Pages - Menu

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Blogroll

Friday, September 14, 2018

Home » » Farm in The City, Sri Kembangan

Farm in The City, Sri Kembangan

Salam dan hai.
Alhamdulillah diberi peluang sekali lagi pergi melawat petting zoo paling terkenal dalam Malaysia, Farm in The City.
yeayyy.
Kali ni masuk atas tiket blogger. Thanks to Yana dan Ujang
Ada beberapa tarikh yang dipilih oleh kami geng Gojes Blogger Supermom & Baby (GBSB) ikut la kesesuaian dan kelapangan tarikh masing².

Pagi Isnin cuti Awal Muharam tu, kitorang keluar rumah pukul 10 pagi kot lebih kurang.
Memang cadang breakfast dekat luar je. Asben kata breakfast dekat area FITC tu je.
Oklah, jumpa mamak singgah la makan jap.





































wefie dulu seround. mami tayah masuk frame. mami pemalu. haha
Dah settle makan, nak masuk kereta tengok² tayar kereta depan sebelah kiri pancit flat habis.
huwaaaa. sabo jelah. Asben cakap takpe, nak buat macam mana. Dah nak jadi. ok2 jom pikir apa nak buat ni.
Mula² asben dah keluarkan tayar spare, konon nak tukar la. Tapi tulah, kalau bukan kepakaran dan jarang sangat tukar tayar kan, berpeluh² jugak la. huhu. Sekali, pandang depan, ada workshop bukak! Alhamdulillah rezeki workshop tu lah kan. Nasib baik bukak jugak walaupun Public Holiday.




























Bila check tengok rupanya ada dawai besi melingkar tertucuk tepi tayar dan tak boleh tampal.
Kena lah tukar tayar baru. huhu terbang melayang lah fuluss. Bila check tayar sebelah kanan pun ada skru tapi nasib baik kedudukan nya tu boleh ditampal. Alhamdulillah.
Lepas dah settle semua, baru bergerak pergi FITC. 7 minit je dari workshop ni.

Dalam pukul 12tengahari sampai. Disebabkan tengah cuti panjang, datang pulak tengahari, parking payah sikit la.
Kalau korang nak datang, datang la awal pagi.

Guna gambar lama je ni. Hari tu pergi tak sempat nak snap picture dekat signboard keramat ni. hihi
Masuk sini jumpa dengan PIC Cik Ika, amik tiket masuk, dah jom start jalan tengok haiwan² dalam ni.

Tiket masuk kami. 

Amboiii suka sangat tu bang. Anak3 rilek je haa. Nampak sangat excited terlebih dari anak anak ni



Antara haiwan² yang ada di Farm in The City, Sri Kembangan.
Kebanyakkan haiwan kat sini, korang boleh pegang, peluk² nak gomol cium pun boleh kalau nak. hihi.

Macam kura kura besar ni, memang banyak la dekat sana. 2 tahun lepas umur dia 33, tahun ni 35 lah kan. sebaya asben dah ni. 
kangkung ni korang boleh mintak dengan staf sana. Dapat la sorang 2 tangkai kangkung. 
Anak anak mami ni memang ntah la berapa kali mintak kangkung. Diorang memang suka sangat la dapat bagi makan kura kura tu. Kura kura tu pun redha je kunyah tanpa henti. 

Ni sebenarnya hajat asben konon nak bagi Aakif tengok burung burung tu semua makan live dari tapak tangan. 
Malangnya, semua burung burung tu dah kekenyangan. 
Yelah dah pukul 1 kan masa ni. 
Dah ramai orang bagi makan.
Alah kesian. Takpe, next time kita datang lagi yer. Datang awal.

Yang bestnya trip kali ni, pergi la tengok haiwan apa pun, mesti akan terserempak dengan geng GBSB jugak.
Bestkan. Bila jumpa wajib la selfie dulu. Padahal baru je berjumpa semalam Family Day sama sama. Dasar sangat semua. haha

Antara yang sempat jumpa dalam tu. Kalau ikutkan, ramai lagi sebenarnya tapi masa tu hujan turun, so, mana yang sempat jelah.

Ni yang paling Asyraf suka. Sibuk dia nak pegang anak ayam. Tapi masa ni terlampau crowded, semua orang pun macam tak pernah jumpa anak ayam, so kena lah tunggu reda sikit. Lepas tu, ada sorang hamba Allah ni baik hati sangat tolong tangkap anak ayam bagi Asyraf pegang. Heii macam macam la Asyraf oiii. 

Ni pun salah satu aktiviti yang ada dalam Farm in The City tu.
Longkang Fishing. Yeayyy Asyraf memang suka sangat la bab ni. 
Jangan risau, air longkang ni bersih. Jernih je boleh nampak anak ikan berenang.

Lama jugak dekat sini sebab nya Asyraf taknak bergerak selagi tak dapat ikan. 
Sampai menangis bila abah ajak teruskan perjalanan tengok haiwan lain pulak. 
Adehh

So, mami tunggu dia sampai puas. Dannn akhirnya, dapat jugak sekor anak ikan.
Jenuh mami telek ikan dalam baldi tu nak pastikan bukan berudu. hihi

Lepas tu satu hal pulak nak pujuk dia yang ikan dalam baldi tu tak boleh bawak balik. 
Nasib baik makan pujuk. 

Ikan koi gemuk gemuk dekat sana. Mana taknya, pengunjung non stop bagi makanan.
Makanan ikan boleh beli dekat sini. Tak mahal sangat rasanya. RM2 kot kalau tak salah.

Kali ni tak sempat nak Pony Ride sebab hujan. 
Nasib baik jugak tak janji apa² dengan anak anak ni.
Kalau tak, mesti diorang tuntut sampai boleh naik tu. Fuhhh

Lepas dah habis round dalam 2 jam jugak kot kat dalam tu, kitorang pergi cafe. konon nak makan kat situ.
Sekali ramai sangat sebab hujan so, pengunjung makan dan lepak dalam cafe berhawa dingin tu. 
Kitorang duduk cafe luar je. sejuk jugak sebab hujan kan. Tapi tak makan sangat la just beli air je. 
Tq tu Umie bagi biskut dekat budak² ni. Dapat la makan alas perut. Alhamdulillah

Korang kalau nak pergi, ni ada sedikit tips yer

1. Kalau boleh datang se awal yang mungkin. Farm in The City bukak pukul 10 pagi. InsyaAllah parking senang dapat.

2. Pakai pakaian yang selesa. Jangan la pakai dress labuh seret² tanah. Korang nak masuk dalam petting zoo yang mana haiwan di lepas bebas tau. Maknenya, haiwan² ni pun 'melepas' secara bebas jugak la yer. 

3. Makanan tak boleh bawak masuk. Maksudnya, tak boleh nak berkelah bagai dalam ni. Setakat roti, jajan jajan tu boleh lagi la. Jangan sampai berpiknik pulak dalam tu yer

Ini je kot tips dari mami. Yang lain², korang boleh Google lagi ehh

Ini alamat Farm In The City, Sri Kembangan.

Jalan Prima Tropika Barat, 
Bandar Putra Permai, 
43300 Seri Kembangan
Selangor

Atau lagi senang, korang Waze jelah. InsyaAllah sampai dengan jayanya.

Waktu operasi dan harga tiket, korang boleh tengok jadual kat bawah ni. 

Oklah, semoga jumpa lagi di lain waktu.
Till then. 
Terima kasih sudi singgah baca blog mami yer.
Bye

1 comment:

terima kasih sbb sudi komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute