Pages - Menu

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Blogroll

Wednesday, April 20, 2016

GBSB Family Fun Day 2016 - Last Day

Assalamualaikum dan hai..

moh laju2 hapdet family day hari ke 2..yakni hari terakhir dah ni..
sesudah subuh, kejut anak2 bangun..aku tak mandikan pun diorang berdua tu..
basuh muka lepas tu pakai baju family day..yeayyy..
nasib baik anak2 ok je..mami dah siap2 buatkan susu sorang sebotol, minum dulu baru turun breakfast kat cafe..

2 budak tak mandi pagi..hihi..mami mandi hokehhh..

anak dara mami dah besar..bulan 5 nanti dah 2 tahun..nasib baik lah takde banyak perangai..mami abah terkinja2 main game, dia bleh buat hal sendiri main pasir..makan pasir..hahaha..bertuah punya budak..semua pun nak di try nya..

ni sebelum sukaneka start..anak2 yang jarang jumpe pasir sibuk menulis atas pasir..lantok kome lah yer..jangan gaduh sudah..hihi


Acara wajib..ni semua sblm sukaneka start..semua pun belum berpeluh lagi..make up pun belum tanggal..hihi

Amik Mimi jadik model jap..kitorang anak beranak lupa nak bergambar dengan banner and bunting...sedeyyy..

opss sebelum lupe, bunting n banner ni di sponsor khas dari All About Printing.
harga memang terlajak MURAH
yang penting kualiti TERBAEEKKK..
kalau korang rasa nak tempah banting n banner boleh direct je g whatsapp owner 013-5405540 or boleh follow ig allaboutprinting.
pastu plak, baju yang cantik menawan tuh pon kami tempah dari all about printing jugak..
so kalau korang ada family day ke, boleh la roger2 all about printing tu…
seme bende yang boleh di print dia boleh buat..

acara start bila ramai turun pantai..dimulakan dengan chicken dance untuk anak2 diketuai oleh anak Kerol..takde pulak gambar..mana ntah pergi nya..comel giler semuanya..dengan mak2 sekali ber chicken dance..hancusss

lepas tu, acara sambutan hari jadi beramai ramai untuk semua anak2..kemain kecoh lagi..semua anak akan dapat sepotong brownies sedap yang ditaja khas oleh Safura..Thanks Rara..korang kalau nak order Brownies ke, Pavlova overload dgn buah ke, boleh la contact Rara ni laju2..mmg serious sedap..

nilah dia brownies tu..Allah sedap sangat bagi pencinta coklat sbb dalam tu pun ada seketul coklat lagi..kalau ko panaskan, maka cair leleh la coklat tersebut..hahha

ni sebahagian hasil Rara baking..ra, akak curi gambar ko tepek sini kejap..hihi
aisehhh terliurrr la woiii tgk pavlova tu..adehhhh
kalau nak tengok IG dia, cuci2 mate nak klik SINI..
nescaya ailio menetes tap tappp..:)

mak2 tengah setting anak masing tiup lilin atas brownies tu..pastu ramai2 nyanyi lagi happy besday..pastu tiup lilin ramai2..yeayyy..anak suka, mak suka bapak pun suka..heheh

ok, lepas tu, barulah sukaneka dimulakan..aku rangkum kan sekali jelah yer..
tak reti nk tulis dari mana bab sukaneka ni..sebab terlampau best..terlampau happening..
banyak sangat acara yang disediakan, dan banyak juga hadiah yang disediakan..
semoga murah la rezeki mommy2 yang sudi sponsor hadiah tu yer..aminnn

Antara blog yang review sukaneka..boleh bace kat link tu yer




tapi yang ni paling kelakor..hihi..
Suamiku Pocong..
para suami dikehendaki melompat dengan kaki berikat ke arah isteri masing dan buat U-turn sekali..
adoiii..macam2 gaya..hihihi

lepas sukaneka, ada acara tukar2 hadiah..aku dapat hadiah dari anez bunga orked dari Ikea tu ha..mana lah aku nak letak dalam umah tu..huhu..
Hadiah dari aku sape ntah dapat..alamakk sape ekk? Ekin ke? ke bukan..teruknya penyakit lupa..adoiii

habis semua acara lebih kurang pukul 11 pagi..dan aku rushing balik bilik sebab nak kena checkout pukul 12..tambah pulak si Dahlia dah makan pasir penuh dalam mulut..hadoiii..asben laju2 bawak pegi pool, rendam dalam pool..ehh, idok ler kejam sangat..hahaha..
so, sementara asben layan anak2 mandi, aku laju2 kemas lagi sikit bilik dan checkout..nasib baik malam tadi dah kemas sikit2 letak tepi pintu..

Hah! sebelum terlupa dengan lebih teruk lagi, untuk family day kali ni, kitorang semua sepakat untuk hire Official Photographer..yelah, nanti semua dah sibuk main games ape semua..nak kejar anak sebab dekat dengan pantai kan..mak2 nak menjemah lagi, siapa pulak lah yg rajin nak snap2 semua axtiviti sepanjang sukaneka tu kan..so, Erina cadangkan amik je OP yang dia selalu guna..Deal punya deal, untuk 3 jam lebih kt pantai tu, dapat harga best..berbaloi baloi lah kate orang..huhu

Untuk tempahan photographer family day ni korang boleh ke
Whatsapp: 0164702726
RECOMMENDED!

dah settle masukkan semua barang dalam kereta, tunggu pulak anak2 mandi takmo naik..adehhh..padahal tengah panas giler masa ni..matahari terpacak atas kepala..takpe2, kita bagi chance la..
dalam pukul 2 kot, baru lah paksa anak2 naik..

Masuk je dalam kereta, pasang air cond, bagi susu sorang sebotol, tau2 senyap je budak berdua ni..padahal kereta belum bergerak lagi..penat sangat berenang lah gamaknya..hihi

Ape2 pun, family kali ni adalah yang terbaik untuk GBSB..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..ada sikit2 salah silap tu, kite perbetulkan untuk next family day..InsyaAllah..
Oklah..sekian entry kali ni..tenkiu sudi singgah..
jumpe lagi..bye..

*****************************************************************************
GBSB Family Day 2016

Safurara Fadhlan
1. http://www.safurara.com/2016/04/gojes-fun-day-vol2-part-1-gold-coast.html
2. http://www.safurara.com/2016/04/gojes-fun-day-vol2-part-2-gold-coast.html

Aleena Naziera Saif
1. http://wifewillbe.blogspot.my/2016/04/gbsb-day-1-family-day-gold-coast-morib.html
2. http://wifewillbe.blogspot.my/2016/04/gbsb-day-2-aktiviti-sukaneka-family-day.html
3. http://wifewillbe.blogspot.my/2016/04/family-day-gbsb-day-2-aktiviti-sukaneka.html

Najmi Mimie
1. http://lovelymimiee.blogspot.my/2016/04/gbsb-family-fun-day-part-1.html

Nadia Hairi
1. http://sayepunyebelog.blogspot.my/2016/04/gbsb-family-fun-day-20.html

Ameris Loveris
1. http://amerislovely.blogspot.my/2016/04/teaser-gbsb-fun-day-vol2.html?m=1

Eira Zainal 

1.http://aienadhira.blogspot.my/2016/04/gbsb-morib-success.html?m=1
2.http://aienadhira.blogspot.my/2016/04/gbsb-gold-coast-morib.html
3.http://aienadhira.blogspot.my/2016/04/gbsb-water-theme-park-gold-coast-morib.html
4.http://aienadhira.blogspot.my/2016/04/gbsb-juvita-seafood-banting.html
5.http://aienadhira.blogspot.my/2016/04/gbsb-sukaneka-part-1.html

Nurul Syamimi

1.http://cikpuanmimi.blogspot.my/2016/04/gbsb-fun-day-volume-2-full-entry.html?m=1
2.http://cikpuanmimi.blogspot.my/2016/04/baju-family-day-dan-photographer.html

Khairul Ibtisam
1.http://sedetikilham.blogspot.my/2016/04/family-fun-day-gbsb-2016-gold-coast.html?m=1
2.http://sedetikilham.blogspot.my/2016/04/family-fun-day-gbsb-2016-restoran-juvita.html?m=1
3.http://sedetikilham.blogspot.my/2016/04/family-fun-day-gbsb-sukaneka.html

Hafizah Azmi
1.http://fizmi.blogspot.my/2016/04/gbsb-family-fun-day-2016-day-1.html
2.http://fizmi.blogspot.my/2016/04/gbsb-family-fun-day-2016-sponsored-item_14.html

Myzatul Akma Abdullah
1.http://mylifesstoryblog.blogspot.my/2016/04/gojes-family-fun-day-2016-tanpa.html?m=1

Aznor Juyantie Ibrahim
1.http://kesahceriterachenta.blogspot.my/2016/04/2nd-family-day-gojes-blogger-supermom.html?m=1
http://kesahceriterachenta.blogspot.my/2016/04/2nd-family-day-gojes-blogger-supermom_18.html?m=1

Jasmin Aieman
1.http://anaklebahcomot.blogspot.my/2016/04/gbsb-family-fun-day-gold-coast-morib.html

Friday, April 15, 2016

GBSB Family Fun Day 2016 - Restoran Juvita, Morib

Assalamualaikum dan haii..

bersambung dari entry INI dan INI..
malamnya, kitorang memang dah booking untuk dinner di Restoran Juvita, Morib ni..
lokasi tak delah dekat, takde lah jauh sangat..ikut Waze je dalam 10 minit kot..
Ada AJK khas untuk uruskan dinner ni..tenkiu banyak2..

Sepanjang jalan nak ke Resotan Juvita ni pun, ada lagi 2,3 restoran lagi..tapi tak ingat pulak nama restoran tu..


sampai2 terus amik gambar signboard..hihi..
tu ada nombor telefon..kalau nak booking ke ape ke, call je nombor2 tu..

malam tu, dinner untuk 21 family, kitorang order

nasi putih
tomyam campur
telur dadar
sotong celup tepung
kailan ikan masin
pepahat
air sirap ntah berapa jug..

haa ini main menu..sesiapa nak tambah side order, boleh je..tapi kena bayar sendiri lah..

tapi rasenya, takde kot yang tambah order..
yang dah order tu pun, jenuh nak abiskan..meja kitorang siap tak habis..sampai pass ke meja lain la..
pendapat peribadi, bagi aku biasa je..sedap la..bukan kata tak sedap..ada pepahat tu yang buat jadi lain sikit la dari restoren tomyam thai kat Gombak ni..hihi..

tak tau la berapa jumlah meja yang kena booking..



suasana memang havoc la..ramai kan..dengan ada anak2 yang start menangis..yelah dah penat berendam kat kolam petang nya..Dahlia pun tidor..kena pinjam stroller dari Mimi..thanks mak

licin pinggan..huhu

oh yer..sempat jugak sambut besday Husna anak Erina..ramai2 nyanyi lagi happy birthday..seronok la Husna malam tu yer..sedap sangat kek tu..Victoria Sandwich katenya..

ok..separuh dari dinner kami malam tu di taja oleh Projek Niaga Ent. dan Fingertips Shop 
terima kasih banyak2 kerana sudi menaja dinner GBSB Family Fun Day malam tu..
semoga terus sukses dalam bisnes serta dimurah kan rezeki..aminnnn

dah selesai dinner, balik hotel semula..dan aktiviti bebas la..ada yang sambung menjemah..
ada yang keluar pergi Pantai Morib..
aku sebab Dahlia dah ketiduran kepenatan, so decide balik bilik jelah..boleh aku kemas2 beg semua dan get ready untuk sukaneka esok..
Asben je pergi sambung lepak kedai tengok bola dengan 2,3 orang geng bapak2..

selesai sudah dinner..next entry sukaneka esoknya pulak..ok..
tenkiu pada yang sudi singgah baca..
jumpa lagi..bye..


GBSB Family Fun Day 2016 - Gold Coast Morib (Part 1)

Assalamualaikum dan hai..

Sebelum kena sound dengan juru kerah buat entry, baik laju2 hapdet pasal family day ni..
Macam mana nk start pun tak tau ni..
takpe2, kite tempek gambar jelah ekk..pastu cerita berdasarkan gambar..
boleh tak macam tu? hihi

oklah..sebenarnya, ini Family day kedua untuk Kelab Gojes Blogger Supermom and Baby (GBSB)..
tahun lepas kita buat dekat Singgah Santai Resort, Hulu Langat..
Tahun ni semua sepakat buat di Gold Coast Morib..itu pun lepas jenuh discuss sampai gaduh2..
biase lah tu kan..tapi setakat mana lah sangat nak gaduh tu kan..gaduh pun comel semuanya..
terima kasih banyak2 kepada AJK penginapan..
kesian semua AJK, sampai migrane kena handle tempat..
kitorang guna agent GMC Travel & Tours Sdn Bhd ..
tak tau la diorang ni bincang macam mana, so, dapat la harga yang memuaskan hati semua orang..

Gold Coast Morib International Resort
2D1N
Studio Suite (Theme park ticket for 2 pax)
Breakfast for 2 pax
RM220
ok sesangat..weekend awal bulan pulak tu..Alhamdulillah

ni dalam bilik..macam biasa..mami masuk dulu..bagi salam kuat2..amik gambar siap2 baru bagi diorang masuk..hihi..
Actually, ni kali kedua dah datang sini..1st time pegi masa Asyraf kecik lagi..tahun 2013..Family Day Ambank..
So kali ni datang bawak sekali anak dara mek Dahlia..so, fair and square la yer anak2..
Aku dapat bilik nombor 1416 which is mengadap theme park..itu yang kita mahu..
rahsia nak dapat bilik mengadap theme park, request la bilik bernombor genap..
kalau ada rezeki, dapat la yer..
Alhamdulillah, bilik aku ok sesangat..air cond kipas semua function dengan elok..
katil tu, kitorang cantum je jadik besor..senang anak2 nak bergolek..
ada jukuzi jugak..dulu masa Asyraf kecik, dia takut masuk dalam tu..
sekarang dah ada geng, kemain sakan lagi mandi buih dalam tu..

View depan bilik..phewwww..
masa sampai tu perut tengah lapar..yang anak2 dah menggedik nak mandi pool, nak mandi pool..
padahal tengahari panas terik kot..memang tak lah nak turun..
so, lengah2 kan masa ajak makan dulu..main2 dulu..lukis2 dulu..

anak bertuah..besar dah anak2 mami..tengok lah Asyraf tu..susah betul nak bagi kerjasama..macam2 mimik muka dia buat..haishhh

ni je yang mami mampu siapkan sebelum bertolak pagi tu..masak sardine, goreng nugget, goreng keropok sikit..sebenarnya, mmg ada plan nak buat potluck bagai..tapi biaselah..kite hanya merancang, Allah jugak yang menentukan..
sebab ada yang datang awal, ada yang check in lambat..
asben pun dah lapar, so bukak bekal dalam bilik je..makan je ape yang ade..itu pun dah happy sangat dah..hahah

asben sempat tido hilangkan penat drive ..lepas Asar baru turun bawah nak mandi..yahuuu..

bawak lah pelampung masing2 yer..pelampung beli kat Mr DIY je..tak sampai RM5 pun satu tu..boleh laaa..bolehla buat lasak2..
ok, disebabkan tiket untuk anak2 tak included, kena lah beli asing..
kanak2 melebihi ketinggian 90cm, mesti kena beli gelang/pass untuk masuk theme park tu..
kanak2 = RM21
dahlia free lagi, sebab dia pendek..hihihi

Walaupun dah asar masa turun ni, tapi matahari dok tegak atas kepala lagi ni..memang musim panas kan sekarang..pedih2 kulit ni haa..dah la tak pakai sun block..huhu

Berendam sampai hitam legam masing2..

Masa ni ramai dah geng2 mommy turun..penuh la satu kolam tu kena qonquer dgn mommy GBSB..dengan anak2, bapak2..phewww..

Dahlia yang tak takut air! geram betul..pelampung pun tak nak pakai..selamber dia je berjalan atas air paras leher dia..mami yang cuak..hadoiii

seronok anak2 main air haa..sampai kecut2 dah semuanya..itupun bila acah2 ajak naik, semua cakap taknak..amboi sangat masing2..

pukul 6.30 petang, ajak anak2 semua naik..semua kena bersiap sedia untuk dinner pulak malam nanti..pukul 8 janji tunggu dekat lobi..moh anak2 semuaaaa..
asyraf dengan dahlia masuk bilik, sambung lagi mandi berendam dalam jakuzi..sesambil asben sambung makan nasik dengan nugget..laporr hoiii..nasib baik ada bawak bekal..kalau tak, jenuh jugak nak tunggu dinner tu..

ok, next entry, aku cerita pasal dinner di Restoran Juvita yang femes emes tu yer..jumpe lagi..
tenkiu pada yang sudi singgah bace tu..bye


Wednesday, April 13, 2016

Teaser: GBSB Family Fun Day 2016 - Gold Coast Morib

Assalamualaikum dan haii..

Alhamdulillah..selesai sudah family day kelab Gojes Blogger Supermom and Baby (GBSB) sabtu dan ahad yang lepas..

Rasa lega yang teramat sangat bila event besar yang dirancang rapi dengan bantuan AJK2 ohsem dan ahli kelab yang sangat supportive berakhir dengan baik walau tak sempurna 100%..tapi still bertambah baik dari family day yang pertama pada tahun lepas..



Alhamdulillah..terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak..dan tahniah kepada mommy gojes yang bersemangat waja menjayakan family day vol 2 ni..hihi

To be continue...

Wednesday, April 6, 2016

Counting days! GBSB Family Fun Day

Assalamualaikum dan hai..
Ehemm..lama tak bersiaran dari dalam kereta..
Hari ni up satu entry countdown untuk Gojes Blogger Supermom and Baby (GBSB) punya family day..



Yeahhh countdown 3 days left! Tazabarrr..

InsyaAllah Sabtu Ahad ni 9-10 April 2016 akan berlangsung family day voll. II..semoga segala apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar..

Mommies yang join family day semua excited habis dah..ada yang dah packing beg! Kemain..

Harap semua mak pak dan yang penting anak2 semua diberi kesihatan yang baik..semoga semua sihat2 je yer..InsyaAllah aminn..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute