kemainn update blog terus letak tajuk cara transfer duit..hihi
Siapa kat sini ada akaun ASB tapi dah lama tak berupdate sebab susah nak pergi pejabat pos?
leceh la haiii nak pergi pejabat pos tu semata mata nak simpan duit RM50 sebulan..
lain la kalau simpan ratus ribu riban sebulan..oklah kan..
ni aku cerita pasal aku ni tau..bukan pasal orang lain..hahha
buku ASB last update tahun 2013..dengan amount yang tinggal dalam buku ada seratus lebih..
kesiannn..
tapi kalau hitung² termasuk dividen maunya dah dekat 2.6b kot dalam tu..hahah
harapannn
susah sangat nak pergi pejabat pos semata mata nak masukkan RM50 sebulan..
duit tu kalau tak simpan, habis jugak ntah ke mana mana perginya..
eloklah disimpan..sikit pun takpe..tengah sesak² nanti boleh korek balik.. #ehhh
ok, meh nak tunjuk cara transfer duit dari maybank2u ke ASB secara online..
tapi dengan syarat ko ada akaun dengan maybank dulu lah..bank lain aku tak tau boleh ke tak..huuu
Step 1: Log In M2U korang
Step 2: Pilih Investment
Step 3: Pilih ASNB Unit Trust
Step 4: Tekan button Add
Step 4: Pilih Product Name
Klik Continue..nanti kat bawah dia ada kena klik Term and Conditions tu..
Langkah 5: Isi tempat kosong
Membership No: No akaun
Member's ID Type: IC
Member's OD No: Nombor IC
Member's Nama: Nama
Langkah 6: Klik Continue
Check betul ke tidak
Langkah ke berapa dah? haha
Korang check balik kat Investment..nanti status akan tulis PENDING..
dalam 2 - 3 hari baru tukar jadi ACTIVE
Nampak tak tu..aku pun tak ingat berapa hari baru bertukar jadi ACTIVE..
huhu
Bile status dah Active barulah kite boleh transfer duit ke ASB..
Cara nak transfer?
Nampak tak yang aku bulat merah tu..klik situ, lepas tu macam biasa la..korang mesti tau nanti..
sama je macam transfer biase je..
kot² korang confuse nanti, masa transfer nanti, dah takde mintak TAC dah tau..
saja bagitau kot kang ada yang tertunggu² TAC..hihi
Haa lepas ni takde dah alasan payah nak pergi pejabat pos semata nak simpan duit RM50 sebulan..
kita transfer online saje..ye ye..baiklahhh..
Ops..ni untuk masukkan duit je tau..nak keluar duit kalu, silakan beratur jangan lupa ambik nombor..
okay sok bawak buku ASB, aktifkan dulu. kak cr nk transfer ke tabung haji ada x?
ReplyDeletealamak..tak tau la rara..huhu
DeleteBaru aku tau..selalu berjinggut klu nak simpan Asb sebab malas nak tunggu lama2
ReplyDeleteaku pun baru tau..sebab baru je insofff balik nk menyimpan seringgit sehari ni..huhu
DeleteBoleh register acc anak x?
ReplyDeleteboleh..Add je akaun anak kt bawah tu
DeleteNice sharing...sy pun selalu transfer macmni jer.
ReplyDeleteDah umum dividen nnti, baru p update buku. Kira sekali setahun je update...
Hahaha....
terbaik! sy pun transfer asb pakai m2u. jimat kos dan masa. maklumla nak transfer 50 je. x mampu nak transfer bebanyak. behehehe
ReplyDelete