Pages - Menu

Blogroll

Wednesday, June 29, 2016

Scaling/Polishing gigi Asyraf di Klinik Pergigian Erfa

Assalamualaikum n haii..

hari ni nak cerita pasal gigi anak bujang nan seorang..so far, nan seorang lah..
tak tau lah esok lusa..heheh

kisahnya, masa Asyraf kecik dulu, gigi bawah dia macam ada karang..
mula² nipis je naik..pastu macam cepat giler merebak pergi ke gigi yang lain..
secara jujurnya, aku down sangat sebab Asyraf ni bukan nya jenis makan junkfood ape semua ni..
aiskrim pun tak makan..gula² lagi lah tak..
tapi gigi berkarat mengalahkan abah dia yang smoking tu..gigi abah pun cantik putih je..
stress mami tauu..

dah tanya doktor gigi, tapi sebab masa tu Asyraf kecik sangat lagi..
tak boleh la nak buat scalling gigi..takkan nak pengsan kan dia pulak..
so, mami redha jelah..
sekali sekala mami buat jugak petua nak putihkan gigi tu..
soda bikarbonat campur dengan perahan lemon..memang menjadi..
tapi karat yang dekat dengan gusi tu, tak berani pulak nak gosok kat situ..takut sakit ke hape ke..
ye..Asyraf tak marah pun gosok gigi dia macam tu..hahah..
dia rilek je mami buat macam² kat gigi berkarat dia tuh..
sebab mami selalu cakap, kesian Asyraf gigi hitam..heheh..

sekarang dia dah besar..dah 4 tahun lebih..
karat kat gigi bawah tu makin tebal..geram pulak kalau tengok..
pastu cakap dengan asben, jom kita pergi cuci gigi Asyraf nak?
asben suruh tanya Asyraf..bab tu mami no halll..
hari² zikir kat telinga tu..nanti kita pergi cuci gigi nak? Asyraf nk gigi putih kan..
nanti kite pergi jumpa doktor ok..doktor baik..nanti doktor gosok gigi asyraf..
boleh kata hari² cakap macam tu..hihi

sampai lah masa yang ditunggu, jomlah kite terjah Klinik Pergigian Erfa ni..
klinik ni recommended by blogger Ciknad..dia bawak anak² dia datang sini..
terus mami terjebak sama..tenkiu Ciknad..memang terbaekk



Doktor suruh baring..elok je dia baring..doktor suruh nganga bukak mulut besar², elok je menurut arahan..
alahaiii..memang tak sangka..
sebab mula² doktor dah cakap..
puan, kita cuba je yer..kalau dia nak, kite teruskan..
sebab karat dah tebal..takut dia tak selesa bunyi mesin scaling tu..
doktor kata, gigi Asyraf cantik lagi..takde yang rosak pun..
cuma tulah..berkarat macam smoker tegar..haishhh..

dari tak pakai spek, sampai la pakai spek..
baik je doktor cakap..pujuk slow²..
sambil mami dgn abah jadi pom pom girl kat depan tu..
habis la segala puji pujian semua keluar..hadoiiii

lupe sangat nak amik gambar before after..




so, kite guna gambar before yang lama lah..masa tu umur asyraf 2 tahun lebih..bayangkan dah 4 tahun lebih ni, karat tu macam mana tebal dia? heh..
gambar bawah, gambar terkini lepas scalling tu..bersilau terus putih haaa..

hahaha..tengah ciwi lagi gigi dah putih bersih..
layankan jelah..

berapa charge yang dikenakan?
sangat² la mampu bayar..sebab kitorang dah standby 'duit lebih' sebab ingatkan mahal..
rupanya kena charge rm40 je..alahaiii..ok sesangat..doktor baik..friendly, lemah lembut sopan santun..
jangan lupa yer..doktor tu deal dengan budak umur 4 tahun tau..memang A ..terbaekk doktor






























Klinik Pergigian Erfa
23-G Jalan Dataran Wangsa 1, 
Dataran Wangsa Melawati, 
Wangsa Melawati, 
53300 Kuala Lumpur.
03-4131 7945 

oklah..ni je dulu..nnt ada masa, kite jumpa lagi yer..
bye..


Friday, June 10, 2016

Kuah Kacang Segera Yang Sedap dan Mudah Disediakan

Assalamualaikum dan hai..

Bersiaran lagi hari ni setelah tenggelam timbul..
Alhamdulilllah hari ni berjaya timbul semula..
Puasa ke hari ni korang? hihi

Oklah, berbalik pada tajuk..giler skema..
Kuah kacang segera..yupp, instant punya..
ramai dah tau pasal kewujudan kuah kacang segera ni kan..
sebab ada jugak yang tak tau..
siap tanya, kuah kacang pun ada yang segera..huhu
Ehhh mestilah ada..sekarang ni jangan pelik bende² macam ni wujud..
semua pun, untuk menyenang dan memudahkan kerja..
selagi tak memudaratkan, ape salahnya kan? heee

ok, tahun lepas, aku beli Kuah Kacang segera ni dengan Safiyyah Osman..
tak tau banyak mana dah aku beli..sebab sedappp..
masa buat open house opis pun guna kuah kacang segera ni..

Nak dijadikan cerita, sebelum puasa hari tu, aku wassap Piyah, tanya dia niaga lagi tak kuah kacang tu..
sekali piyah kata dah tak jual..sebab dia sekarang ada komitmen dengan PurebySafiyyahOsman tu..
busy sikit tak dan dah nak jual kuah kacang ni..sedehhh giler masa tu, sebab aku mmg suka giler dgn kuah kacang yang dia jual tahun lepas..setahun tunggu tauuu..hahah
tapi piyah ni baik..dia bagi contact number kakak yang jual kuah kacang ni..diskas punya diskas, tetiba terbukak hati nak jual kuah kacang yang super sedap tu..
sekarang aku pengedar yang sah tau..


aku berani jual sebab, kuah kacang ni, seriously sedap..
memang sesuai sangat untuk orang yang macam aku ni..tak pernah masak sendiri kuah kacang..
tapi suka giler kuah kacang makan nasik impit, campur rendang ayam tu..perghhhh..
nak buat sendiri pun, aku rasa leceh..
dengan nak google resepi lagi..nak beli bahan lagi..
nak tumis apa segala..huwaaaa..
lambat lambat!

order je senang..nak makan bila² pun boleh..


ni gambar seminggu sebelum puasa tu..
haishhh..sedap nya.kalau lah ada rendang ayam pulak sebelah tu, memang makan tak nampak orang dah..
haishhhh

Sedikit info:
  • kuah kacang mama adalah kuah kacang segera, hanya perlu didihkan air, gunting bungkusan kuah kacang, masukkan kuah kacang dan kacau sehingga mendidih mengikut kepekatan yang dikehendaki..tadaa dah siap
  • 100% tiada bau hapak kacang
  • 2-3 hari sekali akan dimasak untuk mengekalkan rasa enak dan asli kuah kacang

korang boleh view #kuahkacangTERBAIK ni kalau nak tengok testimoni dari orang yang pernah beli kuah kacang ni..























Sape nak order, meh wassap mami leenda laju²..jangan malu jangan segan..
boleh try sebungkus dulu untuk makan² sendiri..
kalau sedap bagitau kawan, kalau tak sedap meh bagitau kami..
wahhh gituuuu..

Harga - RM17/bungkus (400g)
Postage - RM6/bungkus (postage akan dikira semula sekiranya beli lebih dari sebungkus)
.
Untuk tempahan & pertanyaan
SMS @ Whatssap 0122418014


ok, jumpa lagi next entry..yang ntah bile pulak tu..hihi
byeeee


Monday, June 6, 2016

Salam Ramadhan 2016

Assalamualaikum dan haiii..
Krikkk krikkkk ada lagi ke orang nak baca ni..
Alah takpe kalau takde pun..
Nak tulis jugak..hihi

Pagi2 gigih type entry semata2 nak ucapkan selamat berpuasa..semoga Ramadhan kali ni memberi seribu keberkatan kepada semua..dan juga semoga diberikan kesihatan yang baik sepanjang bulan Ramadhan supaya dapat melakukan ibadah puasa dengan baik dan sempurna..insyaAllah aminn


Salam Ramadhan


Oklah..dah nak start keje..sepanjang bulan puasa ni, working hours dari 8am sampai 4.30pm..sekarang haku mengantukkkk....
Okbaiii..jumpe lagiii


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute