Pages - Menu

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Blogroll

Monday, February 25, 2013

Home » » Asyraf - taknak buat projek dalam kereta

Asyraf - taknak buat projek dalam kereta

Assalamualaikum..

tetiba hari ni opis aku kecoh sebab ada discussion  dengan student..
biasenya sunyi sepi je opis ni..kentut pun boleh dengar gamaknya..
sebab aku tak terlibat dalam discussion tu, meh la aku update sepatah dua kata..hihi..

takde citer pasal orang lain la yer..pasal anak bujang tu lah pun..
ok..setakat ni asyraf memang takde masalah lagi bila duduk dalam carseat..
pergi mana pun, memang aku letak dia dalam tu..
memang aku saja nak biasekan dia..
Alhamdulillah di usia setahun sebulan ni, still ok lagi..

sekurang kurangnya aku dah boleh buktikan pada orang yang pernah betting pasal benda ni..
katanya,
''aku bet asyraf boleh dok dalam tu sampai 8,9 bulan je..lepas tu ko tengoklah..takde maknenya dia nak dok dalam tu lagi..."
kata orang tu sambil compare dengan anak dia..
reaksi aku? aku telan je ape yang dia cakap tu..tak melawan tak jugak iya kan..
diam..tak perlu kata apa apa..
3 minggu lepas masa balik Pahang..

ok dah melalut..
sebenarnya nak cerita pasal asyraf taknak berak kalau dalam kereta..huwaaaaa..
dah banyak kali aku perasan..
tapi yang paling geram sekali masa on the way dari pahang ke KL..
boleh pulak masa kat highway Karak tu dia bantai mengamuk sakan..
aku dah syak dia nak berak sebab sebelum tu dia makan nasik goreng kat kampung banyak giler..
pastu minum susu lagi..biskut lagi..penuh la perut tu kan..

dia bukan menangis tau..menjerit lain macam..
yang asben dah kalut sebab kat Karak tu kan jalan bengkang bengkok..
nak stop tepi jalan adalah sangat bahaya..
yang si anak menjerit sakan..
aku kat belakang ni dah keluarkan dia dari carseat dengan harapan dia boleh berak..
tapi takdenya..aku siap pujuk2 asyraf cakap kalau nak berak, berak jelah..
sampai je umah, turunkan dari kereta, masuk umah, terus buat muka meneran nak berak..
aduyaiiiiii..sabo jelahhhh..

masa pergi Cameron tu pun asyraf buat perangai taknak berak dalam kereta..
dah sampai Simpang Pulai jalan bengkang bengkok tu lah dia nak buat projek..
jenuh aku memujuk..tapi yang ni ok skit lah..sebab dia menangis sampai tertido..
kesian pulak tengok..huhu..

yang jadi masalah nye ni..Jumaat ni kitorang ade konvoi ke Terengganu..
anak makngah kawen..aku dah cakap dengan asben..standby jelah asyraf mengamuk nnt..
kena cakap dengan ketua konvoi ni..
bos kecik nak berak..cari mana mana hentian terdekat..hehhe..

oh mak kau..panjang pulak entry ni..
nah, gambar bos kecik yang taknak berak dalam kereta goyang goyang main bakul..
boleh dia duduk dengan bakul kat kepala tu kemain lame..
ade 5 minit kot..pastu sengih sengih..ape ape jelah asyraf..















ok..trimas sudi singgah bace..:-)


4 comments:

  1. hehe...dia takut nnt mama bising bau pulak tu...Airis pun masih duk dalam carseat sis..safety 1st...lain org lain pandangan...so biarkan je drg sis...

    ReplyDelete
  2. Hehe..btul tu. Nnt bau 1 kete susah nak cite pulak kan?
    Anak saya pun saya letakkan dalam carseat. Ada org prnh ckp kat saya, turunkan je seat..bentang selimut dan suruh anak baring. Saya tak sanggup amik risiko nyawa anak saya dgn buat macam tu. Biarlah orang cakap ape pun..

    ReplyDelete
  3. bagusnye asrap! kalau afiq.. haihhhhhhhhh... mengeluh jela mak die ni haaa.. 5minit je, lepas tu tengok la dia akan usahakan nk turun dari car seat tu..

    ReplyDelete
  4. duduk dlm car seat ni kena train dari kecik kan. kalau dah biasa takde la dia mengamuk dok dlm tu. tengok mamakembar3 tu, 3 org hero kembar. semua elok je dok dlm car seat sampai umur 4 tahun dah sekarang. mula2 memang la meraung. tapi hati kena kental la. yg penting keselamatan anak. si ibubapak nye pun kena la tunjuk cth jugak kan pakai seat belt segala. jgn harap anak je buat tapi makpaknye taknak tunjuk cth teladan yg baik. kita role model kan.

    ReplyDelete

terima kasih sbb sudi komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute