam kitorang ni lah..
kalau tak, ade imam dengan bilal masjid je..


yang ni aku snap dari balkoni..
ahhh..rindu pulak..
kalau lah lepas ni, dapat pergi Terengganu lagi, belum tentu dapat tengok masjid kristal pagi petang siang malam macam ni..

*** bersambung lagi..hihi ***

esok last dah kot..sebelum ade orang menyampah masuk blog aku ni..hahha..
baru pergi Terengganu je kot..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute