Sebelum terlupa marilah settlekan entry ni.
Petang Sabtu 22 September lepas, berkesempatan join geng GBSB pergi 99 Wonderland Park.
Walaupun dekat je dengan rumah, tapi tak pernah pergi lagi. So, bila ada peluang macam ni, pergi ramai², sangat la best, happening dan anak² pun tersangat lah happy. Alhamdulillah.
99 Wonderland Park terletak di Selayang berhadapan dengan Pasar Borong Selayang.
Korang waze je InsyaAllah sampai depan pintu. Ada banyak parking boleh la pilih nak park kereta dekat mana.
Di sarankan korang datang ke sini petang menghala ke malam sebab bila malam lagi cantik tau dengan lampu yang cantik! Dah macam I-City.
Pintu gerbang yang besar. Seberang jalan ni ruang parking free.
Kitorang sampai sini lebih kurang pukul 5 lebih. Sementara tunggu geng lain sampai, kita posing lah dulu.
Suka mami bagitau, post ni ada terlampau banyak gambar sebab semua gambar pun cantik². hihi
Info untuk tiket. Murah yakmat
Kanak kanak bawah 90cm FREE ok.
Oh yer, Isnin dan Selasa park ni tutup.
Ok dah jom ikut masuk dalam taman. yeayyy
Kitorang jalan kaki je mengelilingi tasik. Jalan ramai² sambil layan jeritan anak².
Seronok tak terasa penat pun.
Di 99 Wonderland Park ni pun macam kebanyakkan petting zoo yang lain jugak.
Kita boleh pegang, sentuh haiwan² dekat sini.
Antara haiwan yang ada termasuk arnab, kura², itik, ayam, raccon, burung segala adik beradik burung, rusa, flamingo, ular, iguana ehhh macam² lagi lah ada.
Korang kena datang sendiri tengok macam² ada.
Tengok Dahlia tu. Kalau boleh dia nak angkat dukung kura kura tu. Haha
Haa dekat sini pun kita boleh naik cruise tu.
Tiket untuk naik cruise ni RM10 untuk dewasa. Kanak kanak bawah 12 tahun naik free je.
20 minit pusing pusing tasik tu sambil tengok itik, flamingo secara dekat. Best sangat ni.
Tapi hari tu pergi tak sempat nak naik pun cruise. Takpe, next time boleh datang lagi. Dekat bebenor dengan rumah.
Haa ni lah cruise nya. Besar kan. Boleh ni ajak asben datang lagi sekali. hihi
Alasan sangat kan.
Jalan depan sikit lagi, ada Duck Lagoon.
Banyak giler itik dekat sini. Swan ada, Flamingo pun ada.
Suka la budak budak ni bagi makanan itik.
Ada stall kecik jual satu pek rm3.
haa beli pastu baling je dalam sungai tu. Berebut² itik makan.
Ok, jom jalan ke depan lagi. Walaupun berjalan kaki mengelilingi tasik yang seluas 23 ekar ni, tak rasa penat sangat pun sebenarnya. Sebab banyak pit stop boleh berhenti.
Walkway dia pun besar boleh lepak² dulu tepi. Sesekali kena pin pin dengan Buggy. hihi
Buggy free yer tapi kena naik dekat pit stop yang disediakan. Jangan nanti korang tahan tengah jalan buggy tak berhenti korang marah pulak. hoho
Walkway yang rata. Sesuai sangat kalau datang bawak stroller atau pun nak tolak wheelchair.
Kebetulan minggu yang kitorang pergi tu, adalah hari Special Lantern Night, so banyak lah booth yang menjual lantern tepi tepi walkway tu. Lantern tak mahal pun. Rm3 sampai rm15 je. Terima kasih aunty Anez belanja lantern dekat anak anak mami.
Tengok la Jelly Mooncake Hello Kitty tu sumpah comel kan?
Nak makan pun sayang. haha
Lantern anak anak. Comel sangat masing masing pegang lantern.
Pic kredit : www.safura.com
Alahai gambar tak ikut turutan dah ni. Ada cerah ada malam. Haha takpelah kan. kira aci lah.
Ni haiwan haiwan yang mewakili Zodiac. Kurang 2 haiwan ni. Asyraf la punya kerja ni.
Mami, tolong amik gambar Acap dekat semuaaaa haiwan haiwan ni. pftttt.
Terus mami takde gambar ramai ramai dengan Gojes lain melayan kan dia. Sabo jelah
LOL. bergambar la aku sorang dekat sini. Nasib ada anak anak boleh cover. Kahhh
Dekat sini kalau malam lagi cantik tau. Nanti lampu lampu gold semua menyala, ishh cantiklah.
Kami Geng Stroller.
Sampai lagi satu pit stop, Deer Yard & Ostrich Farm.
Dekat sini korang boleh bagi rusa dengan ostrich makan.
Makanan boleh di beli depan pagar kandang tu je.
Sebekas RM5. Dalam tu ada kacang panjang dengan lobak merah
Boleh bergambar dengan ular jugak kalau nak dekat sini.
RM10 je
Berat ular tu 85kg! Oh mak berat sungguh ko yer ular.
Asben kata berat dan geli. Eiiii aku memang mampu tengok jelah. Pegang² memang tak berani la.
Anak² jelah berani terlebih lah pulak.
My brave girl. Memang berani sungguh la anak dara aku ni. Letak gambar ni dekat FB, ada komen kata, boleh jadi Bomba ni. errrr
Dah jauh berjalan mestilah lapar dahaga kan?
Jangan risau dekat sini ada banyak gerai menjual makanan dan air.
Harga pun berpatutan sangat². Seriuos tak tipu.
Ada pelbagai makanan yang dijual dekat sini.
Antaranya, nasi lemak, pop corn, waffle, ais blended, air, burger ehh macam² lagi lah.
Ada disediakan dataran tempat untuk kita makan. Banyak kerusi meja disediakan untuk pengunjung menikmati makanan dan permandangan yang cantik.
Kebetulan masa kitorang sampai dekat dataran ni dah nak masuk waktu maghrib, permandangan lagi cantik.
Dengan lampu lampu semua dah menyala, lampu pelbagai bentuk dan size, wahhh cantik giler.
Amboi asyraf sedap bebenor ke ayam goreng sampai terpejam pejam mata haaa
Dah nak masuk waktu maghrib. Cantikkan?
Dah selesai makan apa semua, jom kita tunaikan suruhan Nya.
Cari surau. Jangan risau surau dan tandas bersih sangat. Kain telekung pun ada banyak dalam surau.
Sebelum terlupa, Electric Car ni pun FREE untuk setiap budak 10 minit seorang.
Ok sangat la kan. Siapa nak naik lagi, beratur je lagi. Takpe, kereta banyak tak lama pun tunggu giliran,
Surau ni dekat dengan Duck Lagoon tempat itik makan tu. So, kena patah balik ke sana.
Kalau korang penat, naik je buggy. Free aje.
Tapi kitorang malas nak naik buggy, so pakat jalan ramai ramai lalu Magical Bridge
Wahh cantik sangat tau dengan lampu lampu yang cantik tu
Tak terasa pun penat berjalan. Serious
Tengok lah ni. Cantik ke cantik? Rombongan cik kiah nak pergi solat Maghrib ni.
Gilir gilir solat. Ko solat aku jaga anak anak ko, aku solat, ko pulak tolong tengokkan anak anak.
Anak anak pulak macam tak tau penat padahal dah start berlari dari petang kot. pftttt
Selesai solat Maghrib, kitorang just lepak lepak tunggu Special Firework sempena Pesta Mooncake malam tu.
Firework ada setiap hari Sabtu pukul 8.30 dan 10 malam macam tu kalau cuaca cantik tak hujan.
Suka la anak anak dapat tengok bunga api secara dekat macam ni. Selalu dengar je dari kejauhan sebab abah mami tak pernah bawak pergi tengok firework mana² sebelum ni. Hihi
Lepas tengok firework, harus pergi jengah Dinosaur dulu. Memang dari pagi dah berzikir bila nak pergi tempat dinosour ni. Lama jugak la dekat sini. Asyraf siap pergi jengah baby dinosor baru menetas. haha
Habis hati lah tu sengeh macam tu.
Dinosor ni bukan berdiri keras je kat situ tau. Ada la gerak² sikit dan bunyi roarrr roarrr ehh yeker bunyi gitu.
Kena dengar balik video yang mami record ni. Lupa dah bunyi macam mana. Huhu
Gojes Blogger Supermom and Baby (GBSB)
Phewww akhirnya siap jugak entry ni yer.
Meh mami bagi rumusan ehh
Tiket masuk (MyKad/MyKid)
Dewasa: RM10
Kanak Kanak: RM5
Bawah 90cm: FREE
Tiket Cruise
Dewasa: RM10
Kanak Kanak: FREE
Buggy Ride: FREE
Electric Car: FREE
For more info :
Website : www.99wonderlandpark.com.my
Email : enquiry@99wonderlandpark.com.my
Waze : 99 Wonderland Park
FB : 99 Wonderland Park
IG : 99WonderlandPark