Pages - Menu

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Blogroll

Monday, June 24, 2013

Gojes Blogger Supermom & Baby Gathering @Kidszoona, Aeon AU2

Assalamualaikum..

Selaku 2nd admin (ehemmm..puihhhh) group, daku rase tercabar bilemana mak2 yang lain dah mula update pasal gathering yang berlangsung semalam..berlangsung katenya..haha..
Alhamdulillah walaupun dalam kelam kabut tukar venue untuk gathering yang sepatutnya diadakan di Taman Layang Layang, Kepong terpaksa tukar buat indoor disebabkan jerebu yang dah agak teruk..
eh, apsal ayat aku macam nk buat karangan SPM ni..skema amattt..hoho..

cut it short..
dah tukar venue ke Kidzoona, Aeon AU2 Setiawangsa..
yeayyyy aku mmg suke buat kat sana pun..senang anak2 main dalam tu tak panas ada aircond kan..
bayar RM10, ko layan lah anak ko main sampai dia mengamuk nak tido..hahaha..anak aku ler tuhh..

kitorang orang pertama yang sampai kott..Asyraf dah penat berlari kat bawah tu..
bile masuk dalam kidzoona tu, dia layan diri..agak2 haus, nangis..bagi air masak, diamm..
main2 lagi, agak2 haus, nangis lagi, bagi minum air, diammm balik..
last2 nak susu, minum terus tido..padahal bising kot dalam tuh..
happy Asyraf main dalam tu..hihi..
mami tak sempat pegang dia langsung..
abah yg banyak tolong tengokkan..
memang lepas biar dia main..kite ushar dari jauh je..







Aty - Qaleef
Wawa Yusof - Elman
Ekin - Zara
































Ctmah - Alisha
Anez Zamri - Hannah
Nadia Hairi - Saif



aku pun takdo gambor dengan Asyraf gini tauu..huhu..


Antara hadiah untuk present exchange..
maaf lah takde sistem langsung semalam..dah ambik nombor, masing2 pegi carik nombor dekat hadiah tu..hahaha..
nak ambik gambor sengsorang memang nan adooo lah semalam..
kelam kabut giler..



nadt, mami asyraf & Erin


















anis, zura, aty, anez, mami asyraf & ciknaa

















ni sebahagian mommies yang hadir gathering kali ni..
ade yang tak masuk dalam gambar ni..

kat bawah ni aku try list kan senarai mommies yang datang semalam ekk..

1. Ciknaa
2. Leenda
3. Aty
4. Mimy Hamid
5. Erin
6. Veelara
7. Atikah
8. Ros Anis
9. Anez Zamri
10. Umie QI
11. Lyana MK
12. Pinky Momma (kak nad)
13. Nadia Hairi
14. Yana Ujang
15. Shazura
16. Ctmah
17. Aini Noraini
18. Wawa Yusof
19. Mayumie
20. Erna Nordiana
21. Hidayah Hiddensity
22. Nur Haliza
23. Ekin Jamal
24. Asmiza Suhana
sape lagi ekk..rase macam ade lagi ni..
dah malas dah nak letak link blog korang..hahaha..
pening woiii ramai benor..

Ape pun, semalam memang best giler..
sorry mana2 baby yang takde gambor tuh..
ade yg sempat snap, tp gambar parkinson..
ade yg memang tak sempat nk snap pun..
semalam mami asyraf busy..hahhaha..


Wednesday, June 19, 2013

aksi baru dan merbahaya..sila jgn tiru..

Assalamualaikum..

Apsal la sejak 2 menjak ni malas nya aku nak update blog..
hari2 bukak, tenung, pastu tutup balik..
kalau tak pun, dok bace balik entry2 lama dalam blog ni..
huhu..

kena tukar template blog dulu kot..
ambik aura template baru, mane tau semangat merapu meraban datang kembali..hahah..

ok2..
ni aku nak tunjuk aksi baru anak bujang nan seorang (setakat ni) hahahha..
ambik balik gambar kat instagram post kat blog pulak..
senang nanti bila asyraf dah besar dah pandai bace aku nak suruh dia bace semula kisah2 dia dalam blog ni..
semua ade..bukak je label 'Asyraf' tu..
berderet keluar entry..
dah kata mami dia takde modal lain kan..
asyiklah dok pong pang pasal anak bujang nan seorang ni..

ni ni ni ni..
nak tunjuk aksi baru katenya..
aksi bahaya pulak tu..
not good not good..
ni last week kot..
tak pandai lagi naik sampai atas kabinet..
ni tengah malam semalam..adehhh..
tergezutttt aku wehhh..

kisahnya, abah dah tido..penat sangat katenya..
biasenya abah yang tunggu sampai lah anak bujang tido..
semalam aku lah ambik alih..
tapi aku dok bizi main candy crush..hahhahahampehhh punya mami..

kebetulan candy crush aku dah abih level, aku dongak tengok dia dok sengih2 atas cabinet tv..
atas cabinet tv tu hoiiii...melompat aku pegi ambik dia sambil jadik tarzan pukul 12.30 pagi semalam..
tapi sempat pulak aku ambik gambor kannnnn..
bukti nak tunjuk kat abah..huhu..
dasarrrrrr..

moralnya, sudah sudah lah bercandy crush tu hoiiii..
aku marah betul dgn candy crush aku dok stuck kt level 65 nk dekat sebulan dah ni..
ok dah..
bye..
mekasih sudi bace yer..:)

sape sudi follow ler instagram mami asyraf..


Wednesday, June 12, 2013

contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com

Assalamualaikum

Tetiba tergerak hati nak join contest Piya Osman ni..
jom reramai kasi meriah contest baby ceria ni..
nasib baik baby ceria..kalau baby comei lote, mami Asyraf memang tak join ler..
sedar diri..huhu..

1. tajuk contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com

2. Anda harus masukkan gambar banner contest.

3. Masukkan juga gambar anak anda dalam mood ceria.

4. Anda perlu menulis di bawah gambar tersebut :- " mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com"

5. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.

List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).ANDA MESTI COPY PASTE SENARAI HADIAH YANG DITAWARKAN INI KE DALAM ENTRY YE. KEMUDIAN BARU MENTION HADIAH APA YANG ANDA NAK JIKA ANDA DIPILIH SEBAGAI PEMENANG.

1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys

Sila pilih salah satu. Jika anda dipilih sebagai pemenang,saya akan hadiahkan pilihan yang anda pilih di awal contest.

6. Submit kepada saya entry tersebut dengan meninggalkan link entry anda pada ruang komen.

7. Sama ada join melalui facebook atau blog,anda jangan lupa untuk letak nama penuh anda dan nama baby anda.

8. Hanya akan ada 2pemenang dan 8orang hadiah saguhati. Hanya pemenang PERTAMA yang akan dapat hadiah yang dipilih sendiri, pemenang KEDUA akan mendapat TRUNKI BAG. 8 orang saguhati akan menerima rompers ck 3in1.

9. Jika anda pasangan yang berkawen,anda dan suami boleh join secara berasingan.

10. Anda boleh ajak family anda untuk join, 1baby ada 6 7 gambar pun tetap saya terima,tapi haruslah berlainan owner blog dan berlainan owner facebook.

11. Gambar tak semestinya anak anda seorang..gambar anak anda dengan anda boleh. Dengan kawan2 dia boleh..tapi mesri makesure anak anda nampak ceria,nampak happy dalam gambar.(if dalam gambar ramai baby,tolong inform saya mana satu anak anda ye).

12. Contest terbuka kepada baby/toddler umur 6bulan hingga 5tahun.

13. Dibawah gambar banner samaada difacebook atau di blog, sila copy paste langkah2 untuk join contest ini.

14. Contest Period : 12.6.2013 hingga 7.7.2013.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
nah gambar anak bujang..
ceria ke tak tuh..hahha..hentam jelah..
kalau ade rezeki, Alhamdulillah..

mari membeli barang baby dengan harga borong, minimum 1 barang di blog 


nama anak bujang : MOHAMAD HANIF ASYRAF BIN MOHD ASYURA
nama mak anak bujang : MASLINDA MALEK

hadiah pilihan anak bujang
toys storage CARS

jom join mommies semua..
syarat penyertaan boleh tengok SINI..
tarikh tutup : 7/7/2013

Tuesday, June 11, 2013

Wooden Toys - 4 set of coloum

Assalamualaikum...

semalam kan 10 haribulan..maka genaplah anak bujang setahun lima bulan..
tapi mami dia al pelupa sudahh..
kejap je dah bujang anak aku..
bulan depan dah setahun setengah..
kena cocok kan..eh, yeker..kena bukak kitab KK ni..

ni kisah wooden toys Asyraf..
four set of coloum..
boleh google kebaikkan mainan ni yer..
selain boleh buat baling2 dan calarkan kebinet tv, banyak lagi faedahnya..
hahahha...
thanks to CK sebab sudi tolong belikan utk kengkawan yg gelabah bila tengok harga nya tetiba jadik murah amat..hehhee..

seminggu pertama beli, Asyraf buat donno je dgn mainan ni..
mami dia je yg saited lebih..
hari2 tunjuk depan dia mainan ni..aku keluarkan kayu2 tu, pastu masukkan balik..
lama2 terpengaruh jugak anak aku tuh..
ko tengok betapa kuatnya pengaruh orang dewasa kepada anak2 kecik ni..hihi..











ni lah dia rupe wooden toys tu..murah aje rm19.90..


video bapak melayan anak bujang dia main wooden toys ni..
jenuhhh wehhh..sebab asyraf ni jenis suruh kite keluarkan dulu kayu2 tu, baru dia nak masukkan..
letihhhhh..takpe..layankan aje...
huhu


Monday, June 10, 2013

mommies & baby meet up @1st besday Izzara Safiyya

Assalamualaikum..

nak update lelaju pasal besday anak dara Ekin ni..















alahhaiiii..kalau mami asyraf yg buat ni, hancusss kotttt..
rajin sungguh Ekin ni..untung tangan berseni..

candy buffet yang sumpah comelll..
geram je tengok..
besday girl yg baru bangun tido..
tapi good girl tak mengamuk, tak merengek tengok orang ramai keliling dia..
bagus2..


sebabkan kitorg batch terawal yang datang besday party ni, sempat lah gedik ambik gambor 3,4 keping..haha..
1st time jumpe Erin ..padahal kat blog, kt group dah pong pang pong pang macam kenal 5,6 tahun dah..hehe..
Erin adalah kuwusss..suare pun halusss je..aku rase aish memang tak takutlah kalau mak dia marah..hehe..
tak macam mami asyraf ni haaa..suare macam petir..adehhh.. 
Ekin, Eira, Aty, Erin, mami Asyraf..
dengan diorg ni je sempat ambik gambor..
tu pun anak bujang dah mengamuk sakan nak tidor..
dah penat la lari sana lari sini..penat kejor dia jelah..
 tu tgk zara dgn aish tu sebenarnya tgh tgk asyraf mengamuk lah tu..hahaha...

1st time jgk jumpe Aty ..
dan aty adalah super kuwussss..Qaleef pun dah susut badan..
takpe..slow2 naikkan berat badan ekk Aty..tak sempat nak sembang ape pun..
salam laga2 pipi dah..
Asyraf dah mengamukkkk..geram betulll.. 

oklah..malas nak sambung lagi dah..
ohhh..sesapa yang berminat nak tempah cute2 things mcm kt besday zara tu kan, boleh lah terjah blog Ekin ekk..
bye..
mekasih sudi bace..:)


Sunday, June 9, 2013

Jenjalan AEON Big, Wangsa Maju

Assalamualaikum..

Act, ni 1st time kitorg datang Aeon Big selepas bertukar nama..
Dulu kan Carrefour..
Dulu2 zaman bujangan belum kahwen kt sini lah tempat kitorg mengabihkan duit beli barang dapur semua..
Rase best giler dapat gaji datang carrefour beli barang dapur..
Pastu merana nak bawak naik umah flat tingkat 3..
Oh..rindu memori dulu..

Pegi aeon big sebab nak beli almari baju yang murah2 je..
Kitorg takde set bilik pun..umah sewa kan..
Bilik pun kecik..nanti nak pindah umah (yg ntah bila tu) senang..
Tak bnyk barang nak kena angkut..
Yang penting boleh beli set baruuu..hihi..

Tapi gmbor almarinya takde sbb belum sampai lagi..
Esok baru diorang hantar..
Tapi gambar benda lain yg takde dalam list banyakkk..hhahahha..
Rak kasut..murah aje ni..nak letak kat luar rumah..
Ape name rak ni ekk..tp benda alah ni ler aku beli..
Kebetulan murah je..rembat satu..senang aku nak gantung baju2 yg dah siap iron..
Asben kate, lepas ni boleh lah iron baju stok untuk seminggu...hhahaha..
Tengok lah dulu abg oiiiii...
Ade lg ni bende2 tak penting aku beli td..
Hanger, klip baju, stokin dan sebagainya..hahahha..

Pastu ape lagi kan..time for soruuuuu..
Perut dah laparrrr....dah berdangdut dah ni..
Singgah masuk cafe ape ntah namenya td..
Ni mami abah punya food..makan nasik ler..ate, perut dah berdangdut lagi nak makan western2 ke?
Memang idok ler..
Ini budak kasi mkn fren fries je..
Suap nasik mkn 2 suap je, pastu dh geleng2 taknak..

Oklah, mami asyraf nak assemble rak kasut dgn tmpt sangkut baju jap..
Bye..


Saturday, June 8, 2013

Persiapan raya..

Assalamualaikum..

gigih mami asyraf nak update blog hari sabtu..hahaha..
Pepagi buta tadi, kitorg terjah Jalan Tuanku Abdul Rahman..
drop Asyraf kat umah 'mak' dia kejap..
Payah nak bawak dia pegi sana..
Nak lintas jalan raya besor tu..memang tak lah aku nak bawak kan..
Dah lah panas, orang ramai..sesak..
Lainler kalau pergi AEON..tempat sejuk ade aircond..
Dia pun selesa..
Alamakkk..melalut sudah..heheh..
Tujuan asal nak beli kain pasang nak buat baju melayu asben ngan anak bujang tu..
Mmg takde dalam kepala ni nk beli kaler ape..
Kire terjah jelah..asben kate dia nak tengok patung pakai kaler ape yg cantik, pastu beli macam patung tu..apakah??

So, singgah Harisons terus belek sana belek sini..
Memula tengok patung pakai kaler hijau terqoise.macam berkenan..
Pastu nampak biru muda pun berkenan pulak..
Kirenya ape yg patung pakai, mmg berkenan lah..hahha..

Cakap dgn asben, pikir betul2 nak kaler ape..
Pastu tetibe pulak tunjuk kaler kuning mastard terus laki den tu suke..
Terus jelah suruh SA tu potong 6 meter..
4 meter setengah untuk asben..semeter setengah lagi untuk anak bujang..
Dah settle baju melayu..
Pusing2 lagi carik baju kurung ready made kaler ala2 kuning mastard jugak..
Ok, dah dapat..settle jugak..
Dah alang2 tadi terus cari tshirt anak bujang sekali..
Nanti tinggal nak beli jeans je..
Beli sikit2 orang kate..heheh..

Dah settle separuh pasal raya..
Ganti puase je belum settle lagi..huhu..

p/s: pecah lobang baju raya kaler ape..ahhh..pedulik..bukan retis pun nak secret2 kan..hihi..


Friday, June 7, 2013

tu pasal mami Asyraf sayang AEON..

sayang lah sangatttt..

eh eh..Assalamualaikum..
tadi time rehat sempat lah pergi AEON Wangsa Maju..
ate, rehat lama sikit kan..
pastu, nampak kaunter J Card ni aku pun mintak lah diorang renew card aku yang dah nak putus nyawa hujung bulan ni..
point tak banyak mana pun..
tapi suka tang parking free tu..
asben haku pun suke bab free2 ni..hehhe..

lagi satu suke bila nak bayar tu kan, cashier tanya Aeon Card ade?
laju je mak hencekkk jawab adeeeeee...
hahhaha..nampak tak permainan poyo mami asyraf tu..hahha..

ok dah..
pastu tadi renew lah untuk setahun lagi..
boleh pulak tetiba adik manis customer service tu cakap akak ade voucher rm30..
wawww..macam tak percaya pulak..
eh, yeker ni..kenapa tetiba dapat voucher?
adik manis tu ckp sepanjang 6 bulan tu ade belanja lebih RM500..
haaaa..nampak tu..6 bulan baru belanja RM500 tauuuuu..
org lain sehari je habis shopping seribu...haahhaha..

maka, dapat lah voucher RM30 tadi..
riang hati bukan kepalang hoiiii..
baru RM30 tu..kalau RM300??
pengsan kot tadi kat kaunter..huhu..
ni lah voucher nya..
dah selamat guna dah pun..
memang sebelum tu berhajat nak beli yang 'dalam dalam' ni kan..
jimattt duit mak hencekk..hahah..






























ni lah yang 'dalam dalam' tu..
tak payah nak show off sangat lah..
mami Asyraf pakai yang murah2 je..hikhikhik..


Thursday, June 6, 2013

Luncheon @PizzaHut Wangsa Maju

Assalamualaikum..

Dari takde ape nak update kan, meh mami asyraf tempek gambar lunch tadi..
lunch katenya..tak jumpe nasik lah tengahari tadi..
rindu pulak rasenya..heheh..
dasar perut melayu kan..mane boleh tak jumpe nasik..adehhh..

layan gambor yang tak seberapa ni ekk..































air untuk 3 orang..
yang paling tinggi tu mami asyraf yang punya..hehe..
































burpppp..Alhamdulillah..
balik kang cepat cepat kena cari nasik..hahhaa..
itu sahaje entry kali ni..
mekasih sudi bace..
bye..


Tuesday, June 4, 2013

Kenduri Kawen @Pontian

Assalamualaikum..

takde ape nak cerita pun..
saje nak tempek gambar anak bertuah ni haa..
last week kan kitorang pergi Pontian, Johor..
hantar rombongan cousin kitorang..

tapi, serius gambor pengantin memang tak banyak yer..
al maklum lah..kite busy kejar anak..hahah..
makanya, gambar Asyraf jelah yang banyaknya..
takpe..bagi laluan jelah..

ni superhero kecik naik buai..
pastu gayat..duduk je tak bangun bangun..behave lah sekejap kan..hahah..
ni masa dah sampai rumah pengantin lelaki..
Asyraf dengan adik ipar aku..sebelah tu awek dia lah..hihi..
tengah tunggu semua ready nak berarak..
tengok lah anak bujang sorang ni..pergi mana pun bantal busyukk memang tak boleh tinggal..
memang tak boleh ambik langsung..
kalau kite acah2 nanti, memang berguling lah jawabnye..
ni upacara potong kek..
anak bujang ni pulak lelebih nak makan kek kawen orang kan..
kemaiinnn lagi makan kek..
sabo jelah..

ahh sudah..tak reti pulak aku nk buat ayat penutup..
tutup macam ni pun boleh kan..
hehe..
bye..
mekasih sudi bace ekk..:)


Monday, June 3, 2013

Menjakun japp..

Assalamualaikum..

Ni entry testing je tau..
Maklum lah mami asyraf tengah menjakun lagi ni..
Bagi laluan ekk..hahaha..

Gambar instagram..
Dan2 aku ada akaun instagram kan...kahkahkah..
Orang dah lama ada, aku baru terkedek kedek..
Takpelah..nak buat macam mana..
Tabungan lambat nau penuh..

Whatever pung, skrg dah dapat seketul..
Alhamdulillah syukur..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute