Pages - Menu

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Blogroll

Tuesday, October 17, 2017

Home » Scaling/Polishing dan cabut gigi Asyraf di Klinik Pergigian Erfa

Scaling/Polishing dan cabut gigi Asyraf di Klinik Pergigian Erfa

Assalamualaikum dan haii
sebelum lupa, baik mami laju² tulis kisah cabut gigi susu pertama asyraf ni..
masa raya haji hari tu, balik je solat sunat raya tu, asyraf cakap dia sakit gigi..
mami check rupenya gigi bawah dia dah goyang..
lepas tu dia taknak makan la sebab takut terkena gigi yang goyang tu..
sakit agaknya..
mami kata, tunggu hujung bulan baru bawak pergi jumpa dentist..
ataupun kalau dah goyang sangat tu, nanti abah cabut je guna kain..
ceyyy padahal abah pun goyang tu nak cabut gigi anak..hahah

sampai lah hari gaji, gigi tu tak jugak goyang beria..so decide pergi jelah jumpa dentist..
boleh cuci gigi sekali..lasti time masa Asyraf 4 tahun, dah pernah cuci sekali..so, dia dah tau dan tak takut dah..

Asyraf pergi berdua je dengan abah..
sebelum tu mami dah call klinik tanya bukak ke tak..
nasib bukak walaupun halfday..so, laju² siapkan dia

mampu lagi senyum atas kerusi tu..hadoiii..
abah sent gambar² ni dekat whatsapp..mami tengok pun terharu..
gituuu terharu la weii omaknya takde di tempat kejadian..

budak bertuah dan berani..
mula² buat scalling and polishing..
bila dah cuci bersih berkilat tu baru lah cabut gigi goyang tu..







dah siap cabut dah..abah kata tak nangis pun..tapi masa doktor nak tarik gigi tu, ada la bunyi sikit..huhu
mami tanya asyraf sakit tak? dia cakap sakit sikit je mami..
doktor letak gel ke apa benda ntah nak bagi kebas..
mami imagine doktor cucuk gusi..hihi




















bil treatment..so, total RM100..boleh la kan..
nak jimat cabut sendiri je lepas ni..errr

see, beza kan..terus bertambah hensem anak bujang mami..hoho
nampak tak gigi yang sebelum scalling tu, doktor pun pelik kenapa boleh jadik macam tu..
mami assume, masa dia kecik² dulu dekat rumah pengasuh diorang ni share berus gigi..
huhu
                       
Klinik Pergigian Erfa
23-G Jalan Dataran Wangsa 1, 
Dataran Wangsa Melawati, 
Wangsa Melawati, 
53300 Kuala Lumpur.
03-4131 7945

sangat² recommended..mami memang tak tengok klinik lain dah..
memang sini jelah..next time nak bawak Dahlia pulak pergi sini..
walaupun gigi dahlia elok lagi tapi saja nak bagi dia biasa dengan dentist..
mami dah cakap banyak kali tu..setakat ni takde lagi dia cakap taknak pergi..hoho

3 comments:

  1. Salam singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/hectic.html

    ReplyDelete
  2. gigi rayyan pun tgh goyang. nnt nk bawa dia jugak laa gi dentist.
    penakot yahamat budak tu.

    ReplyDelete
  3. comel je sengeh...gigi da cantik

    ReplyDelete

terima kasih sbb sudi komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute