Pages - Menu

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Blogroll

Thursday, September 21, 2017

Kronologi Bersalin Aakif: Part 1

Assalamualaikum dan haii..

Errmmm..mana nak start ni yer..lama sangat dah ni..
dah la mami ni boleh tahan level pelupa..
nasib baik dah update sikit² kat IG..boleh la recall slow²..
mami tulis sebagai kenang kenangan je yer..
kalau tak suka takpe..mami tak paksa..
gituuu...

untuk info, sepanjang mengandung, mami memang ada masalah HB low..
bukan tak nak makan ubat yang klinik bagi..
tapi lepas makan iron tak kisah brand ape, Iberet ke Maltofer ke,
mami mesti muntah yang sangat teruk lepas tu..
kiranya, cannot tolerate with any iron la..haa senang citer..
buat apa makan kalau muntah seharian..huhu

5/6/2017
sampai la dah hujung pregnancy, HB makin low dan terusss low..
last masa kat kampung, mami pergi check up kat Klinik Kesihatan Chini, HB adalah 8.6 g/dl
bukaan takda langsung masa ni..

masa ni dah overdue sehari..doktor dah risau sebab HB low..bahaya la kan untuk mami dan baby..
terus doktor bagi surat refer dengan Hospital Pekan..
kena buat blood transfusions dekat sana..gigih la mami google amenda pulak blood transfusion tu..

so, balik rumah, bagitau ma abah suruh siap semua..kena pergi Hospital Pekan 
sampai Pekan dah nak dekat waktu berbuka puasa..
singgah kedai makan mana ntah, order makanan untuk berbuka puasa lah pulak..
mami nak makan beria pun masa ni dah berdebar debar..
tapi makan tetap makan la kan..kang lapar lagi susah..
mana tau doktor suruh bersalin malam tu jugak..

cut it short, sampai je Hospital Pekan, mami terus jumpa nurse dekat kaunter tu sambil hulur buku pink..
terus diorang suruh masuk bilik rawatan..


dah masuk sini macam biasa lah kan..cek bukaan memang takda..
pasang drip line pun sekejap je..masalahnya, aku tersalah bagi tangan kanan..Ya Allah terasa susah giler pulak bila ada jarum tu dekat tangan kanan..terbatas bila nak buat kerja..nak mandi, pakai baju ape semua jadi susah la sikit..
buat CTG Alhamdulillah bacaan normal je..
takde contraction..tapi bacaan HB makin drop which is jadik 7.7 g/dl je..
memang sangat² low..
Doctor decide esok pagi pukul 9 pagi kena buat blood transfusions..
sementara mami dalam bilik rawatan tu, asben settelkan urusan addmission ward..
dah selesai semua dalam pukul 9 lebih jugak lah baru dapat katil..
mami suka Hospital Pekan ni sebab tenang je..
dulu masa bersalinkan Dahlia pun dekat Hospital Pekan jugak..

Asben dengan anak² dengan adik bongsu mami check in rumah tumpangan area Hospital Pekan tu jugak..
mami tak ingat la berapa bayaran satu malam..tapi murah sesangat la..
tapi yelah, dah murah kan jangan la expect facilities macam hotel..huhu
dapat tido pun dah kira Alhamdulillah..

so, bermulalah tido malam tanpa anak dara mami..
1st time seumur hidup dia tido terpisah dengan mami..
sedih giler bila Paksu send wassap gambar dahlia menangis cari2 mami..sobsss

6/6/2017
pagi² lagi dah bangun mandi buat ape yang patut..patient lain semua masih tidur lagi..
senang lenang mami mandi takde orang lagi..hoho..
tak seram sangat sebab toilet dekat amat dengan katil..

breakfast mee goreng dengan susu coklat..
siapa yang kenal mami, tau lah betapa sukanya mami dengan makanan hospital..
sejenis penyakit apa ntah..memang suka sangat²..hihi

pukul 8 lebih nurse datang untuk blood transfusions tu..
masuk air dulu sekejap lepas tu doctor datang bagitau la procedure ape semua..
komplikasi kalau gatal², naik kemerahan ke cepat² panggil nurse..
dalam hati memang berdebar habis la..tapi mami tawakal jelah walau tak tau darah siapa yang bakal masuk dalam badan mami nanti..
berdoa jelah semoga mami dijauhkan dari sebarang kemungkinan yang tak elok..

saat² darah nak masuk dalam badan..seram nya..
procedure ni ambik masa 3 jam kot lebih kurang..MasyaAllah bertabah la mami terbaring atas katil tu tak boleh nak bergerak banyak..nasib la ada handfon..boleh la berwassap dengan adik beradik..
dengan geng tahan maki..
masa ni sempat lagi mami up iklan pasal kuah kacang mama tu..hihi
sempat close deal tau dalam 3 jam tu..Alhamdulillah
sempat jugak ketiduran..Ya Allah boring ya ampunnn
pukul 12 lebih kurang dah settle masuk darah..
sambung lagi tidur..dah kata boring kan..sebab takda sakit ape pun kan..


sedar² ada orang kejutkan tanya nak makan tak lunch yang dia letak atas meja tu?
ehhh haruslah nakk..punyalah seksa nak makan dengan tangan ada line tempat jarum tu..adehh

ni kekanak riang datang melawat mami..sibuk tanya mana baby? mana baby?
yang bestnya Hospital Pekan ni, budak² pun boleh masuk..
orang pun tak ramai sangat..maksudnya tak lah crowded giler time melawat tu..selesa pun selesa kite as patient..

tea time..roti sardin dengan susu coklat..Alhamdulillah..
sebenarnya dah kenyang sebab dah makan macam² asben bawak time melawat tu..
dahlia kata, mami tak posee ekkk...Allah nak oiii..sabo jelah

dan mami pun terus melayan boring atas katil tu..kejap² nurse datang amik BP..kejap² kang dia tanya, Puan ada rasa sakit² ke?
takde nurse..huhu

bersambung.....

Kronologi Bersalin Aakif: Part 2

Assalamualaikum dan haiii..

Jom sambung part 2 pulak..
kalau nak baca part 1, KLIK SINI ekk 

7/6/2017
bangun pagi macam biasa selesaikan apa yang patut, dah wangi² melangut tunggu doctor round wad pulak..lepas sarapan nurse pasang ctg machine tu..
result ok cantik..takde bacaan yang pelik² la..
tak lama tu, doctor datang bagitau result selepas blood tranfussion semalam tu..
naik la jadik 8.6 g/dl
doctor pakar tak puas hati dengan result tu, so, pagi ni lagi sekali buat blood transfusion..
macam biasa diberi explaination apa semua tu dulu baru start buat..

masa ni, tangan kanan yang ada line tu sakit giler..darah pun masuk slow amat..kejap² nurse datang gosok² tangan bagi darah jalan lancar..paling tak boleh tahan bila nurse flush..Allah haii..berair bijik mata mami..sobsss..

last² nurse tanya, puan, kita tukar buat dekat tangan kiri boleh..sebab yang ni dah bengkak..darah tak jalan sangat..lambat nak habiskan satu pek darah tu..
ok okey je..buat la yang mana elok..so, buat satu yang baru belah kiri pulak..
Alhamdulillah yang ni tak sakit sangat la..darah jalan elok la..

ward 1A
katil no. 11
ngam habis satu pek darah, terus dapat lunch..

nasi putih + ayam masak merah + sayur + tembikai
makan licin sepinggan..tinggal tulang ayam dgn kulit tembikai je
lepas makan, mami teruskan termenung memikirkan masa depan..
sempat call mak datang waktu melawat nanti tolong belikan kurma..
sebab mami teringat kurma kan cepatkan bukaan..eh yeker..
something like that laa..

tea time
puding marble + susu coklat

dinner
nasi putih + masak bening sayur ape ntah + telur dadar

dekat sini keja makan jelah..
masa ni time melawat..so suap asyraf dgn dahlia makan je yang ni..

malam tu, mami start makan kurma 3 bijik..baca niat semoga Allah mudah kan urusan bersalin..
mintak² result esok dah cantik..
bukan apa..mami dah boring dah sebenarnya duduk rilek kat hospital..
doktor memang tak bagi balik sebab mami dah overdue 3 hari..
memang cari pasal la kalau balik jugak kan..bertabah jelah mami berumahtangga dekat hospital tu..

sebelum tidur malam tu pun mami makan lagi 3 bijik kurma berserta niat dan selawat sikit..
harap nya pagi esok ada lah sikit bukaan kan..kalau boleh taknak lah induce..huwaaa mami dah rasa masa bersalinkan Asyraf dulu..kena induce..Allah..tak mampu nak luah dengan kata²..
nak lukis lagi lah ntah hape jadik kang..

bersambung...



Thursday, September 14, 2017

beg hospital #mamianaktiga

Assalamualaikum dan haiii

Ceyyy tengok tajuk tu terasa macam ehh berlagaknya kauu..baru anak tiga..
orang lain bersusun dah rilekk je pun..
ko baru tiga dah kecoh..
hoho..maaf laa yer..

mami ni nama je anak dah tiga..
tapi nak siapkan beg hospital ni kemain lah google sana sini tau..
bercinta tau tak nak siapkan..
memang la yang nombor 3 ni takde checklist2 bagai..
main ingat² je pun haa..nasib takde ter miss barang..
terlebih barang lagi adalah..
biasa tu biasaaaa..

orang lain awal² dah siap beg hospital
mami masuk minggu 39 baru terhegeh hegeh nak kemas beg..
nasib tak terberanak awal..
siap overdue 4 hari..
nanti mami ada masa, mami tulis naa pengalaman bersalin Aakif..
memang penuh drama..hahah

apa je ada dalam beg² tu? alahh korang google jelah ekk..banyak dah orang share..
mami pun google je..lepas tu, amik je yang mana rasa sesuai ikut keperluan sendiri..
sebab masing² punya keperluan tak sama..so boleh adjust ikut cita rasa masing² ok..
jangan gelabah..buat slow² ja macam mami..
orang kampung mami kata, rilekk brader, brader rilekk 


Wednesday, September 13, 2017

Aakif meniarap: 3 bulan 4 hari

Assalamualaikum dan haii..

Saje mami update pasal Aakif meniarap ni sebab asyraf dengan Dahlia meniarap pun mami buat entry..hahah
kang dah besar jangan cakap mami tak cerita yer..
gigih kan mami?

semalam la ni..mami dengan dahlia tengah makan popia cheese..
makan sambil mengadap Dahlia dan membelakangkan Aakif..
sekali terkejut Dahlia menjerit
"mamiiii, aakif pusingg"

terkejut lah mami ko ni nak oiii
tengok² memang dah meniarap dengan kepala tersengguk sengguk..
zasss mami bangun angkat sebab kepala dah dekatttt sangat dengan besi buai..
nasib tak kena lagi..huhu

ni gambar lepas mami baringkan dia semula lepas meniarap tu..
mami konon standby nak record la kot² dia nak meniarap lagi kan..
ermmm..nan hadooooo

pa pe pun, Aakif pecah record Asyraf dengan kakak hanis la..
Asyraf - 4 bulan 5 hari
Dahlia - 4 bulan 6 hari

gigih mami ingat semua kan? takkkk nasib baik dah tulis semua dalam blog..
hekhek

#throwback: Hanis Dahlia turns three

Assalamualaikum dan haii..

Mami tulis sebagai kenangan je ni..
nanti kakak hanis boleh baca balik..
anak dara nan seorang mami ni dah 3 tahun dah 14 May 2017 yang lepas..
mami pun tengah sarat masa tu..
takde party2 birthday pun..
abah beli kek je..nyanyi2 jelah kat umah tu dengan abang Asyraf..
sambut seadanya kat rumah je..

dua orang ni pun dah bergegar satu rumah


berapa kali nyanyi dan berapa kali tiup lilin..
sampai semua puas hati, baru potong kek..
perangai masing² memang mengundang..

































dalam tempoh 3 tahun ni, 2 kali dah warded..
sekarang pakai inhaler terus..
harap takde dah yer kite berumah tangga dekat 'rumah doktor'
rumah doktor = hospital
Hanis Dahlia
the one and only princess mami
ilebiu


Tuesday, September 12, 2017

#throwback: buah kundang viral

Assalamualaikum dan hai..
sebenarnya kan, masa pregnant kan Asyraf lagi mami dah teringin nak makan buah kundang ni..
dia bukan mengidam tau..tapi lebih kepada nak makan je..idok ler sampai menangis meratap pun..
lepas tu pregnant kan Dahlia pulak..tak dapat jugak buah ni..
bukan sebab asben tak belikan..masalahnya, mami sendiri tak terluah nak mintak asben belikan..
sebab bukan tahap mengidam kan..

akhirnya, pregnant kan Aakif barulah mami bersuara kat asben..
kebetulan pulak kawan² mami pulun upload gambar buah kundang ni dekat socmed..
kemain masing² kan..
disebabkan tak tahan dah tengok buah ni lalu lalang dekat wall, terus wassap asben..
Alhamdulillah asben pegi beli..
masa ni harga kemain mahalnya tu..
sabar jelah

asyraf tak layan buah masam² macam ni..
nasib baik mami ada geng sehati sejiwa tu..
apa mami makan, semua pun dia nak..
oklah kan..ada jugak geng mami
so, mencicah lah mami dengan anak dara sorang tu..
seronok tau ada geng makan rebut² ni..hikhik



koleksi buku pink

Assalamualaikum dan hai..

koleksi buku pink..cukup dah ni 3 buah..
mami dah nak pencen collect buku pink ni yer..
kasi chance dekat awak awak awak lah pulak..

awak ada berapa bijik buku pink?
hihi


Monday, September 11, 2017

#throwback: Asyraf masuk sekolah

Assalamualaikum dan haii..
disebabkan terlalu banyak cerita dalam kepala mami sekarang ni, mami nak mulakan dengan
perihal asyraf lah..
Asyraf dah 5 tahun..dah sekolah dah pun abang asyraf ni..
dah 9 bulan sekolah ni, terlampau banyak perkembangan dia..
bab membaca Alhamdulillah sangat2 dah dapat membace BM BI dengan baik..
setiap hari Jumaat malam dan Sabtu pagi ada kelas Iqra pulak..
mami cadang nak register kelas teakwando tapi bila pikir2 balik Allah kesian lah pulak..
tengok lah tahun depan macam mana..

gambar 1st day sekolah..sekarang best friend dia tu lah yang duduk sebelah dia masa hari 1st sekolah tu..Eqwan namanya..hari2 pun dok cerita pasal Eqwan..
Alhamdulillah suka sangat pergi sekolah..setiap hari bersemangat bangun pagi..macam mami dia #ehhhh

nampak tak muka senyum hari pertama sekolah..hihi

ni uniform kalau hari Jumaat..dia dah tau dah kalau hari ni pakai baju sukan macam ni, esok mesti cuti sekolah..suka lah dia..
oklah..nanti mami tulis lagi yer..
jumpe lagi..bye :)


Friday, September 8, 2017

Hello..I'm back

Assalamualaikum dan hai..
Ada lagi ke yang datang baca blog mami ni?
lama sangat dah menyepi rasanya..
dari start pregnant Aakif sampai lah Aakif dah 3 bulan hari ni..
maknenya, satu cerita pun takda masa mengandung Aakif..
sorry Aakif..blog mami memang hampir karam dilautan dah ni..huhu

so, hari ni sebagai permulaan, mami letak gambar anak3 mami ni yer..
doakan mami kembali menulis untuk tatapan dan bacaan masa hadapan..gituuu..

3 dah anak mami..
nanti mami tulis pengalaman bersalin kan Aakif pulak yer..
jenuh nak recall semula ni..nasib dah tulis semua kat IG..
korang follow Instagram mami lah kalau sudi..semua update kat sana je..
lagi cepat..hihi

oklah..
jumpa lagi..bye :)


Auu Cakkkkk


Siapa dapat baca angkat tangan..
Angkat tangan heii meletop angkat tangan 
okbaiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute