Pages - Menu

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Blogroll

Friday, October 16, 2015

Home » , » Tunggangan yang tertangguh

Tunggangan yang tertangguh

Assalamualaikum..

Gitu ko tajuk hari ni..
Tertangguh sebab DBKL punya pasal lah ni..hahah
Kisahnya cuti Awal Muharram kelmarin, dah boring setengah hari kat umah, asben ajak keluar jalan2 petang tu..
Saje je bawak anak2 keluar amik angin petang..

So, siap2 semua dalam kereta baru tanya kita nak pergi mana ni? Hahha boleh gitu? Serious memang tak tau nak pergi mana..last2 asben bawak pergi Tasik Titiwangsa..pusing2 tengok orang ramai kat tempat kuda tu..asben pun parking kat tepi jalan tu..banyak lah kereta lain parking tepi jalan gitu which is tak boleh sebenarnya..hahah

So masuk terus beli tiket naik kereta kuda..nak suruh Asyraf nak kuda, awal2 dia dah jerit taknak naik horse..huhu


Tiket naik kereta kuda..murah je rupenya..selama ni ingatkan mahal..
Dewasa - rm1
Kanak2 - rm0.50
Dahlia free..

Dah happy la ni..anak2 happy mami pun dah happy..Asyraf dah bising2 cakap nak naik horse..ulang banyak kali nak naik horse..masa tengah tunggu turn tu, tetiba dengar staf situ jerit panggil sapa ada parking kereta kat luar tu, DBKL ada tu..nak saman kereta..huhu
Pastu asben keluar konon nak pergi ubah parking..sesambil tu mami sempat la snap gambar sikit..


Saje amik gambar ni..


Ni sebelum asben keluar ubah parking..anak2 tak heran pun abah panggil nama masing2..mami je maintain pandang camera..adehhhh

Tup2 asben call kata parking takde..kalau ada pun jauh kemain dia nak jalan kaki..last2 decided tak jadik nak naik horse..lagipun tiket tak expired..bile2 pun boleh naik..maka kecewalah mami..ehhh...
Asyraf pun keciwa..dia kata mami tak naik horse ke? Huhu

Dah keciwa, asben ajak pergi makan jelah..ubat hati yang lara..
So, pergi Kampung Baru cari kedai makan..tersinggah kat Laman Aiman tu..


Asben makan apa ntah namanya tu..shawarma ke ape ntah..ala, rasa macam kebab je..mami order kerang bakar je sebab perut kenyang lagi..anak2 makan fries je..sebab sebelum keluar rumah tu baru je lepas makan..

Maghrib dah sampai umah..tulah cerita masa cuti Awal Muharam hari tu..tunggangan yang tertangguh..kena tunaikan jugak janji dengan Asyraf tu..tengoklah bila2 free kita singgah Tasik Titiwangsa lagi..InsyaAllah..

Oklah..sekian sudi singgah baca yer..jumpe lagi..bye..


7 comments:

  1. hehehe nasib baikla tiket tu boleh guna bila2 kan

    ReplyDelete
  2. Murah betul naik kuda.. Bolehlah try nanti..

    Shawarma tu mengiurkan..

    ReplyDelete
  3. murah jekan?
    tuelah yg zara tiap2 mggu kuda
    tp die nak naik sorg2

    ReplyDelete
  4. murahnyeeee naik kuda..kat sini mahal betullll

    ReplyDelete
  5. Lama nye aku tak pegi tasik titiwangsa. last sekali masa darjah 4 kot :p

    ReplyDelete

terima kasih sbb sudi komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute