akhirnya dapat jugak kitorang pergi Titiwangsa..haha..
selepas percubaan nak pergi sabtu ahad hari tu gagal sebab hujan di petang hari..
makanya, kitorang tukar strategi pergi pagi..hehe..
macam zaman sebelum ada anak dulu lah..
selalu jugak pergi titiwangsa ni..teman asben joging..
teman lah sangat kan..dia joging ntah hilang ke mana..
aku terkedek kedek berjalan, pastu ikut short cut..hehe..
so, semalam kan cuti..
lepas subuh, aku dah siap siap kan barang Asyraf..
yelah dah ada anak macam ni lah..
bukan boleh pergi macam tu je..
nak kena prepare susu, diapers just in case kan..
pukul 7 lebih dah keluar umah..
kalau pergi lewat nanti matahari dah naik..
mummy asyraf takut hitam panas..hehe..
abah excited jalan laju laju..
jenuh aku menolak stroller laju laju jugak..
tengok, walaupun masa ni belum pukul 8 pagi lagi, tapi matahari dah terik dah ni..
asyraf tak boleh bukak mata luas luas dah tu..
mummy pun nak enterprame jugak..
ketahuilah oleh kamu semua bahawasanya asyraf dan mummy asyraf tak mandi pergi titiwangsa..
ape barang hari cuti mandi awal kan..ayat orang takut mandi pagi..hehe..
mummy nak enterprame lagi..
asyraf suka naik kuda toink toink ni..hehe..
aku ingat nak naik jugak..tapi dah lebih muatan pulak..hehe..
asyraf naik jongkang jongkit..kemain susah nak suruh dia pandang camera..
mata sibuk tengok budak budak lain tengah main..
kelakor pulak tengok muka asyraf ni..
sebenarnya dia ala ala gayat tu..
tu tengah kontrol macho..
ni video masa main buai pampers ni..
haha..aku tak tau ape nama buai ni...
so, aku sendiri bagi nama dia buai pampers..hehe..
aku ingat nak masuk, tapi tak lepas pulak..haha..
tak sedor diri betul..
sebenarnya banyak lagi gambar masa kat sana..
tapi takkan lah aku nak taruk semua kt sini kan..
pada pada lah..
tapi, best lah sekali sekala bawak asyraf keluar kena matahari macam ni..
dia pun happy je..tercapai matlamat kitorang..dah la free..hehe..
pastu, kat playground tu dah makin banyak mainan dah..
gelongsor tu pun ade banyak..
dulu ade, tapi tak lah sebanyak ni..bagus lah tu..
memang ramai betul orang masa kitorang dah on the way nak balik tu..
cina melayu omputeh pun ramai..india takde..diorg seme raya semalam..hehe..
semua ambik peluang hari cuti untuk beriadah dengan family kan..
lain kali kalau ade masa, boleh lah datang lagi..
dekat je pun..rajin dengan malas je..hehe..