Pages - Menu

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Blogroll

Friday, March 30, 2012

bekalan EBM untuk Asyraf...

assalamualaikum..
selamat hari jumaat..hehhe..

aku malas nak cerita banyak pasal EBM ni..
sebab aku sendiri pun masih lagi belajar..
masih lagi menggali ilmu breastfeeding ni..
Asyraf pun baru nak masuk 3 bulan..

so, aku cerita tentang pengalaman aku dah la yer..
kalau nak ilmu pasal EBM lebih lanjut, boleh la terjah blog² otai pasal breastfeeding ni..
macam yang selalu aku buat kalau lost pasal breastfeeding ni..:)

ok..
sejak dah naik keje ni, bangun kena awal sikit lah..
pukul 5.30 pg camtu bangun pam susu dulu..
pastu siap² kan bag baju Asyraf..
iron baju keje en asben ngan baju kurung aku..
macam tulah setiap hari bekerja..

biasa kalau aku pam pukul 5.30 pagi tu dapat dalam 5oz..
so, aku bahagi dua..satu botol 2oz..satu lagi 3oz..
yang 2oz ni standby untuk Asyraf kalau dia terjaga sebelum dihantar ke rumah nek zai..
botol 3oz tu pulak,akan jadi botol no. 1 untuk Asyraf minum kt umah nek zai nanti..
memang aku saje bagi EBM fresh untuk awal pagi..
dan botol tu tak perlu sejukkan dalam fridge..
harap maklum..susu ibu yang diperah tahan selama 4 jam dalam suhu bilik..









setiap hari banyak nilah yang aku bekalkan pada Asyraf..
botol yang ade puting tu EBM beku yang dah dicairkan dari malamnya..
perlu diminum dalam masa 24 jam..sebab tu jadi botol no. 2..
botol² lain tu susu fresh yang aku pam di ofis or kt rumah..

biasanya habis semua 6 x 3oz yang aku bekalkan tu..
kadang² kalau hari hujan, Asyraf tido lama adalah balance sebotol..
macam tu lah selalunye..

ready to umah nek zai..
kenapa aku letak dalam bekas percuma biskut ni..hhehhe..
kenapa tak letak dalam cooler beg?
jawapan nya umah nek zai ngan umah aku selang 2 bijik umah je..
sampai je umah nek zai, terus transfer dalam peti sejuk dia..
memang nek zai suruh letak dalam peti sejuk je..
letak dengan bekas² biskut tu sekali..

peti sejuk nek zai adalah bersih dan kosong sebab dia memang tak masak..
tak sempat nak masak pun katenya..huhu..
bagus bagus..kuikuikui...
kalau ada barang pun cuma buah buahan je..

kt bawah ni pulak, pemilik susu² di atas..hehhe..
yang ni tak payah transfer masuk peti sejuk..kuikuikui..
sekian entry panjang x lebar hari ni..
macam tak biasa pulak baca aku merapu panjang lebar gini..
kuikuikui..
mekasih sudi bace yer..:)

Tuesday, March 27, 2012

sorry Asyraf..mummy tak sengaja...

Sabtu lepas..
dah siap mandikan Asyraf tu, aku nak potong kuku dia..
memang bersilat la kalau nak potong kuku dak notty ni..
kalau kuat aku tarik tangan, kuat lagi dia tarik..
kalau dah genggam, tak bukak² dah tangan tu..
en asben pun tolong tarik perhatian Asyraf ni..

dah siap belah kanan..
nak sambung belah kiri pulak..
baru ketip ibu jari, tetiba huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
tergezut kitorang laki bini..
rupenya aku TER ketip daging kt depan kuku dia tu..
huhu..
sebenarnya teramatlah sikit je kena, tapi darah yang keluar macam kena pisau..
adoyai..kelam kabut en asben amik minyak gamat suruh aku letak kt tempat luka tu..
darah Asyraf pulak macam cair taknak stop..
lama jugak aku dok tekap darah tu dgn kain lampin..

kesian Asyraf nangis tersedu sedu sampai mengalir air mata kiri kanan..
padahal selama ni kalau nangis nak susu, tak pernah keluar air mate pun..
sedih pulak aku tengok..:(
























tengok kain lampin yang aku guna tu..
habis tak boleh pakai dah..
bila darah dah stop, terus pakai kan sarung tangan..
teruslah tak jadi nak sambung ketip kuku² yg lain..
maka panjang lah ia sampai ke hari ni..
huhu..

sebenarnya aku memang takut giler nak ketip kuku Asyraf ni..
masa kat kampung dulu, ma aku yang tolong ketip kan..
bila dah kat KL ni, terpaksalah buat semua sendiri kan..
nek zai pulak dah bagitau awal² yang dia memang tak potong kuku Asyraf..
so, nak taknak aku lah yang kena potong sendiri kan..
nak suruh en asben? nan adooooo..huhu..
























kesian Asyraf..
tido dalam kesedihan..
lain kali kena extra careful bila nk ketip kuku..
maybe ketip time dia tido kot..
Asyraf pun jangan notty² yer..
nanti mummy terketip isi kuku yang lain pulak..ehh..
hehe..

sekian, 
entry pagi hari ni..
tenkiu sudi bace..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute