Pages - Menu

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Blogroll

Friday, September 30, 2016

GIVEAWAY MANGKUK TINGKAT BY EL DARWENA

Assalamualaikum..

Yeahhhh lama gila dah rasanya aku tak join giveaway ni..
dah lama dah pencen..
ini kalilah aku join sebab hadiah dia mangkut tingkat!
hoiii aku sukaaa..hahaha

Saje jelah cuba nasib kan..mane lah tau ade rezeki menang boleh tambah buat koleksi..
ceyyy padahal baru ada satu je kat rumah tu..hukhuk


jom2 semua cuba nasib..
kalau korang nak join, klik je banner tu yer..

oklah..bye..jumpe lagi..


Thursday, September 29, 2016

REVIEW: Silicone Car Key & Alarm Cover by Casing_Street

Assalamualaikum dan haii..

Hari tu, masa tengah skroll FB, ada la lalu iklan dari FB Suhaida Supalio ni..
atau semua kenal dia dengan Umie Sue je..
Umie Sue ni kan buat design..macam2 design la dia buat..semua cantik2..
murah pulak tu..korang cube terjah FB ni..
confirm cair tengok design yang Sue buat..

tiba2 muncul design ni..

Design by Umiesue Studio

design cantik..lepas tu aku berkenan dengan iklan tu..hahah..
aku memang suka benda2 comel ni..
terus je wassap owner IG Casing_Street tuh..

senang sangat deal melalui wassap je..
bagitau berkenan yang mana, ko pakai kereta apa, pastu bayar..
ko tunggu paling lambat 2 hari la, dah sampai depan mata..

dah sampai apalagi..pasangkan jelah dekat kunci kereta ko tu..
macam aku ni haa..

cantik ke cantik tu..
heee..saja je suka2..
yee..kereta Proton Saga Plus je..Alhamdulillah ada jugak kenderaan yang boleh bawak pergi kerja, bawak family jalan2 kann..
aku tanya ada tak untuk kereta kenari? sedihh sebab kenari takde..hihi

ok, kalau ada yang kata, alah kat uptown banyak mende ni..ye memang banyak..
kalau ada masa, pergi lah beli..takda sapa yang larang kan..
ini untuk orang2 yang susah nak pergi uptown macam aku ni walaupun Uptown Danau Kota tu sejengkal je dari rumah..
hari tu pergi pun sebab asben nak urut kaki..tak sempat nak cuci mata pun lagi2 kalau pergi dengan 2 budak panjang akal tu..memang tak boleh leka kalau pergi tempat2 crowded..

Design by Umiesue Studio

yang takda masa nak keluar beli tapi suka benda2 comel cute macam aku, boleh la beli dengan Casing_Street ni..
dijamin puas hati sebab nanti kunci kereta korang yang mahal2 tu nampak sangat comel..hihi

oklah, jumpa lagi next entry..
bye

Wednesday, September 28, 2016

Hotel Bajet yang best - Hotel Taiping Perdana, Perak

Assalamualaikum dan haii

Dah bace entry semalam..kalau nak bace, klik SINI ekk..
kisahnya, hasil Waze dan Google walaupun tak banyak membantu sangat pun sebenarnya..
of course kitorang cari hotel bajet yang mampu poket..hihi
sebab tak banyak sangat review pasal Hotel Taiping Perdana  ni..

kitorang pun main gamble je..
sampai dalam pukul 4 lebih, singgah hotel pastu tanya reception ada bilik kosong tak?
Alhamdulillah ada satu je lagi sebab masa kitorang datang tu, ada company apa entah tengah buat team building kat sini..
so, dapat la Bilik Superior..harga 1 malam RM205 included breakfast untuk 2 orang masa tu..
tapi kena bayar deposit RM50..
boleh la kan..sebab dah malas nak cari lagi dah..
lagi pun dekat dengan Hospital Taiping tu..boleh nampak dari view bilik..

sumber: Google

reception counter..simple je..


sementara tunggu abah check in..moh kita ambik gambar dulu..

dalam bilik..bilik agak luas..ada balcony..lupe pulak nak snap..
bagi aku, dengan harga yang mampu poket tu, okey sangat dah hotel ni..
aircond tv semua berfungsi dengan baik..
iron pun ada siap sekali dengan board..
sejadah pun ada..senang kan
staff2 pun baik friendly sangat..

pool pun ada..dekat tingkat 2..
tapi sebab kitorang kejar masa, makanya takde la aktiviti mandi manda ye anak2..
diorg pun tak nampak pool tu, sebab bilik kitorang dekat level 5..
cuma dengar je bunyi bising budak2 tengah mandi..hihi
nak pergi melawat pakcik dekat hospital tu lagi..waktu melawat sampai pukul 7 je..
tu yang kelam kabut sangat tuh..

lepas siap anak2, terus shot pergi hospital..
lepas isyak kitorang singgah Zoo Taiping and Night Safari tu..
pukul 10 setengah baru keluar..
semua dah penat keletihan..
balik just basuh kaki je kat anak2..
terus tidor tak ingat dunia..

esoknya, pepagi lepas subuh kejut budak berdua ni bangun..
nak breakfast pastu check out..



budak2 punya breakfast senang je..
habis semangkuk sorang, dah kenyang..
nampak tak ular getah yang Asyraf pegang tu? 
baru beli masa dekat Zoo Taiping semalam..
sabor jelah..


mami pulak yang meremang bulu roma tengok ular melingkar gitu..
walaupun dah tau itu cuma ular getah je..haishhh

kemain lagi dahlia pun..padahal belum mandi lagi tuh..hahha

lepas breakfast laju2 siapkan anak2 mandi sebab dah nak checkout..
kena gerak awal sebab asben banyak lagi urusan yang kena settlekan sebelum dia nak ke Singapore Ahad esoknya tuh..huhu











































sama sibuk nak tolak troli..
Ya Allah tengok la apa ada atas troli tu..beg nya satu je..
tapi bantal busuk masing2 punya banyak..hadoiii..



















































mintak tolong adik bell boy tu tolong snapkan gambar..
ada budak tengah merajuk tu..mami pun lupa dah sebab apa merajuk..
opsss, maafkan mami kalau nampak gemokk tu..tu semua effect camera murah..hahahahhahah

oklah..sekian entry hari ni..
jumpa lagi..
bye


Tuesday, September 27, 2016

Hargai sebelum terlambat

Assalamualaikum dan haii

Masa cuti Hari Malaysia tu kan, cuti 3 hari kan..
patutnya kitorang takde pegi mana2 pun..sebab asben kerja hari ahad tu..
kena pegi Singapore bawak bos dia ke sana tengok F1..
so, takdelah plan ke mana2 pun..even balik kampung pun tak..

tapi hari Jumaat tu, pagi dalam pukul 9 lebih kot, abah wassap..
bagitau pakcik Jaien sekarang ICU kat Hospital Taiping sana..
aku macam, perghh jauh jugak tu Taiping..
dengan tengah bulan pulak tu

Pakcik Jaien ni, pakcik se ibu susuan..
eh, macam mana nak cakap ekk..nenek aku punya anak susuan lah..
haa gitu..tapi aku sebenarnya terhutang budi lah dengan dia dulu..
dia la orang yang bertanggungjawab masa aku mula2 datang KL ni..
keje dengan dia..sebab dia Area Manager 7-11 area Gombak kot..eh, yeker..lupe pulak aku..
so, dia suruh aku kerja dengan salah satu store bawah jagaan dia la..
so, ke mana2 pun aku pegi dengan dia la..dulu2 rapat la..

pastu 2, 3 tahun dah tak jumpa..
Hari Raya pun tak usaha pergi rumah dia..padahal kat Rawang tu je pun..
sebab tu masa abah bagitau dia skrg ICU, aku jadi sedih sangat..
sebab masa tengah sihat tak pernah usaha nak jumpa..hukhuk..

nasib baikla asben willing jugak nak bawak pergi sampai Taiping sana..
so, aku terus siap2 beg baju..siap2 Waze dari rumah..3 jam perjalanan..phewww
bawak baju lebih jugak in case perlu check in kat mana2.

dan seperti yang dijangka, highway ke utara tengah jem giler masa ni..sebab cuti 3 hari kan..
haruslah jem..yang bestnya, lupa pulak nak beli makanan apa2 masa kat Petronas tu..
kesian kat Asyraf dok merengek lapar ni mami..sobss

selalu kalau nak pergi mana2, mesti ada bekal dari rumah..
nugget ke roti ke..ini apa pun takde..
yelah, kata emergency kan..

akhirnya sampai dekat RnR Tapah tu..
singgah Tuuu...Dia Pak Tam makan kat sana..
nasib baik sedap walaupun makan laju2 sebab ramai orang dah queue nak duduk..
Public Holiday kan..ramai la orang..

pukul 4 baru kitorang sampai Taiping..bayangkan bertolak pukul 10 lebih sampai pukul 4..
letihhh badan..tu yang decide kena check in la kat mana2 ni..
Waze je hotel paling dekat dengan Hospital Taiping tu..
sambil2 Google hotel with reasonable price..penting nih..tengah bulann..hihi
dah check in semua, mandikan anak2, solat apa semua  baru pegi Hospital tengok pakcik..
dapat la jumpe dengan Opah, makcik2, sepupu sepapat semua..
diorang pun terkejut yang aku boleh ada sekali kat situ..
wakil mak dengan abah..huhu

dapat tengok pakcik dari luar je..bergilir2 tengok..asben tak ikut..jaga anak dalam kereta..
Dahlia tido masa ni..
sedih sangat masa tengok pakcik dengan koma..wayar berselirat atas badan..hukhuk..
Esok paginya, dalam pukul 8 lebih, dapat wassap bagitau pakcik Jaien dah takde..
dah pergi meninggalkan semua..

Innalillahiwainnailaihirajiunn..
Berehat la..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
Aminn

Alhamdulillah dapat jugak tengok buat kali terakhir..
walaupun masa tu dah tak boleh nak bercakap
tak boleh nak bergelak ketawa macam dulu..
tapi sekurang2 nya, dapat jugak tengok depan mata walaupun sedang terlantar sakit..

Pengajaran pada aku..selalu2 lah jumpa dengan saudara mara, kawan2 
kalau ada masa, pergi lah jumpa..
lagi2 kalau time raya kan, usaha la pergi jumpe diorang..
jangan bila orang dah tak ada, baru nak menyesal..
masa tu, dah terlambat..menyesal pun tak guna..

oklah, tu je update hari ni..
jumpe lagi..bye..

Monday, September 26, 2016

Teh Tarik Place, Setapak Central

Assalamualaikum dah haii

Hari tu ntah bila tak ingat dah, kebetulan asben balik kerja awal..
takde la awal mana..pukul 9 pm kot..
pastu dia kate lapar..so, suruh aku siap²..
ala, aku siap² pun pakai seluar track, amik tshirt, pakai tudung dahhhh..

masuk kereta tanya nak pergi mana?
takde jawapan spesifik..so, pusing² area Danau Kota tu masuk kawasan Platinum Walk tapi parking nan hadoo..
kereta penuhh..
so, pusing² lagi sekali kebetulan ada parking kosong depan restoran mamak ape nama ntah..
tapi yang pasti, dekat dengan Setapak Sentral tu lah..
Asben kata, jom lah masuk Teh Tarik Place..kite cube..huhu















sekali sekali boleh la makan kedai macam ni..
kalau selalu sangat kang, makin botak abang botak mami nanti..kihkih


sementara tunggu makanan sampai, abang waiter baik sangat melayan budak berdua ni..dapat la sumi sorang satu..
pastu request tengok cerita kartun pulak kat tv..
nasib baik diorang memang ada DVD cerita kartun..ntah cerita ape ntah..
tapi, asalkan kartun, ok dah boleh la diam 5 minit budak² ni..

Asyraf pulak memang kalau pegi kedai makan macam ni, kalau tak bawak buku pensel sendiri, memang dia akan mintak kertas dan pensel..
sebab memang jenis Asyraf ni dia suka menulis melukis tak kira tempat..huhu

boleh lah kan..daripada duduk saje² mengusik adik tu kan..sempat lukis zebra sekor..hihi
nanti, dalam entry lain, mami tunjuk lukisan² yang pernah Asyraf lukis ekk..
Asyraf ni dia suka berimaginasi..
dia ni macam permerhati yang hebat..hihi

order simple je..sebab dah lewat kan..
maggi  goreng telur mata, roti bakar


mango cheesecake dengan mee rebus..
makan kongsi 4 beranak..kenyang Alhamdulillah..

mango cheesecake..budak2 berdua tu dok kutip gula2 berjalur tu..haishhh
oklah, sedap jugak la mango cheesecake ni..
1st time makan..huhu
sejuk2 nyamannn je lalu kat anak tekak..
tempat pun best..rilek je..asalnya, Teh Tarik Place ni sunyi je..
ada couple2 je tengah bercinta kot..
tapi suara budak2 ni, habis jadi kalut..
tambah dengan suara mami dah macam tarzan tapi still cover lagi la..
dia jadi tersekat tak keluar habis..hahahha

oklah..ni je untuk hari ni..
jumpa lagi lain kali..
byee

Friday, September 23, 2016

GBSB Gathering - Teratak Tokwan, Batu 16, Rawang

Assalamualaikum dan haii

ni cerita masa cuti Merdeka hari tu..
Gojes Blogger Supermom and Baby (GBSB) ada buat gathering kecik²..
lepas dah discuss location sampai pening nak pilih buat kat mana, akhirnya semua sepakat buat dekat Teratak Tokwan, Batu 16, Rawang
1st time sampai sini walaupun agak dekat la dari Gombak tu..
Bayaran masuk cuma RM2/head
murah amat..kiranya berbaloi la

wefie dulu seketul..heheh
mami leenda, my, ciknaa, mimie

kalau korang nak datang sini nak piknik bagai, kena datang awal cop pondok..
kitorang hari tu, nasib baik ada My..dia dari Serendah dan boleh datang awal untuk cop pondok..
tenkiu my, jasamu dikenang..heheh
macam biasalah, kalau ada gathering macam ni, kita selalu buat konsep Potluck..
so, semua orang ada bahagian masing..tapi last² nya, main menu kite adalah nasik lemak..

haa simple je..tapi Alhamdulillah semua kenyang sampai berlebihan..
siap tapau menapau lah..

huwaaaaa..terliur lagi bile tengok gambar ni..
lagi² part sambal tu..sambal udang dengan sambal bilis tu terbaikkk..sedap gileerrr weiii
adudududu..terasa rase lagi kat anak tekak ni..
Asben banyak kali menambah makan..kemain sangat tuhhh

antara dessert yang ada hari tu..wallahhh
ada brownies, serawa durian..
kek coklat karamel tu aku yang bawak..hihi..
1st time buat, nasib baik jadi..Alhamdulillah dapat feedback yang baik..
boleh meniaga katenya..kahkah
Lepas dah makan seround, bermula acara mandi manda..
Teratak Tokwan ni, tak lah besar sangat..just nice je omputih kata..
ada kolam yang dalam, kolam cetek, kolam cetek giler pun ada..hehhe
pilih la korang nak berendam dalam kolam yang mana..

nampak tak siapa yang paling tak sabar nak mandi kat situ..mami panggil panggil, dia buat dekkk je..amboii sangat nihh..

ini budak memang tak takut air..ada hati nak suruh lepas tangan nak mandi sorang konon dalam tu..
cita2 tinggi melangit..haishhh

























Lain pulak dengan si Asyraf ni..baju pun tak basah..ape tak nya..kolam untuk baby yang dipilihnya..
air kat buku lali je..memang contra sangat dengan adik..hurmm

tak lama pun acara mandi2 ni..lepas mandi, sambung makan lagi sampai tak larat nak makan dah..
tengok langit pun dah nak gelap walaupun masa tu baru pukul 1 tengahari kot..
so, mandikan anak2 kat toilet siap2 semua..
buat susu sorang satu, habis susu terus tido..padahal kereta belum bergerak balik lagi pun..
penat bebenor gayanya..

Sebelum balik, harus bergambar dulu lah yer..
tapi sebab hujan pun dah turun rintik2, takdelah gambar yang proper..
























ni jelah yang ada time tu

blogger yang sudi join gathering Teratak Tokwan, Batu 16 Rawang

1. asleenda
2. ciknaa
3. Aznor
4. My
5. Anis
6. Mimie
7. Yt
8. Pijah

semoga bertemu lagi ye korang..dengan bertambah bilangan yang sudi join gathering GBSB nanti yer..
InsyaAllah
oklah..semoga jumpa lagi dilain entry..
kena rajin update ni..barulah berbaloi tukar dotcom..huhu


Wednesday, September 21, 2016

Beli domain asleenda.com dengan NetKL

Assalamualaikum dan haiii..

Setelah 7 tahun 4 bulan 3 minggu berblogging akhirnya blog aku ni ada domain sendiri..
lama dah teringin nak ada domain tu, tapi bila pikir update blog pun culas..
ikut suka hati..kadang rajin update..kadang krikk krikkkk jugak kann..huhu








aku pilih untuk kekalkan nama asleenda tu jugak sbb takut orang tak kenal..
ehh masalahnya, ada ke orang kenal aku ni..huahuhau
so dari asleenda.blogspot.com ke asleenda.com
amacam? ok ke idokkk?

aku beli domain ni dengan NetKL lepas dapat review yang baik dari kawan kawan blogger yang lain terutamanya Ciknaa ..dialah yang hasut suruh beli domain ni..kehkeh
ok, berbalik kepada NetKL tadi kan..memang sangat sangat recommended..servis cepat giler..
tak sampai sejam blog dah ber dot.com! wahhhh excited..hehe

aku beli pakej domain (RM45) + kos setup sebab tak reti nak setup sendiri (RM10)
so total RM55 sahaja untuk setahun
aku pilih beli domain je tapi masih berhosting dengan blogspot (blogger.com) je dulu..
so, blog ni still boleh dicapai dengan url asleenda.blogspot.com

semoga bila dah berdomain ni, harapnya rajin la aku update nanti yer..huhu
kalau sudi, masukkan url asleenda.com dalam bloglist korang yer..
mekasihhh

oklah..tu je utk hari ni..
jumpe lagi..bye


Wednesday, September 14, 2016

Cara transfer duit dari Maybank2u ke ASB secara Online

Assalamualaikum dan haii..

kemainn update blog terus letak tajuk cara transfer duit..hihi
Siapa kat sini ada akaun ASB tapi dah lama tak berupdate sebab susah nak pergi pejabat pos?
leceh la haiii nak pergi pejabat pos tu semata mata nak simpan duit RM50 sebulan..
lain la kalau simpan ratus ribu riban sebulan..oklah kan..

ni aku cerita pasal aku ni tau..bukan pasal orang lain..hahha
buku ASB last update tahun 2013..dengan amount yang tinggal dalam buku ada seratus lebih..
kesiannn..
tapi kalau hitung² termasuk dividen maunya dah dekat 2.6b kot dalam tu..hahah
harapannn
susah sangat nak pergi pejabat pos semata mata nak masukkan RM50 sebulan..
duit tu kalau tak simpan, habis jugak ntah ke mana mana perginya..
eloklah disimpan..sikit pun takpe..tengah sesak² nanti boleh korek balik.. #ehhh

ok, meh nak tunjuk cara transfer duit dari maybank2u ke ASB secara online..
tapi dengan syarat ko ada akaun dengan maybank dulu lah..bank lain aku tak tau boleh ke tak..huuu

Step 1: Log In M2U korang





















Step 2: Pilih Investment


Step 3: Pilih ASNB Unit Trust

Step 4: Tekan button Add

Step 4: Pilih Product Name

Klik Continue..nanti kat bawah dia ada kena klik Term and Conditions tu..

Langkah 5: Isi tempat kosong

Membership No: No akaun
Member's ID Type: IC
Member's OD No: Nombor IC
Member's Nama: Nama 

Langkah 6: Klik Continue















nanti akan keluar paparan macam ni lah..macam biasa kena la request TAC dulu


Check betul ke tidak

Langkah ke berapa dah? haha

Korang check balik kat Investment..nanti status akan tulis PENDING..
dalam 2 - 3 hari baru tukar jadi ACTIVE



Nampak tak tu..aku pun tak ingat berapa hari baru bertukar jadi ACTIVE..
huhu

Bile status dah Active barulah kite boleh transfer duit ke ASB..

Cara nak transfer?
Nampak tak yang aku bulat merah tu..klik situ, lepas tu macam biasa la..korang mesti tau nanti..
sama je macam transfer biase je..
kot² korang confuse nanti, masa transfer nanti, dah takde mintak TAC dah tau..
saja bagitau kot kang ada yang tertunggu² TAC..hihi

Haa lepas ni takde dah alasan payah nak pergi pejabat pos semata nak simpan duit RM50 sebulan..
kita transfer online saje..ye ye..baiklahhh..

Ops..ni untuk masukkan duit je tau..nak keluar duit kalu, silakan beratur jangan lupa ambik nombor..



Monday, September 12, 2016

Selamat Hari Raya Korban semua..

Assalamualaikum dan haii..











ceyyy tetiba hapdet belog hari raya ni kann..
raya kat mana korang semua..
aku raya kat Gombak ni je..
ada kt umah ni haa..
Asben pegi melapah lembu kt masjid gombak sana..

petang nanti baru pegi umah mak mertua..
oklah..salam aidiladha untuk semua..
bye


Friday, September 9, 2016

Bila lesen memandu dah expired

Assalamualaikum dan hai..
sejukkan hari ni..pagi tadi hujan
hari ni tak busy sangat..so meh kita update..hoho

semalam masa tengah sibuk photostat IC la Mykid la sebab Asyraf kan nak sekolah tiba tiba teringat nak cek lesen memandu..
nahh ambikkk ko..rupenya dah expired dari bulan 5 hari tu..hukhuk
serious memang tak teringat langsung nak renew masa birthday hari tu..
sebab tak pernah lagi aku pergi renew sendiri lesen² ape semua ni..
selalunya asben yang buat..
dah dia pun tak ingat, ape lagi aku..
ehh patut aku la yang kena ingat kan? errrrr





















yang expired ni pun asben yang renew kan..masa ni mami kat kampung tengah cuti pantang bersalin kan Dahlia..
mami bagi gambar suruh asben buat yang kad ni..hihi
haishhh alamat pun tak tukar lagi tu..

bila la nak pergi renew ni..dah cuak nak drive lepas tau lesen mati..
masa tak tau, rilek je Gombak - Kajang pegi keje..
Alhamdulillah nasib la tak jadi pa pe..nauzubillah
sekarang I is takutttt..huwaaaaa


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute