Assalamualaikum..
hari last tahun 2012 ekk..
tahun yang banyak merubah hidup aku dan asben..
tahun yang penuh kegembiraan bila dianugerahkan rezeki yang tak ternilai..
Alhamdulillah..
ok, cut it short..
semalam lepas balik Jom Heboh, kitorang singgah KL Festival City..
semata mata nak potong rambut anak bujang..
kedai tu dekat je dengan parking..
so, cari je parking dekat2 dengan barber shop tu..
sebab ape pilih kedai ni?
aku ade lah survey beberapa barber shop yang mesra baby..
sekali nampak kat kedai mamak ni ade kereta baby..
so, anak kite konon boleh la leka main dengan kereta tu sambil mamak tu potong rambut kan..
sekali kauuu..nan adooo..
memula tu oklahh..pon pon sana pin pin sini..
asyraf dok picit butang2 kat kereta mainan tu..
bila mamak tu on je mesin potong rambut tu, terus la meraung huwaaaa huwaaaaaa dalam barber shop tu..
kelam kabut aku laki bini..hahha..
comel kan kereta polis mainan tu..hehe..
tengok lah asyraf meraung sakan tu..
habis air mata, air hidung, air mulut semua keluar..
nasib baik tak runtuh KL Festival city tu semalam..
sampai ada satu group family ni siap singgah barber shop tu tengok show asyraf menangis..hahha..
diorang ingat datang dari mana suara budak menangis..
sekali suara anak bujang tengah potong rambut..hahha..
shame la Asyraf oiiii...
ni lah kedai gunting rambut tu..
posing dulu depan kedai..
ni fresh dari kedai ni..hehe..
mata bengkak..
pastu ko rasa aku boleh ke sambung window shopping kt sana?
memang tak lah kan..
habis baju laki bini kena rambut anak bujang tu..
jom balik mandi, abah kata..hehe..
asyraf dengan rambut tahun baru..hehe..
dah macam Pekan pulak aku tengok..
mummy, Pekan nak makan telur ikan tembakul..huhu..
Monday, December 31, 2012
Friday, December 28, 2012
cuti cuti kedai runcit
cuti panjang bawak Asyraf pergi kedai runcit je..
hahha..
dah kate ko cuti musim banjir kat Pahang nun..
4 hari cuti, 4 hari hujan dari pagi sampai pagi esoknya..huhu..
nasib baik tak kena banjir..
planning nak pergi Teluk Cempedak pun cancel..
Kuantan banjir...
takpelah..kite pergi lain kali lah ekk..
ni kat kedai runcit je..hahha..
nak carik diapers dgn susu anak bujang sorang ni..
abah dia berkenan pulak dengan doraemon ni..
saje je letak Asyraf dalam tu..
pulun cari syiling 50 sen..hehe..
1st time letak Asyraf dalam mainan bergerak ni..
mummy abah is jakun..hahahha..
Friday, December 21, 2012
petah sangat pun payah jugak yer..
ni kisah petang semalam kat umah pengasuh..
kebetulan masa nak ambik Asyraf, mak Aris pun ada sekali..
kitorang sama2 sampai lah kirenya..
aku macam biasa main2 dulu dengan Asyraf kat situ..
pastu suka kacau anak2 pengasuh yang lain..hehe..
tetiba boleh pulak si Aris ni cakap kat mama dia macam ni..
mama..mama..mama menang..hehehe..
menang ape pulak?
mama besar dari mummy acap..
terus la mama dia gelak besorrrr..
pengasuh pun gelak besorrr..
aku pun gelak jugak..tapi tak lah besorrr..
aku tak kurus yer..
tapi sebab mak Aris ni besor sikit dari aku, terus mama dia menang..
hehhe..
memang Aris ni petah bercakap..
cakap macam orang tua..
pot pet pot pet..
kirenya penat lah nak layan soalan2 dia..
ada je kang dia nak tanya ko soalan2 kadang macam tak masuk akal..
huhu..
acap, asap, atap, ayab, asrap, serap semua refer to Asyraf..
mummy is tak kisah..
kalau dia mencangkung lama mcm ni, better check diapers..
komfem ade 'isi'..huhu..
sibuk main dengan bayang bayang sendiri..
hihi..pastu pok pok lantai konon marahkan bayang2 ikut dia..aduhaiiii..
p/s: esok Asyraf nak balik kampung tok ma n tok abah kat pahang..
kalau ade masa nnt, mummy asyraf update ekk..
doakan kitorg selamat sampai kampung dan selamat balik KL nnt yek..
aminnn..
Thursday, December 20, 2012
bila anak kurang sihat
petang semalam ambik Asyraf kat umah pengasuh, badan dia dah panas..
ade hingus sikit..nak demam la ni..
sampai umah, badan dah makin panas..
aku terus mandikan dia..huhu..
sementara tu, aku keluarkan ubat demam dari fridge..
takkan nak bagi ubat sejuk2 tu kan..hehe..
makan ubat time...
Alhamdulillah anak bujang sorang ni takde masalah masa nak makan ubat..
tak perlu nak bersilat bagai..
tak perlu hati kering cekak pipi bagi mulut terbuka..
tak perlu nak hembus muka anak masa suap mulut..
walaubagaimanapun aku dah siap sedia seandainya aku perlu bertukar menjadi raksasa gorgon kalau anak bujang sorang ni tak mau minum ubat..hahha..GRRRRRR..mummy asyraf garang hokehh..
Asyraf, sila takut..
sempat mummy ambik video..hehe..
ingat ye Asyraf..bila2 masa je mummy boleh BERTUKARRRR jadik mommy monster..
pagi ni rasa badan dia dah tak panas sangat..
masih aktif macam biasa..
demam nak pandai jalan kot..
setakat ni baru setapak je berani nak berjalan..
selebihnya berdiri sambil sengih2 jelah..huhu..
Wednesday, December 19, 2012
bergedil mommy cha
haaa siap kredit nama mommy cha lagi tuh..
sebabnya mommy cha punya entry la ni..
aku terpengaruh nak buat bergedil untuk Asyraf..
bagus jugak sebenarnya mommy cha share resepi nak buat bergedil ni..
tak terpikir dek otak aku nak buat bergedil baby style ni..hehe..
mommy cha, mintak izin tepek gambor ni yer..
mummy asyraf tak dan nak ambik gambor bagai..
takut camera kena telur nanti..hehe..
bergedil mummy asyraf..
3 ketul je sekali makan dengan bubur nasik kosong..
buat banyak2, pastu bekukan..
pagi2 keluarkan 3 ketul, celup telur campak slow2 dalam kuali..
siap sedia nak bawak umah pengasuh Asyraf..
ok dah..next resepi please..
Tuesday, December 18, 2012
maklumat penting untuk anak
minggu lepas, saje je belek2 buku biru rekod kesihatan Asyraf tu..
baru kali ni aku baca sampai habis muka surat yang ada..huhu..
sebelum ni tak pernah habis bace pun..
bukan tak pernah bace yer..berbeza tu..
belek punya belek, sampai lah ke muka surat terakhir..
jumpe page ni...
Allah...
naluri mummy berkocak kencang sekarang ni..
SUMBER
Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku mohon perlindungan dari Yang Esa, Maha Pengasih lagi Penyayang..
buat anak ku dan semua anak anak di dunia, jauhkan mereka dari segala kejahatan golongan jin dan manusia. Amin..
baru kali ni aku baca sampai habis muka surat yang ada..huhu..
sebelum ni tak pernah habis bace pun..
bukan tak pernah bace yer..berbeza tu..
belek punya belek, sampai lah ke muka surat terakhir..
jumpe page ni...
Allah...
naluri mummy berkocak kencang sekarang ni..
Gangguan seksual terhadap kanak-kanak
- Ajar anak anda tentang sentuhan yang dibolehkan dan tidak. Terangkan bahagian-bahagian yang tak sepatunya disentuh oleh orang sembarangan.
- Terangkan pada anak bahawa tak ada sesiapa pun yang berhak menyakiti/menyentuh bahagian sulit mereka yang membuatkan rasa tidak selesa.
- Ajar anak perkataan yang perlu diingat dan sebut kalau ada orang buat sesuatu yang kurang menyelesakan meraka seperti ‘jangan’, ‘takmau’, ‘jangan pegang’ dan sebagainya.
- Ajar cara menyebut nama bahagian-bahagian badan yang betul/boleh difahami supaya boleh testify jika mereka disalah lakukan. (Nauzubilah)
- Ajar anak supaya menjerit bila rasa keadaan bahaya. (Of course kena explain lah macam mana keadaan bahaya tu kan)
- Beritahu anak mereka bukan saja perlu berhati-hati terhadap orang tak dikenali, malah sesiapa saja yang buat mereka tak selesa walaupun orang dikenali. Contoh : jiran, pakcik saudara dsb.
- Bercakap kepada anak tentang situasi-situasi yang perlu dielakkan seperti ambil makanan atau ubat daripada orang selain ibu bapa, cikgu, nursery, kawan rapat dsb.
- Ajar anak cara buat panggilan ke rumah dan polis.
- Fahami tanda-tanda jika anak diganggu secara fizikal/seksual seperti kesan lebam, luka, terbakar, kesan darah pada panties, panties hilang, masalah buang air besar/kecil, masalah berjalan/duduk, perubahan tingkah laku, kelakuan berunsur seksual, kelainan pada bahagian sulit dan apa saja yang anda rasa tak kena/pelik.
- Ajar mereka supaya tidak merahsiakan daripada anda lebih-lebih lagi jika mereka disuruh berahsia.
- Good communication. Lebih-lebih lagi jika anak tidak tinggal bersama (tinggal bersama nenek/saudara). Sedangkan ibu bapa sendiri pun terkadang terlepas pandang, inikan pula orang lain.
SUMBER
Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku mohon perlindungan dari Yang Esa, Maha Pengasih lagi Penyayang..
buat anak ku dan semua anak anak di dunia, jauhkan mereka dari segala kejahatan golongan jin dan manusia. Amin..
Monday, December 17, 2012
bila abah takde kerja..
ni lah jadiknya..
dia ingat anak dia takut gamaknya..haha..
takde maknenya nak takut..
helmet (helmet ke ni ekk??) iron man ni ada suara..
kat tepi helmet ni ade button boleh tekan2, pastu keluar suara ala2 robot..
hahaha..
helmet tu tengah bercakap tu..
Asyraf kusyuk dok dengar..
Asyraf posing dengan iron man..hehe..
Friday, December 14, 2012
check up 11 bulan
assalamualaikum..
hari ni nak update pasal checkup Asyraf semalam..
semalam aku keja halfday..
lepas lunch, aku balik umah dulu..mandi, tukar pakai seluar dgn tshirt je..
tak mampu aku nak dukung Asyraf yang kemain lasak dengan baju kurung..
takut lerlucut ke bawah pulak nanti..hehe..
pastu baru pick up Asyraf kat umah pengasuh..
sampai KKIA Gombak Setia pukul 2.15pm..
kemain ramai orang hoiii..aku dapat no 3095..
masa tu no terkini baru 3070..huhu..
dah canggih sikit la KKIA dah ade sistem nombor giliran kan..
kalau dulu dulu pakai nombor kertas selit kat buku je..
Asyraf adalah hyperactive masa kat klinik semalam..
sebab masa aku ambik kat umah pengasuh tu, dia baru bangun tido, dah siap mandi cuma tunggu aku amik je..badan dah segar kan..
hari ni nak update pasal checkup Asyraf semalam..
semalam aku keja halfday..
lepas lunch, aku balik umah dulu..mandi, tukar pakai seluar dgn tshirt je..
tak mampu aku nak dukung Asyraf yang kemain lasak dengan baju kurung..
takut lerlucut ke bawah pulak nanti..hehe..
pastu baru pick up Asyraf kat umah pengasuh..
sampai KKIA Gombak Setia pukul 2.15pm..
kemain ramai orang hoiii..aku dapat no 3095..
masa tu no terkini baru 3070..huhu..
dah canggih sikit la KKIA dah ade sistem nombor giliran kan..
kalau dulu dulu pakai nombor kertas selit kat buku je..
Asyraf adalah hyperactive masa kat klinik semalam..
sebab masa aku ambik kat umah pengasuh tu, dia baru bangun tido, dah siap mandi cuma tunggu aku amik je..badan dah segar kan..
ni lepas setengah jam menunggu..
dia dah menguap sakan dah..
pastu taknak aku pegang..nak duduk sendiri atas kerusi..
kalau dah pandai duduk sendiri, takpelah jugak..
pastu dok sengih sengih kat kakak yang dok kat belakang aku..
sabo jek..
dia dah start engine dah ni..huwaaaa..
serious letih giler aku melayan peel anak bertuah ni sorang2 semalam..
sebab dia dah biase lepas bebas dalam umah..
ni sejam lebih aku pegang dia kan..memang lah kawan tu marah..huhu..
hasil checkup 11 bulan semalam..
berat : 9.8 kg
tinngi : 76 cm
pastu nurse kate, ok, Asyraf, jumpe lagi masa birthday awak bulan depan ye..
ade hadiah..
mummy kata, hadiah jarum..hehe..
Thursday, December 13, 2012
pengasuh
bukan kisah pengasuh Asyraf..
ni kakak jiran sebelah umah yang mengasuh sorang budak pompuan skrg ni dh 2 tahun lebih kot..
dulu2 konon aku nak hantar Asyraf kat kakak ni lah..senang kan..sebelah umah je..
tapi budak pompuan tu, Yaya nama dia jeles yang amat..
kakak tu baru nk dukung Asyraf, dah melalak lalak tak bagi kakak tu dukung Asyraf..
kakak tu pun tolak dengan baik sebab masa tu Yaya baru setahun lebih..
kecik lagi kan..kakak tu jaga yaya sorang je..
Alkisah..
petang semalam lepas balik kerja, aku saja join kakak tu lepak depan umah..
sekali sekala kan..boleh jugak Asyraf hirup udara petang..
asyik terperap dalam umah je..
kakak tu mula cerita..aku dengar jelah..
mak yaya ni makin lama makin lambat ambik yaya..
ayah dia abih kerja pukul 5.30 ptg..
pastu berdesup pergi KLCC ambik mak yaya pulak yang habis kerja pukul 7..
pukul 8 baru sampai gombak, baru ambik anak..
bukan lah akak nak berkira ke ape kan..
tapi kalau dah hari2 balik lambat, sendiri pikir lah..
akak nak solat maghrib pun payah..
kalau bukak puase, sebelah tangan makan, sebelah tangan lagi pangku yaya..
budak ni taknak duduk bawah...
pastu yang si anak ni pun dah pandai cakap..
makan pun pandai..nak udang je..
hari2 nak udang..
akak pun hari2 lah beli udang..
mak yaya ni bukan tak tau anak dia suka makan udang, tapi tak pernah pun nak hulur walau RM10 lebih masa bayar RM250 tu..
pastu nampak Bai jual roti, nak roti pulak..
kite ni kesian, pergi belikan roti..
akak tak kisah..akak sayang yaya ni..
tapi tulah..akak ni tak kerja..
ni jelah yang boleh akak buat..jaga budak..
pastu tak pandai jaga ramai ramai..sebab akak jaga kakak yang sakit tu lagi kan..
dalam banyak2 akak jaga budak, yang ni yang paling kedekut..
pastu akak ni tanya aku pulak..
linda hari2 bawak bekal ke hantar umah pengasuh Asyraf ni..
aku jawab..
a'ahh..hari2 masak bubur nasik..sebab Asyraf punya bubur nasik takde garam lagi setakat ni..
pastu roti gardenia yg 70 sen tu satu..
pastu baby bite tu 2 paket linda hantar..
rasenya cukup kot, sbb kalau time cuti, setakat tu jelah Asyraf makan..
bla bla bla bla bla.........
korang, korang buat macam mana kt pengasuh..
kakak ni baik tau..jaga yaya tu bersih je..
kalau petang2 tu wangi je..
baru 2 tahun lebih dah pandai mengaji tau..
kakak tu ajar alif ba ta.........
A,B,C 1,2,3 tu toksahlah cerita..
laju je kalau suruh baca..
cakap pun petah..
hurmmmm...
tengah kusyuk tengok Adam dan Hawa..haha..
hari2 doa semoga asyraf tak menyusahkan pengasuh..
semoga baik2 saje kat sana sementara mummy abah keluar kerja..
setakat 11 bulan ni, tak pernah lagi aku pendam rasa dengan pengasuh..
Alhamdulillah..
kalau balik kerja, terus pergi amik..
tapi kalau hujan lebat sangat, aku SMS pengasuh ambik Asyraf lambat sikit, sebab aku ni penakut nak drive kalau hujan lebat sangat..huhu..
sekian, entry panjang lebar..
thanks sudi bace..
petang ni nak bawak Asyraf checkup..:)
Wednesday, December 12, 2012
durian crepe
assalamualaikum..
akhirnya dapat jugak aku makan durian crepe yang korang dok war war kan sana sini..
bukak FB, korang tayang gambor DC ni..
kat blog pun tayang gambor DC ni..
aisehh..nasib baik ciknaa ade jual..hehe..
terus jelah order..
kesian ciknaa malam2 bute kena hantar DC tepi jalan..
almaklum ler..kena tunggu asben balik kerja dulu baru boleh pergi ambik..
padahal dekat sejengkal je dengan umah..sorry ciknaa ekk..
besor besor durian crepe ni..
3 ketul aku makan sorang..asben makan seketul jek..
dia kate lagi puas makan durian betul betul tu..
huk alohhh..memang lah..orang makan durian crepe ni sebab sana sini dok heboh kan, kite pun nak jugak cuba..hehe..
nak buat sendiri, ntah jadik durian crepe ke Asyraf crepe pulak nanti..huhu..
order jelah..bayar, balik umah terus ngap..:)
sekali sekala
sekali sekala,
kalau ada masa,
lepak sebelah mak--
dan tengok kulit tangan dia.
Fynn Jamal
kalau ada masa,
lepak sebelah mak--
dan tengok kulit tangan dia.
tengokkan kulit warna tangan dia yang tidak sekata.
kesan lecur menggoreng ayam dari minyak meletup2.
kulit jari mati dek memegang periuk panas tak sempat katup.
tengok2kan dan ambil sedikit masa dalam 15 saat--
dan kata--
terima kasih mak.
dan bila dia tanya kenapa--
senyumkan--
dan bilang "untuk semuanya".
atau kalau rasa nak buat lawak comel--
senyum--
dan kata--
"ade leeeeeeeeeeee"
kesan lecur menggoreng ayam dari minyak meletup2.
kulit jari mati dek memegang periuk panas tak sempat katup.
tengok2kan dan ambil sedikit masa dalam 15 saat--
dan kata--
terima kasih mak.
dan bila dia tanya kenapa--
senyumkan--
dan bilang "untuk semuanya".
atau kalau rasa nak buat lawak comel--
senyum--
dan kata--
"ade leeeeeeeeeeee"
Fynn Jamal
kesayangan saya..
ermm..patut la kalau aku bergambar suka letak tangan macam tu..
mana tumpahnya kuah kalau tak ke lantai..hehe..
Monday, December 10, 2012
11 bulan sudah...
entry pagi isnin yang......................................................
krik krik krik (bunyi cengkerik)
entry pembukaan untuk minggu ni..
anak bujang dah 11 bulan hari ni..
sebulan lagi dah setahun..aiseh..
how time flies..:(
alahai...rasa macam nak join tido sekaki..hehe..
asyik lah gambor dalam kereta..hahaha..
ni pagi tadi nak pergi umah pengasuh..
memang masa aku angkat tu dia tengah tido lagi..
takkan la aku nak kejutkan semata mata nak amik gambor..
lagipun bukan macam dulu..
kecik2 senang nak amik gambor..
ni kadang kadang 10 kali snap sekeping je yang jadi elok..
maksudnya yang pandang camera lah..
nasib baik boleh delete2 kan..hehe..
11 months milestone..
yang paling jelas dan nyata sekarang ni dah boleh berdiri tegak sambil sengih sengih tepuk tangan..
dah jatuh sedebuk pun, tetap bangun lagi sambung sengih sengih sambil tepuk tangan..
menapak je belum lagi..
takpelah..slow2 ekk..
ooo..nak selit good news ni..
kak lang dah pregnant 7 minggu sekarang..Alhamdulillah..
EDD bulan July 2013 nanti kot..In Shaa Allah..
sekarang ni tengah holiday lagi kat Asutralia dgn New Zealand..
psstt..kak lang, jangan lupe mummy Asyraf punya FM tau..hahaha..
oklah..tu je..
bye..:)
Friday, December 7, 2012
boboiboy angin yang tewas
tewas dengan siapa lagi kalau bukan dengan Asyraf..
abah dia baru je beli..tak sampai seminggu kot..
konon nak buat koleksi..dah jadik macam ni, rasanya tak perlu lah kot..
boboiboy angin..hensem jugak boboiboy ni ekk..haha..
abah dia saje bagi Asyraf main..
memula ok je..tak sampai 5 saat dibalingnya boboiboy tu..
langsung tercabut kaki..
ye..tercabut kaki..bukan kasut je tercabut..huhu..
kesian ko boboiboy..dah takde kuasa angin ko tu..
menari zapin jelah..huhu..
ni lah dia boboiboy angin puting beliung tu..
rambut dah panjang, kena sikat tepi jelah..
tak boleh nak pacak lagi..
oit oitt oitttt..
buat ape tuhh haaaa..
dah nak jadik abang long ke Asyraf..
aisehhh..parah ni..
Thursday, December 6, 2012
entry pecah blog
Assalamualaikum..
fuhhhh..bergetar jiwa raga nak tunggu blog siap..
rasa macam tak lengkap hidup ni..haha..poyo..
ok ke tidokkk template blog baru ni..
sebenarnya aku nak tukar coloum tu je..
template blog sebelum ni kan 3 coloum..
tak puas aku nak tepek gambor..
kecik sangat..
tu yang tukar jadik 2 coloum tu..
last2 terus tukar design baru..
hehe..jadik macam ni..huhu..
nak jugak aku enterprame jadik header..hehe..
gasak lah kan..
nanti kalau aku boring2 dengan template ni, tukar yang lain pulak..
murah je..RM10 je pun..ecehhh cakap macam banyak sangat duit aku kan..
pangggg kang..
aku tempah kat SINI..
bila dah private blog ni kan, baru lah tau rupenya ade kawan2 kat FB pun dok bace blog cincai boncai aku ni..hikhikhik..siap PM tanya lagi tu..
takpe..aku tak kisah pun..
rasa macam tak percaya pun ye jugak..
rupenya ade yang dok stalker blog merah aku tu..hehe..
terima kasih yer korang2 yang suke baca entry merapu aku yang hari2 dok tayang gambar anak bujang aku tu..
oklah..dengan ini saya (tetibe saya) merasmikan blog design baru dengan sekeping gambor..
kan dah kate..takde gambor artis dalam blog aku ni..
ok bai..:)
Thursday, November 29, 2012
dulu AYAH, sekarang ABAH
assalamualaikum..
saje nak share video budak bertuah ni..
dulu mulut tu lancar je sebut AYAH AYAH kan..
sekarang ni dah tukar la pulok..dah jadik ABAH ABAH..
hai lah asyraf..bile turn MUMMY MUMMY??? bila? bila?
huhu..
record malam tadi..asben takde pergi main futsal..
mummy dok belek anak jelah..
tu yang sempat record anak bujang dok zikir panggil ABAH ABAH..
aduyaiii..sabo jek..
asyraf sekarang dah 10 bulan setengah dah..
gigi still 6 batang tu lah..
kalau tengah main2 dengan dia, jangan lah leka..kang tak pasal2 kena gigit..
aku dah kena gigit kat perut..nampak sangat perut mummy gelebeh..huwaaaaa...
sekarang makin galak berdiri sendiri lepas tangan..
yang abah mummy cuak tengok sebab takut terlentang ke belakang..
dah nak berjalan dah ke anak bujang aku ni..huhu..
risau pun ye jugak ni..
makin panjang lah akal kalau dah boleh berjalan nanti..
kena pasang kekuda siap2 ni..hehe..
Wednesday, November 28, 2012
jasamu kami kenang..
sabtu lepas, berhempas pulas aku mencuci carseat asyraf masa dia kecik kecik dulu..
eh, sekarang pun kecik lagi..masa dia baby-tak-reti-nak-duduk-dulu-lah..hehe..
terima kasih banyak kpd biras aku, Kak Ana yang sudi bagi pinjam carseat Mia ni..
Mia ni anak buah sulung belah asben..
tu pasal Asyraf punya carseat kaler ala ala pink..hehe..
hari hari terakhir budak busuk nak pegi school bersama carseat pink nya..
masa ni dah notty tak mau baring dalam carseat..
asyik nak duduk je kerjenya..stress mummy..
sekarang dah ade carseat besor sikit..
anak bujang pun dah duduk selesa..
pergi mana pun letak je dalam carseat..
setakat ni tak pernah lagi buat perangai tak nak duduk dalam carseat..
sila jangan buat wahai anak..mummy garang hokehhh..GRRRRRRR
warna sebenar lagi bersih berkilat..hehe
penat aku berhempas pulas sampai togel carseat ni aku kerjakan minggu lepas..
bersedia untuk dipulangkan semula kepada owner..
banyak berjasa carseat ni..
aku ade letak asyraf dalam ni, kaki dah berjuntai ke bawah dah..
dah besor anak aku..huhu..:(
walker kat belakang tu pun pinjaman Mia punya..
tapi asben kate tu tak payah pulangkan balik..
kite beli yang baru je untuk adik Mia nanti..
sebab macam tak gamak nak pulangkan balik..
Asyraf dah lenjan habis habisan walker tu..
hehe..
Tuesday, November 27, 2012
rezeki jangan ditolak..
entry ringkas petang hari..
dan yang paling penting, takde kena mengena dengan anak..hehe..
nampak tak gambar bag tu..
tu ole ole dari Jakarta..
minggu lepas kawan satu opis tapi lain2 department cuti cuti Indonesia..
syok kan..bila lah aku pulak nak cuti cuti Indonesia ni..
tapi aku ni cerewet Nauzubillah bab makan2..cam mane ekk??
orang kata kalau cerewet bab makan ni, susah sikit lah nak travel tempat orang..
yeker???
yang gambar bawah tu, rezeki tengah malam tadi..
asben balik kerja, singgah jap umah mak dia..
asben masuk umah bawak beg plastik, tetiba semerbak bau durian..
aku ingatkan hantu durian follow dia balik kerja..haha..
terus lah kami laki bini meng kokak durian ni..
untuk makluman, kami laki bini failed bab mengkokak durian..
tangan asben siap luka semalam..gelojoh sangat..hehe..
tapi tak habis pun sebiji durian tu kitorang makan..
balance durian aku masukkan dalam tipuware, sejuk bekukan..
selesai..
ni rezeki pinjamanNya..:)
eh, tadi kata takde kena mengena dengan anak kan?
Monday, November 26, 2012
pureen warehouse sale part 2
poyo giler siap ade part 1 part 2 bagai..haha..
bukan ape..yang part 1 tadi gambar dari henfon..
yang part 2 tu gambar dari camera..lambat sikit transfer..hehe..
meh nak tunjuk apa yang aku sempat beli ekk..
sebenarnya tak banyak barang pun..
sebab masa pilih pilih tu, rasa macam eh, macam nak over budget dah ni..
asben budget rm200..
pastu masa pilih pilih tu, takde pun pergi approach mummies lain tanya baju mana yang diorang taknak..
kitorang ambik yang dari beg kitorang sendiri je..
dan boleh kata, 90% dari bag tu kitorang ambik..
selebihnya tak ambik sebab size kecik..
kata ko sampai awal kan..siap boleh pilih baju kat rak tadi kan..hehe..
liquid cleanser..ambik 2 pack je..pastu menyesal tak sudah..haha..
ni baju gegirl..7 pasang = rm47
campur campur..harap kawan ku suka..huhu..
ni untuk anak bujang..
9 pasang..total damage untuk 9 pasang ni rm 74..
sebab ade baju yang harga rm3, seluar rm3..
ade yang rm10 sepasang..ade yang rm8 sepasang..
jadilah kan..boleh buat salin2 kat umah..
sanggup lipat elok elok sebab nak posing masuk blog..haha..
itu ayat asben..dengki betul..huh..
ohhh..tadi dalam previous entry, aku cakap kitorg jalan jalan kat gerai luar gudang tu kan..
sempat beli bantal kekabu untuk asyraf..
dan bende alah ni..
tigger untuk asyraf..
sempena musim bola sepak sekarang ni kan..
model harimau malaya..marah tak habis lagi ni..sebab Malaysia kalah semalam kan..
sabo je..
pemalu sungguh encik tigger nih..huk alohhhhh...
rasa macam nak tampor je..
sekian entry pureen warehouse sale..
bila ada lagi ek?
haha..
di merapukan oleh...
as ♥ Leenda
pada
12:15 PM
11
tukang komen
Labels:
Asyraf,
Pureen Warehouse Sale
pureen warehouse sale 2012
assalamualaikum..
nak update pasal pureen warehouse sale kelmarin..
bangun subuh pukul 6 lebih..ye..hari hujan..
dah luntur semangat nak pergi sebenarnya..
sebab ingat nak pergi naik motor je untuk elakkan jem kat sana..
last2 asben cakap, kite pergi naik kereta lah..
tapi kena bertolak awal sikit sebab nak breakfast dulu..
yeayyy..zasssss siapkan beg asyraf..asyraf tinggal jap kat umah pengasuh..
dah breakfast, bertolak dalam pukul 8 lebih kot..sampai sana memang tak ramai orang lagi..
tapi jauh jugak lah park kereta..huhu..
hujan renyai2 masa kitorang sampai tu..
so, berhimpit2 lah bawah khemah biru yg pureen sediakan kt luar tu..
pukul 9.30 pagi diorang dah bukak pagar..
zasssss terus tuju kat tempat baju baju kat bahagian belakang..
sempat lah aku tengok baju dok berlipat cantik sebelum kena serbu..huhu..
masa ni belum ramai orang lagi..asben cakap maybe sebab hari hujan..
aku siap boleh belek2 dulu baju sebelum masuk dalam beg biru Pureen tu..
kali ni datang ade 2 misi..nak beli baju Asyraf dengan baju untuk anak kawan..
tapi anak dia gegirl..blur jugak lah nak beli baju gegirl nih..hehe..
pilih punye pilih, asben cakap ok dah..jom bayar..
sebab rase macam dah nak over budget ni..
kena tetapkan budget kalau datang sini..
kalau tak, rasa macam nak ambik semua baju2 tu..sebab murah kan..
sempat lagi ambik bottler cleanser pek refill tu..ambik 2 je..
sekali pergi kaunter depan takde orang yang nak bayar lagi..haha..
masa ni baru pukul 10.20 pagi..cepat kan..hehe..
diorang tengah rancak lagi shopping, kitorang dah nak balik dah..bye korang..haha..
keluar dari gudang pureen tu, kitorang jalan jalan kat luar tu..kan ade banyak gerai gerai tu kan..
tigger
spongebob
smurf
pastu beli bantal kekabu size sederhana besor untuk asyraf..
bantal yang dok guna sekarang dah kecik dah..
kan dah kata..time ni lah vitagen pun nak buat sale kan..tapi ni dari lori vitagen lah..
nampak tak harga2 tu..murah kan..aku beli vitagen je..
jual beli antara asben dengan amoi vitagen tu..
kami beli yer amoi vitagen..haha..
apa barang2 yang berjaya aku rembat?
jap lagi ekk..hehe..
peace...:)
Friday, November 23, 2012
mini fridge magnet for asyraf
assalamualaikum..
setelah sekian lama aku menunggu mende alah ni, akhirnya siap jugak..Alhamdulillah..
sekian lama tu maknenya memang lama ok..
yang boleh jadi lama sangat sebab akak tu ter miss pandang order aku..
yang aku pulak, bile dah bank in pastu sms akak tu dah buat payment, aku pun takde lah nak tanya tanya dah siap ke belum..malas la nak push push orang kan..
nanti orang ingat aku ni fussy buyer pulak..
tapi bile asben dok tanya mana FM yang aku dok tempah tu..
tak siap siap lagi ke..aduhaiii..
lemah betul bab nak sms akak tu tanya dah siap ke belum..
rupenya akak tu ter miss pandang order aku..huhu..
takpelah..aku sebenarnya tak kisah sangat pun..
asalkan akak tu tak cakap, eh, takde pun order awak dalam list akak ni..
haaaa..yang tu boleh bikin panas..hahhaha..
bende alah ni lah yang aku tunggu kemain lama lagi tu nak siap..hehe..
baru sampai pagi tadi..tak sempat nak tepek kat peti ais lagi..
ni yang buat bertambah tak sabar nak balik umah ni..hehe..
aku order kat sini..FB Airis Wall Deco..
masa tu sekeping rm6.50 kot..
sekarang ni akak tu tengah buat sale..8 keping rm30..
ok lah tu kan..
rase macam nak place order lagi je..
tapi takut kena sound dengan asben pulak..haha..
Wednesday, November 21, 2012
macam macam ada..
tajuk entry macam mintak penampor..
assalamualaikum..
fuhhh..seminggu blog tak berupdate..
macam ni lah nasib blog hidup segan mati tak mau..
nak delete blog rasa macam sayang..
tapi tulah..apelah gunanya ade blog tapi tak berupdate kan..
tapi seriously, memang takde apa nak update pun..
balik balik citer anak bujang..hehe..
tapi sebab ade sorang kawan nunnnn jauh di sana hari hari tanya mana entry baru, ku gagahkan jua..
ku tulis sambil menahan sakit senggugut ni tau..
nah..tatap dan baca lah entry haprak ku ini..haha..
oooo jap jap..
sebenarnya aku tengah tunggu good news from kakak ipar aku..
harap harap betullah kak lang pregnant..
kak lang dah buat pregnancy test..double line walaupun samar samar katenya..
mengikut pengalaman..hahaha..kalau dah keluar double line walaupun samar samar tu rasenya memang sah pregnant kan..in shaa Allah..amin amin..
aku sampai mimpi mimpi pikirkan kak lang pregnant..
serious excited lebih ni..
Asyraf nak dapat adik..eh...adik sedara..hahahha..
sabtu ni ade Pureen Warehouse sale kan?
ade sape2 dah pasang angan angan nak pergi ke..
aku dah pasang angan angan dari bulan lepas lagi..
over kan..sekarang ni tengah tunggu green lite asben je..
kalau dia kate ON, moh ler kite ramai ramai pergi sesakkan warehouse sale tu..hehe..
harap sangat jangan lah hujan pagi sabtu tu..
aku ingat nak merempit je..taknak lah naik kereta..
jemmmm oiiiii..dengan ramai orang nya lagi..
time tu lah orang Vitagen pun nak buat sales jugak..
time tulah orang jual payung pun buat sales..adoyaiiii..
naik motor senang sikit..bukan nak borong diapers..nak carik baju basahan anak bujang je..
berdoa asben kate JOM...hehe..
aisehhhh..baru seminggu tak update dah tak tau nak buat perenggan penutup macam mane..
tengok gambor jelah ekk..
boleh jugak kan..
mummy obses anak macam ni lah..
mana boleh tak letak gambor anak..haha..
asyraf tengah tengok panorama on the way balik dari umah pengasuh..
tak perasan lagi mummy nak ambik gambor..
ecehhh dia dah nampak lah..
jangan nak sengih sangat asyraf..
baca Bismillah..mummy nak start enjin kereta ni..
jom balik umah..yeayyy..boleh golek golekkk..eh..
ok bai.
Wednesday, November 14, 2012
jalan jalan titiwangsa..
akhirnya dapat jugak kitorang pergi Titiwangsa..haha..
selepas percubaan nak pergi sabtu ahad hari tu gagal sebab hujan di petang hari..
makanya, kitorang tukar strategi pergi pagi..hehe..
macam zaman sebelum ada anak dulu lah..
selalu jugak pergi titiwangsa ni..teman asben joging..
teman lah sangat kan..dia joging ntah hilang ke mana..
aku terkedek kedek berjalan, pastu ikut short cut..hehe..
so, semalam kan cuti..
lepas subuh, aku dah siap siap kan barang Asyraf..
yelah dah ada anak macam ni lah..
bukan boleh pergi macam tu je..
nak kena prepare susu, diapers just in case kan..
pukul 7 lebih dah keluar umah..
kalau pergi lewat nanti matahari dah naik..
mummy asyraf takut hitam panas..hehe..
abah excited jalan laju laju..
jenuh aku menolak stroller laju laju jugak..
tengok, walaupun masa ni belum pukul 8 pagi lagi, tapi matahari dah terik dah ni..
asyraf tak boleh bukak mata luas luas dah tu..
mummy pun nak enterprame jugak..
ketahuilah oleh kamu semua bahawasanya asyraf dan mummy asyraf tak mandi pergi titiwangsa..
ape barang hari cuti mandi awal kan..ayat orang takut mandi pagi..hehe..
mummy nak enterprame lagi..
asyraf suka naik kuda toink toink ni..hehe..
aku ingat nak naik jugak..tapi dah lebih muatan pulak..hehe..
asyraf naik jongkang jongkit..kemain susah nak suruh dia pandang camera..
mata sibuk tengok budak budak lain tengah main..
kelakor pulak tengok muka asyraf ni..
sebenarnya dia ala ala gayat tu..
tu tengah kontrol macho..
ni video masa main buai pampers ni..
haha..aku tak tau ape nama buai ni...
so, aku sendiri bagi nama dia buai pampers..hehe..
aku ingat nak masuk, tapi tak lepas pulak..haha..
tak sedor diri betul..
sebenarnya banyak lagi gambar masa kat sana..
tapi takkan lah aku nak taruk semua kt sini kan..
pada pada lah..
tapi, best lah sekali sekala bawak asyraf keluar kena matahari macam ni..
dia pun happy je..tercapai matlamat kitorang..dah la free..hehe..
pastu, kat playground tu dah makin banyak mainan dah..
gelongsor tu pun ade banyak..
dulu ade, tapi tak lah sebanyak ni..bagus lah tu..
memang ramai betul orang masa kitorang dah on the way nak balik tu..
cina melayu omputeh pun ramai..india takde..diorg seme raya semalam..hehe..
semua ambik peluang hari cuti untuk beriadah dengan family kan..
lain kali kalau ade masa, boleh lah datang lagi..
dekat je pun..rajin dengan malas je..hehe..