Pages - Menu

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Blogroll

Friday, September 28, 2012

jumaat..

Ehh dah jumaat yer hari ni..
cepat betul masa berlalu sekarang kan..
gedebak gedebuk buat kerja kat opis *tipu nih*, eh dah pukul 5..??
jap lagi boleh sign out dah..hip hip horeee..

start enjin kereta..berdesup ambik Asyraf kat umah pengasuh..
tipu je berdesup..padahal paling laju aku bawak 60 km/j..
sila lah percaya..haha..

malam ni, kalau jadi insyaAllah balik rumah mak mertua kat Serendah..
tapi apa2 hal kena tunggu en asben jugak lah..
takut dia balik kerja lambat..
manelah tau bos omputih dia tu ade meeting ke ape ke..
meeting nak mengkaya kan lagi Ambank tu..
apa nak dikata?

kalau tak jadik balik, aktiviti berjalan macam biasa..
ber kung taw kat dapur, sambil jadik tarzan kepada anaknya..hahah..
Asyraf dah laju merangkak sekarang..lagi aku jegil mate, lagi dia laju merangkak..
tak takut langsung..malah funny mungkin..

kalau terlepas pandang, tau2 dia dah berdiri pegang peti sejuk..
berkenan betul dengan fridge magnet yang 2, 3 ketul tu..
belum lagi nanti dia dah pandai bukak peti sejuk tu sendiri..
kena pergi IKEA ni..nak carik alat yang boleh lock peti sejuk tu..
hahha..alasan dunia semata mata..hehe..

ok2..dah melalut dah..
boringkan entry takde gambor..meh tepek sekeping..













gambor ulangan..gambar wallpaper PC opis ku..
sekian..:)
nak buat kerja ni..bye..

Thursday, September 27, 2012

dah sampai masanya untuk tukar..

ni kes pagi tadi dalam kereta otw nak pergi umah pengasuh..
time tu memang tengah pegang phone..
biasa lah kan..kene bagitau yang mummy dah nak gerak pergi umah pengasuh..huhu..
tu yang sempat snap anak bujang belum mandi ni tengah usaha tak mo baring dalam car seat dia..
gigih dia nak bangun..sabo jek..
sebenarnya memang 2,3 menjak ni dia dh tak nak baring dalam carseat tu..
ate, dah besor kan..hahha..
nak duduk tengok pemandangan luar kot..

nampak gaya memang nak kena tukar car seat lah ni..
Asyraf memang dah ade car seat duduk punya..
kawan opis en asben hadiahkan masa Asyraf lahir dulu..
tapi tulah..warna hitam..mummy kurang berkenan..huhu..
kalau lah dapat warna merah..haishhh..
giler tak reti bersyukur..dah orang bagi hadiah tu, terima jelah dengan hati yang redha..

tapi tapi tapi..kitorang suami isteri tak reti nak pasang car seat tu..hoho..
macam mana ni..en asben kata nak hantar pergi kedai kereta mintak diorang tolong pasangkan..
hahaha..
tapi dah tak boleh jadik co pilot mummy lagi dah..
kena duduk belakang lah pulak kan..
jadik bos kecik..alahaiiii...

Wednesday, September 26, 2012

WW - cool

Assalam..
cool kan? hahha..
abah Asyraf bersama beg angry bird anak  bujang nya..hehe..
tu beg baju pergi umah pengasuh..
beg Car simpan dulu sebab berat..
tak praktikal nak usung ke hulu ke hilir..

Friday, September 21, 2012

ingatkan dah 10 kg..

semalam kan pergi checkup Asyraf..
ambik sessi petang..ingatkan tak ramai orang..
waduh waduh..silap pulak jangkaan aku rupenya..
giler ramai orang hoii..aku datang pukul 2 petang, gedebak gedebuk pukul 4 baru siap..
yelah..ramai pulak bakal2 mak datang nak register bukak buku pink..
tahniah yer korang..hehe..

ok2..cut it short..
sambil tunggu giliran, Asyraf is behave..
pastu timbang berat, ukur tinggi segala dia still okey lagi..
tapi tang tunggu nurse panggil untuk checkup tu yang hazab menunggu oii..
adelah sejam lebih kot tunggu..
yelah aku paham..ramai orang kan..of coz lah lama..
tambah lagi nurse nak berborak sesama diorang kan..ehh?
nak cepat, pergi private la kan..

dek sebab lama sangat tunggu turn, budak bertuah tu boleh mengamuk sakan dalam klinik..
bagi susu taknak..bagi puting taknak..peluk2 suruh tidur pun taknak..
aisehh..berpeluh jugak la aku sorang2 handle kan..
sebenarnya dia dah rimas..lama sangat beriba..dia nak turun merangkak..
mana boleh nak oii..lantai kotor..huhu..

tak lama tu baru nurse panggil..
nasib baik bilik rawatan ade air cond..
barulah sengih melebar anak bujang..
mak pun lega..fuhhhh..
gambar hiasan..haha..
sampai nak roboh tudung untie yaya, barulah ok gambar ni..

hasil check up semalam..

berat : 9 kg
tinggi : 75 cm

aku ingat dah 10kg Asyraf ni..hehe..

p/s: jimat duit makan tengahari ni..supplier belanja Big Mac..Alhamdulillah..hehe..

Wednesday, September 19, 2012

nak beli ke tak nak?

malam tadi adik beradik aku buat giler..
tetibe datang KL nak lepak KLCC..
aku macam alamakkkk aku yang dok KL ni pun tak pernah pergi lepak KLCC..
diorang dari Nilai n Melaka sesaja datang sebab nak tengok air pancut kat taman KLCC nun..
tapi sebab angah kata nak belanja makan, aku laju² pergi mandi, siapkan asyraf..
abah asyraf siap sendiri lah kan..hehe..

lepas dah penat kejar anak masing, moh kita pergi isi perut masing² pulak yer..
aku tak de lah penat nak kejar Asyraf kan..
Asyraf baru pandai merangkak je pun..
tapi takdelah aku lepas Asyraf suruh merangkak kt area air pancut tu..
ko dah kenapa..giler ekk??
ok2..panjang pulak mukadimah..
lepas tu terus shoot pergi kampung baru..
makan time..
lepas tu sajelah mintak baby chair..
nak test Asyraf duduk dalam tu..
Asyraf dah pandai duduk..tapi kitorg tak pernah letak dalam kerusi makan macam tu..
nampak nya LULUS..
tu kerusi IKEA ekk??
berapa hinggit yer?

ecehh..sandar dengan bantal stroller..
kan kan..tu kerusi IKEA kan?
kaki kerusi tu boleh cabut² kan?
kehendak mummy semata mata..hehe..

Angah kata pergi KLCC dah macam pergi oversea pulak..
ramai betul foreigner..dah macam kita pulak orang luar..
huhh..tau takpe...

Tuesday, September 18, 2012

macam mana boleh silap ni..

ape bende yang silap?
propa je lebih..
takde..aku dah silap hari nak pergi checkup Asyraf la..hehe..
patutnya hari khamis lepas..
sekali terlajak sampai hari jumaat baru perasan..
ehh hari ni khamis ke jumaat..adehh..

call klinik nak tanya boleh ke datang hari ni..(jumaat lepas la)
of coz la tak boleh kan..
padahal nak timbang berat je..umur 8 bulan takde cucuk..
takpelah..khamis ni insyaAllah tak lupa..

semangat nak pergi checkup..
bukan ape..saja nak tau dah berapa kilo anak bujang aku tu..
motif?
tangan mummy dah nak cramp dukung awak lama² nak oiii..
bersyukur jugak sebab Asyraf nak kat semua orang..
orang hulur tangan, insyaAllah disambut dengan senyuman..

kt bawah ni video anak bujang dah laju merangkak..
alamak..mummy masuk bilik, dia masuk bilik..
mummy pergi dapur, dia pun pergi dapur..aduhaiii..
umur asyraf : 8 bulan 1 minggu
tarikh : 18 september 2012
location : umah mak mertua, serendah
sekian..:)

Tuesday, September 11, 2012

Asyraf 8 bulan

semalam 10/9/2012 genap lah anak bujang 8 bulan..
lambat sehari pulak update..
sebab semalam MC..sakit perut ceri beri..haha..
ape aku makan pun tak tau la..sebab en asben ok je..rilek je dia..


































mummy sayang abah & asyraf..:)

update 8 bulan

- dah ada 4 batang gigi..2 bawah 2 atas
- dah pandai  merangkak
- duduk pun pandai, tapi still senget² lagi la
- dah pandai tepuk amai amai
- pandai buat cak cekur
- kuat makan..kalau lambat suap, mengamuk sakan
- apa lagi ekk..sama je kot dengan anak² baya asyraf ni kot..

last but not least..




































abah & mummy pun nak enter frame..
abah tak puas hati dalam gambar ni, dia nampak gemuk..
padahal itulah kenyataannya..hehe..

Saturday, September 8, 2012

anak tido tanpa henti..

boleh tajuk macam tu?
hehe..

sebelum cerita ni bertambah basi..haha..
aku mmg suka buat entry citer basi..

ahad lepas..kan dah kata citer basi..
kitorang dengan family pak ndak pergi jemputan kahwin anak jiran..
majlis dekat restoran seri melayu, jalan conlay tu..

ni bukan nak cerita pasal pengantin pun..
tak jumpa pengantin pun..kitorg datang awal..
nak cerita pasal anak bujang aku tu..
hehe..

Otw nak pergi, dia tido dalam kereta..
dah sampai pun, tido lagi..






tengok lah tu..
nasib baik abah gagah perkasa..hihi..

ni mummy nak makan..
sempat lagi amik gambar..


time ni abah nak makan..
mak ndak pulak offer nak dukung anak bujang..
ok2..silakan..hehe..
mummy boleh makan dengan senang hati lalallalala..
takdelah suap nasik terus telan kan..giler over...

sementara tu, boleh lah mummy snap sana snap sini..hehe..
pelamin jelah..pengantin belum sampai lagi..
kitorang antara tetamu terawal sampai kot..
Restoran Seri Melayu, tolong lah tukar yang baru..
sedih tengok ber sole-tape bagai..

goodies..dalam tu ade botol kaca ape ntah..pastu kuih telinga keling/peneram 2 ketul..
simple je kan?

oklah...
dah kenyang moh kite balik..
tapi anakanda ku tetap tido daaa..
ape best sangat kot tido atas bahu orang dik yer..
bukti?
tu tengok Asyraf dengan nek ndak dia..
ni sessi bergambar dengan bapak pengantin berbaju melayu gold itu..
bukan hak baju melayu biru tu..
itu suami saya..hikhikhik..
pengantin takdok..bapak pengantin pun boleyyy..

ape?
tak nampak muka suami saya?
nah saya crop..



















ehh ter crop sekali gambar wife dia daaa..
hehe..

ok bai..

Friday, September 7, 2012

nama pun hero kan..

Asyraf dapat pangkat darjah kebesaran malam tadi..
orang lain dapat kat bahu..
dia dapat kat dahi..hehe..

padahal depan mata aku je kot..
sekali aku kelip mata je, terus mendapat..
manangis?
kuat tak ingat dunia..

puncanya..dia nak merangkak..biasalah baru pandai merangkak kan..
nak tunjuk skill aje kejenya..
sekali salah step daa..
tangan belum stabil, bontot dah jalan..
tersungkur lah jawabnye..

bila check balik, siap ada line kat dahi tu..
tapi tak luka..sorry dik ekk..
tulah notty sangat..
















barulah hero namanya..
sampai juling mata anak aku tengok mummy dia sibuk ambik gambar..huhu..
















tersungkur atas tikar buluh ni lah..
sebab tu ade line kat dahi dia..
ehh ni bukan nak tunjuk angpow duit raya Asyraf yer..
nak tunjuk lokasi tempat kejadian je..hihihi..
duit raya Asyraf?
Alhamdulillah..murah rezeki Asyraf..
separuh gaji mummy dia dapat..

Thursday, September 6, 2012

mummy jeles..

mummy pun nak terjun tiruk jugak..haha..
giler ke nak terjun tiruk dalam swimming pool yang dalam nya tak seberapa tu..
pecah kepala kang..saje je..

ni video pendek 29 second je pun..
time asyraf mandi pool hari tu..
mummy teringin nak mandi jugak tp sapa pulak yang nak jadik camerawoman kan..
hahha..poyo giler..

minggu ni nak repeat mandi pool lah..
ni lah jadiknya kalau mak pak jakun nak mandi pool..hahha..
jom sapa nak join?
moh kite..

Wednesday, September 5, 2012

broccoli and carrot puree

sejak Asyraf dah start makan bubur nasik ni, kena lah buat puree sayur sayuran pulak yer..
semoga bila dah besar nanti Asyraf tak memilih makan dan yang paling aku takut, dia tak nak makan sayur..
setakat ni, Asyraf dah makan carrot, broccoli, pumpkin, potato..
ok lah tu kan..yang ni lah selalu aku rotate kalau nak campur dalam bubur dia..

pure brokoli





1) potong kecik kecik
2) rendam dalam air sekejap..nak hilangkan sisa kotoran tersembunyi tu
3) stim dalam 5 minit

4) blend


















5) tuang dalam ais cube tray










pure lobak


















1) potong lobak kecik kecik
2) basuh lepas tu stim..sebab lobak ni keras, stim la lama skit..
3) blend, masukkan dalam ais cube tray
siap!!

Tuesday, September 4, 2012

Thermos baru

assalamualaikum..
dah abih kot entry raya..
mari kita beralih topik pulak yer..

hari ni nak review pasal THERMOS pulak..
sebab apa aku gigih pejam mata je beli thermos ni?
sebab seboleh boleh nya taknak susahkan pengasuh Asyraf..
sebab dia bukan jaga Asyraf sorang..
ade lagi anak anak asuhan yang lain..
yang perlu dijaga..

kalau boleh pengasuh Asyraf tak payah susah susah nak masak bubur utk Asyraf..
biar aku je yang susah sikit takpe..
aku pun  boleh pantau apa yang Asyraf makan kan..

sebelum raya tu, ajak en asben pergi AEON wangsa maju, pergi cari thermos untuk letak bubur Asyraf..
tawakal je beli sebenarnya..
memang kalau boleh nak yang tahan panas lebih dari 6 jam..
dan aku memang nak carik thermos yang ada beg sekali..





ni lah dia THERMOS tu..
tulisan semua ikut china kot..
ape pun tak paham kecuali perkataan THERMOS tu..hehe..
harga rm130..selepas less 20% dapat lah rm104..
kaler hitam..ni je kaler yang ade..
kalau lah ada kaler merah..huhu..

isi selepas dikeluarkan dari kotak..
beg, tali beg n chopstick...apakah???
















thermos n 2 bijik bekas..

performance?
superbbb..aku masukkan bubur yang diblend pukul 8.30 pagi, pukul 4.30 petang, still suam lagi..
yeahhhh..tu yang aku carikkk..hehhe..
Alhamdulillah berbaloi dengan harganya kan..
sebab aku bukan lah loaded sangat suka suka hati beli bende ni kan..
memang niat aku nak bekalkan Asyraf bubur homemade, dan tak nak susahkan pengasuh..
pengasuh tak payah nak panaskan bubur tu..
tuang dalam mangkuk pastu suap Asyraf..senang kan..

p/s: biasenya aku letak air panas dalam thermos tu 10 minit sebelum tuang bubur..

Monday, September 3, 2012

seronoknya mandi manda..

malas nak tulis panjang²..
tepek gambar banyak² boleh jugak kan..hehe..



testing testing..
celup celup kaki dulu..

try masukkan dalam pelampung..

adehhh..nangis tak ingat ingat..
last sekali abah bawak masuk pool sambil bagi upah puting nyot nyot..
baru lah ok..



dah okey sikit ni..





bila dah lama sikit dalam air, barulah ok..
seronok sampai satu badan kecut..huhu..
asyraf, abah n kakak mia..

aduahai..malasnya aku nak type..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute