Pages - Menu

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Blogroll

Tuesday, September 27, 2016

Hargai sebelum terlambat

Assalamualaikum dan haii

Masa cuti Hari Malaysia tu kan, cuti 3 hari kan..
patutnya kitorang takde pegi mana2 pun..sebab asben kerja hari ahad tu..
kena pegi Singapore bawak bos dia ke sana tengok F1..
so, takdelah plan ke mana2 pun..even balik kampung pun tak..

tapi hari Jumaat tu, pagi dalam pukul 9 lebih kot, abah wassap..
bagitau pakcik Jaien sekarang ICU kat Hospital Taiping sana..
aku macam, perghh jauh jugak tu Taiping..
dengan tengah bulan pulak tu

Pakcik Jaien ni, pakcik se ibu susuan..
eh, macam mana nak cakap ekk..nenek aku punya anak susuan lah..
haa gitu..tapi aku sebenarnya terhutang budi lah dengan dia dulu..
dia la orang yang bertanggungjawab masa aku mula2 datang KL ni..
keje dengan dia..sebab dia Area Manager 7-11 area Gombak kot..eh, yeker..lupe pulak aku..
so, dia suruh aku kerja dengan salah satu store bawah jagaan dia la..
so, ke mana2 pun aku pegi dengan dia la..dulu2 rapat la..

pastu 2, 3 tahun dah tak jumpa..
Hari Raya pun tak usaha pergi rumah dia..padahal kat Rawang tu je pun..
sebab tu masa abah bagitau dia skrg ICU, aku jadi sedih sangat..
sebab masa tengah sihat tak pernah usaha nak jumpa..hukhuk..

nasib baikla asben willing jugak nak bawak pergi sampai Taiping sana..
so, aku terus siap2 beg baju..siap2 Waze dari rumah..3 jam perjalanan..phewww
bawak baju lebih jugak in case perlu check in kat mana2.

dan seperti yang dijangka, highway ke utara tengah jem giler masa ni..sebab cuti 3 hari kan..
haruslah jem..yang bestnya, lupa pulak nak beli makanan apa2 masa kat Petronas tu..
kesian kat Asyraf dok merengek lapar ni mami..sobss

selalu kalau nak pergi mana2, mesti ada bekal dari rumah..
nugget ke roti ke..ini apa pun takde..
yelah, kata emergency kan..

akhirnya sampai dekat RnR Tapah tu..
singgah Tuuu...Dia Pak Tam makan kat sana..
nasib baik sedap walaupun makan laju2 sebab ramai orang dah queue nak duduk..
Public Holiday kan..ramai la orang..

pukul 4 baru kitorang sampai Taiping..bayangkan bertolak pukul 10 lebih sampai pukul 4..
letihhh badan..tu yang decide kena check in la kat mana2 ni..
Waze je hotel paling dekat dengan Hospital Taiping tu..
sambil2 Google hotel with reasonable price..penting nih..tengah bulann..hihi
dah check in semua, mandikan anak2, solat apa semua  baru pegi Hospital tengok pakcik..
dapat la jumpe dengan Opah, makcik2, sepupu sepapat semua..
diorang pun terkejut yang aku boleh ada sekali kat situ..
wakil mak dengan abah..huhu

dapat tengok pakcik dari luar je..bergilir2 tengok..asben tak ikut..jaga anak dalam kereta..
Dahlia tido masa ni..
sedih sangat masa tengok pakcik dengan koma..wayar berselirat atas badan..hukhuk..
Esok paginya, dalam pukul 8 lebih, dapat wassap bagitau pakcik Jaien dah takde..
dah pergi meninggalkan semua..

Innalillahiwainnailaihirajiunn..
Berehat la..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
Aminn

Alhamdulillah dapat jugak tengok buat kali terakhir..
walaupun masa tu dah tak boleh nak bercakap
tak boleh nak bergelak ketawa macam dulu..
tapi sekurang2 nya, dapat jugak tengok depan mata walaupun sedang terlantar sakit..

Pengajaran pada aku..selalu2 lah jumpa dengan saudara mara, kawan2 
kalau ada masa, pergi lah jumpa..
lagi2 kalau time raya kan, usaha la pergi jumpe diorang..
jangan bila orang dah tak ada, baru nak menyesal..
masa tu, dah terlambat..menyesal pun tak guna..

oklah, tu je update hari ni..
jumpe lagi..bye..

Monday, September 26, 2016

Teh Tarik Place, Setapak Central

Assalamualaikum dah haii

Hari tu ntah bila tak ingat dah, kebetulan asben balik kerja awal..
takde la awal mana..pukul 9 pm kot..
pastu dia kate lapar..so, suruh aku siap²..
ala, aku siap² pun pakai seluar track, amik tshirt, pakai tudung dahhhh..

masuk kereta tanya nak pergi mana?
takde jawapan spesifik..so, pusing² area Danau Kota tu masuk kawasan Platinum Walk tapi parking nan hadoo..
kereta penuhh..
so, pusing² lagi sekali kebetulan ada parking kosong depan restoran mamak ape nama ntah..
tapi yang pasti, dekat dengan Setapak Sentral tu lah..
Asben kata, jom lah masuk Teh Tarik Place..kite cube..huhu















sekali sekali boleh la makan kedai macam ni..
kalau selalu sangat kang, makin botak abang botak mami nanti..kihkih


sementara tunggu makanan sampai, abang waiter baik sangat melayan budak berdua ni..dapat la sumi sorang satu..
pastu request tengok cerita kartun pulak kat tv..
nasib baik diorang memang ada DVD cerita kartun..ntah cerita ape ntah..
tapi, asalkan kartun, ok dah boleh la diam 5 minit budak² ni..

Asyraf pulak memang kalau pegi kedai makan macam ni, kalau tak bawak buku pensel sendiri, memang dia akan mintak kertas dan pensel..
sebab memang jenis Asyraf ni dia suka menulis melukis tak kira tempat..huhu

boleh lah kan..daripada duduk saje² mengusik adik tu kan..sempat lukis zebra sekor..hihi
nanti, dalam entry lain, mami tunjuk lukisan² yang pernah Asyraf lukis ekk..
Asyraf ni dia suka berimaginasi..
dia ni macam permerhati yang hebat..hihi

order simple je..sebab dah lewat kan..
maggi  goreng telur mata, roti bakar


mango cheesecake dengan mee rebus..
makan kongsi 4 beranak..kenyang Alhamdulillah..

mango cheesecake..budak2 berdua tu dok kutip gula2 berjalur tu..haishhh
oklah, sedap jugak la mango cheesecake ni..
1st time makan..huhu
sejuk2 nyamannn je lalu kat anak tekak..
tempat pun best..rilek je..asalnya, Teh Tarik Place ni sunyi je..
ada couple2 je tengah bercinta kot..
tapi suara budak2 ni, habis jadi kalut..
tambah dengan suara mami dah macam tarzan tapi still cover lagi la..
dia jadi tersekat tak keluar habis..hahahha

oklah..ni je untuk hari ni..
jumpa lagi lain kali..
byee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute