Pages - Menu

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Blogroll

Tuesday, September 4, 2012

Home » , » Thermos baru

Thermos baru

assalamualaikum..
dah abih kot entry raya..
mari kita beralih topik pulak yer..

hari ni nak review pasal THERMOS pulak..
sebab apa aku gigih pejam mata je beli thermos ni?
sebab seboleh boleh nya taknak susahkan pengasuh Asyraf..
sebab dia bukan jaga Asyraf sorang..
ade lagi anak anak asuhan yang lain..
yang perlu dijaga..

kalau boleh pengasuh Asyraf tak payah susah susah nak masak bubur utk Asyraf..
biar aku je yang susah sikit takpe..
aku pun  boleh pantau apa yang Asyraf makan kan..

sebelum raya tu, ajak en asben pergi AEON wangsa maju, pergi cari thermos untuk letak bubur Asyraf..
tawakal je beli sebenarnya..
memang kalau boleh nak yang tahan panas lebih dari 6 jam..
dan aku memang nak carik thermos yang ada beg sekali..





ni lah dia THERMOS tu..
tulisan semua ikut china kot..
ape pun tak paham kecuali perkataan THERMOS tu..hehe..
harga rm130..selepas less 20% dapat lah rm104..
kaler hitam..ni je kaler yang ade..
kalau lah ada kaler merah..huhu..

isi selepas dikeluarkan dari kotak..
beg, tali beg n chopstick...apakah???
















thermos n 2 bijik bekas..

performance?
superbbb..aku masukkan bubur yang diblend pukul 8.30 pagi, pukul 4.30 petang, still suam lagi..
yeahhhh..tu yang aku carikkk..hehhe..
Alhamdulillah berbaloi dengan harganya kan..
sebab aku bukan lah loaded sangat suka suka hati beli bende ni kan..
memang niat aku nak bekalkan Asyraf bubur homemade, dan tak nak susahkan pengasuh..
pengasuh tak payah nak panaskan bubur tu..
tuang dalam mangkuk pastu suap Asyraf..senang kan..

p/s: biasenya aku letak air panas dalam thermos tu 10 minit sebelum tuang bubur..

2 comments:

  1. tak apa beli mahal2, guna cermat2, simpan elok2 boleh guna utk akan2 dtg. takdela kerja hendak beli baru ja.

    ReplyDelete
  2. yeke suam lagi kiranya thermos ni tahan panas 8 jan kan itu lah yang saya nak cari..tapi nak 3 bekas punya ,ada x yek

    ReplyDelete

terima kasih sbb sudi komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute