Pages - Menu

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Blogroll

Thursday, October 6, 2016

Home » , , , , » Farm In The City, Seri Kembangan

Farm In The City, Seri Kembangan

AWAS: Entry Banyak Gambar :)

Assalamualaikum dan haii..
Baru ada masa nak buat entry pergi Farm in The City 2 minggu lepas kot..
pergi hari Sabtu, 24 September 2016..
kononnya nak bergerak awal pagi..tapi biasalah kan..
malas nak cerita..pukul 10 lebih baru keluar rumah..
lepas tu, singgah sarapan dulu..
kenyang perut baru senang hati..ye dak?

kitorang sampai sana pukul 12 lebih kot..
sekali pusing je dah ada parking, sebab pelawat sessi pagi dah nak balik..
budak2 tadika yang datang sessi pagi pun dah nak balik..
so, tips pergi Farm in The City ialah, kalau nak datang awal pagi, make sure betul2 awal pagi yer..
kalau tak, sila datang tengahari..
sebab parking limited tau..tak banyak sangat..

Yeayyy..akhirnya dapat jugak snap gambar papan tanda keramat ni..

mana gambar mami? 
mami scared ke? no lah..mami photographer..mami not scared lah..hihi..
tak berkilat pun kura kura ni..dalam Lara Oh Lara kemain berkilat kau yer..
yang besar tu umur 33 tahun tau..dah sebaya dengan asben..hahah

Asyraf tu suka sangat la dengan kura kura..
nanti kalau ko pergi sini, memang akan jumpa kura kura di mana mana sahaja..
tepi pokok, tepi tangga, tepi kolam..ehh banyak la kura kura..
cuma tak glamer macam yang besar ni lah..kesiannn



Antara haiwan2 yang ada dekat Farm in The City.
gambar pun berterabur..tak ikut susunan dah..takpelah yer..
tu pun ada gambar haiwan yang takde ni..

tengok la asyraf tu..mami pun takut nak pegang anak ayam tu gitu je..walaupun mami ni orang kampung, tapi idok ler nak pegang anak ayam weiii...hishhh
setakat pegang ular tu, memang dia no hal..rilek je muka macam takde apa2 berlaku..
mami macam biasa..photographer of the day..hihi

yang putih macam kambing tu bukan kambing yer..jangan salah..
tu Llama/Alpaca..tapi ada iras kambing kan..cousin kambing la agaknya ni..





haa ni kambing..kot la ada yang tak kenal kambing kan..hihi
dah la jinak jinak semuanya..lapar memanjang pulak tu..
asyraf keja bagi makan kambing tu..
ulang alik mintak sayur kangkung dekat brader yang jaga tu..
berbulu je brader tu tengok asyraf..hahahha
dia kata, balik2 muka budak ni dok mintak kangkung..

bergambar dulu seround..mujur bawak adik..boleh la jadik potographer..hihi

menyengih je kejenya..suka sangat la mami tak marah dia pegang haiwan2 ni..
kalau kat kampung masa adik ada beli arnab dulu, jangan harap la dapat pegang macam ni..
memang kena jerit la kan..hahha mami nye punnn..motif sangatttt

mami acah2 berani je tuhh..tu yang bahagian tangan tu jadik parkinson..hahaha

ni part yang paling best sekali..kemain gigih semuanya try tangguk ikan dalam longkang ni..
ingat senang? dah la penangguk kecik..geram je aku tengok ikan tu berenang laju kemainn..
Dahlia siap cakap, mami, ikan terbang laju sangat..kihkih..


fish feeding timeeee..suka la budak budak ni tengok ikan kemain banyak hoiiii..semua gemok2 pulak tu..
makannn je kejenya kan..


kebetulan masa kitorang sampai tu, ada parrot show..penuh dengan budak2 sekolah sekeliling parrot2 tu..

terpaksalah abah dukung macam ni..
mujur abah gagah perkasa..itu pun, dahlia merengek nak jugak duduk atas bahu abah macam tu..hihi

sebenarnya, asyraf tu berhajat nak letak burung tu atas bahu dia..sibuk dia zikir nak letak bird atas bahu..
mana lah boleh..nasib baik tak buat perangai lepas mami cakap tak boleh tu..

dalam Lara Oh Lara, kereta Volkwagen ni warna putih kalau tak silap..
tapi masa kitorang pergi, dah bertukar rupa dan yang penting..makin cantik lah kan..
warna pink siap ada lukisan bunga2 lagi kat situ..boleh jadik prop bergambar 

cubaan bergambar dengan anak dara nan seketul..

Lepas tengok parrot show tu, kitorang pergi makan jap..
ada cafe kat tepi kandang kuda kecik tu..
cafe air cond..best la sebab masing2 dah kepanasan kan..dapat pulak minum ice lemon tea, perghhh..
sejuk nyaman tekak..order fish n chips, kongsi makan ramai2..
nasi goreng kampung tak makan pun..sebab dah kenyang..so, tapau je makan kat rumah..

lepas kenyang perut, bawak budak2 ni pony ride pulak..
satu round, rm7 which is mahal la kan...
sebab selalu naik kat Titiwangsa rm1 je..hihi
tapi takpelah..kasi chance laaa..


nampak tak beza tu..sorang happy kemain..dah ala2 YB dah tu
yang sorang tu, dari awal sampai habis pony ride pun nangis..adoi laaa..

jadiklah..buat kenang kenangan..
overall kalau orang tanya, nak pergi lagi tak Farm in The City?
of course nakkkk..kalau boleh nak pergi tiap2 bulan..sebab apa? sebab besttt..
anak2 suka sangat dengan haiwan2 ni..

Alamat
FARM IN THE CITY
Jalan Prima Tropika Barat 1, 43300 Seri Kembangan, Selangor
hari tu kitorang just Waze je Farm In The City..depan2 pagar sampai..hihi

Harga Tiket (Mykad)
Dewasa - RM32
Kanak Kanak - RM27
Bawah 90cm FREE

Tuuudiiii..jenuh nak siapkan entry ni..punya lama tulis tak siap2..akhirnyaaa baru dapat publish..
sorry la entry penuh dengan gambar..hihi
oklah..jumpa lagi lain kali..
bye..

10 comments:

  1. Aku punya entry g farm in the cuty terperap lg..x tau tahun bila nak muncul..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..cepat la keluarkan entry tu..kesian lama sgt terperap tu..

      Delete
  2. Bestnya..jauh la nak pi..kena tunggu cuti sekolah yang panjang..hujung tahun mungkin boleh la kesana kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa cuti sekolah mmg waktu terbaik..mesti bdk2 suka

      Delete
  3. Ala takde ke yg entrance fee 5hengget je sekepala. Hahahaha... mahal2. Mami nampak mcm hijabista la pakai shawl :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh haii..lama tak BW blog nurul..jap lagi zasss..shawl tu namanya, bila keronsang ko hilang satu, tggl satu je..jd la gitu pesennya..hahahha

      Delete
  4. waaa, da mcm zoo pulak tapi ni lebih dekat binatang2nya. boleh pegang2 dan belai2.
    fmly potret tu dah nmpk mcm kakak abg bawa adik2 berjalan. muda btl.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh..jgn la macam tu..dah kertu dah ni..hikhik

      Delete
  5. Mesti seronok bebudak kalau gie sini kan ... Tapi tiket nyer boleh tahan jugak ...

    ReplyDelete
  6. aktiviti dengan anak- anak macam ni memang menyeronokkan...

    ReplyDelete

terima kasih sbb sudi komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute