lagi entry pasal Cloth Diapers (CD)..
tapi ni aku nak merapu pasal prewash CD pulak hari ni..
setakat ni hasil pembacaan dan juga hasil skodeng aku pasal CD ni,
semua CD tak kira lah brand murah ke mahal ke MESTI kena prewash dulu yer sebelum dipakaikan pada baby..
Apa itu prewash?
prewash ni macam contoh kalau kita beli baju baru kan, kena lah basuh dulu baru pakai..
macam tu jugak lah CD ni..
Tujuan prewash?
1) membersihkan sisa sisa kotoran fabrik semasa proses pengilangan
2) bagi membolehkan CD menyerap dengan lebih baik. Lagi kerap CD dibasuh, lagi bagus daya serapan.
Berapa kali kena prewash?
yang ni tak berapa sure..tapi minimum prewash untuk CD biasa 2 hingga 3 kali..
konsep prewash ni basuh - sidai - kering (ulang sampai 3 kali)
* nota ni untuk kegunaan sendiri je..:)
yang bawah ni CD yang dah ready untuk di prewash..
en Asben geleng kepala tengok aku susun CD tu, pastu ambik gambar segala..
haha..excited sebenarnya..susah nak gambar dengan kata²..:)
koleksi CD aku..jenama biasa je..baru ada 7 keping je pun..
ada ke sapa sapa nak bagi hadiah CD kat baby kecik dalam perut ni..
boleh je..kecik tapak tangan, bangunan UTAR ni aku tadahkan..hehe..
sampai dah masuk washing machine ni pun aku amik gambor jugak..hehe..
yang bunga² tu laundry net..dalam tu ada cover CD..
yang putih tu insert..
untuk prewash kali pertama aku letak sikittttttt je sabun ni..
ada certain blog kata tak perlu sabun langsung..
tapi aku macam tak reti pulak basuh tanpa sabun..
so, letak lah sikit..hehe..
dah siap, boleh lah jemur..takdelah pulak gambar masa CD ni tengah berjemur..
lupa..
aku amik masa 3 minggu jugak lah nak prewash CD ni..
yelah sebab 3 kali kan..
sekarang ni CD tu dah sedia untuk berkhidmat untuk baby kecik..:)
nanti bila baby dah start pakai, boleh lah aku bebel pasal CD ni lagi..
takpe kan..
hehe..:)