Pages - Menu

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Blogroll

Tuesday, September 29, 2015

Jalan jalan Tasik Chini, Pahang

Assalamualaikum semua..
Hari ni type entry dari rumah je..sebab masih lagi dalam mood cuti2..cuti bukan sebab jerebu..tp sebab saje cuti..hoho

Last week aku dengan family kecik aku ni balik kampung..kat kampung walaupun ada jugak jerebu, tapi takdelah teruk macam kat Gombak ni..bacaan IPU cecah 200..kat kampung still ko boleh lagi nk tarik napas panjang2 tanpa perlu risau habuk2 debu jerebu lolos dalam lubang hidung..berjelaga dibuatnya kalau tarik napas panjang macam tu kat Kolumpo nih..hadoiii

Oklah..panjang pukak mukadimah..sebenarnya nak cerita masa balik kampung tu, sempat jugak selit pergi Tasik Chini tasik lagenda di negeri Pahang..gituu ko..dari rumah tokbah jarak cuma 10km je..tak jauh mana pun..tapi boleh kira dengan jari kekerapan kitorang ke sana..masa asben ajak pergi tu, laju2 siap anak2..sebelum dia ubah fikiran..hahah

Kitorang sampai dalam pukul 11 pagi..orang tak ramai pun..tapi tak tau lah kot diorang masih tido lagi dalam chalet..sebab cuaca sejuk je pagi tu..


Barulah pelancong bergambar kat mercu tanda ni..hihih
Gambar mami takde..mami jadik photographer je..


Masuk ke dalam sikit baru nampak reception counter walaupun takde org..huhu


Antara pilihan chalet yang ada kat Tasik Chini..tak sure pulak berapa rate harga chalet kat sana..


Papan tanda harga kalau korang nak naik bot pusing2 kat tasik tu..kat rumah dah cakap dah kat asben, taknak naik bot..gayat..lagipun kita bawak anak2..macam tak berapa sesuai sangat..
Sekali sampai sini, asben terus tanya kat sorang brader yang jaga kat situ..dia kata boleh je bawak budak2 naik bot..tak laju pun bot tu..laju sikit je dari kayuh..dalam berdebar mami terpaksa setuju..hahahah

Kitorang amik pakej 9 tasik termasuk singgah sekejap kampung orang asli..satu bot tu rm60..boleh la..sekali seumur hidup..

So, here we go..


Bot nilah kitorang naik..sesuai utk 4 beranak ni..dah naik pakai life jacket siap2 barulah vrommmmm..eh, takde vrommmm mana pun..memang betul boatman tu bawak slow je..memang betul jugak dia kata laju sikit je dari kayuh sendiri..hahhahha..sampai nak tertido pulak rasenya..dah la lalu 9 tasik ni..tapi takpelah..layan kan aje..nasib la Asyraf ni jenis behave..duduk je..yang tak berapa nak behave ni cik bunga..letih mami nak pegang dia..nak ke tepi kiri kanan..nk bukak life jacket..hadoiii penat..


Tengok gambar pun tau dia stress dgn life jacket tu..besar dari tuan katenya..heheh


Asyraf jugak good boy..diam je sambil menghayati keindahan Tasik Chini..indah ke?? Boleh la..takdelah teruk sangat pun..air masih hijau bukan teh susu seperti yang dicanang..bunga teratai pun ada banyak lagi..cuma terlupe pulak nak snap gambar..


Singgah sekejap perkampungan Orang Asli..Kampung Cendahan nama nya..sampai sana dalam tengahari..orang pun takde..semua dalam rumah kot..diorang pun dah muak agaknya terima so called pelancong ni..huahuahua


Bergambar jelah..ada je pondok kecik jual hasil kraftangan..tapi harga boleh pitamsss..sumpit rm80...hurmmm mampu tengok jelah..huhu

Ok dah settle dekat kampung orang asli, sambung naik bot semula..dan tamatlah pengembaraan bot untuk anak beranak ni..jadiklah kan..saja nak happy2 je..tambah pengalaman dengan anak2..

Ohh yer..aku malas nak selit pasal sejarah Tasik Chini tasik penuh lagenda ni..kang korang tak percaya..nak tau lebih lanjut, boleh la Google yer..hoho

Oklah, ni je utk hari ni..tenkiu sudi singgah baca yer..jumpe lagi..bye

Sunday, September 27, 2015

Balik kampung ooooo balik kampung

Assalamualaikum..

Hai hai hai..bersiaran dari kampung tercinta ni..semalam kitorg dah sampai dah..bertolak dari Gombak pukul 10 pagi sampai kampung pukul 2 petang..

Sampai lambat sebab 2 kali stop beli makanan..1st stop dekat RnR Temerloh tu..nampak lori A&W tapi malangnya belum start niaga lagi..cisss..baru nak order rootbeer float..heheh


Asyraf yang obses dengan haiwan2 dalam zoo..hari2 berzikir nak pergi zoo nak pergi zoo..sampaikan kalau nak pergi mana2 kena umpan bgtau nak pergi zoo..hadoiii..padahal baru je pergi hari tu..
Semalam dekat RnR tu, nampak ada pulak mainan haiwan2 tu..terus suruh asben beli dengan harapan takde lagi mami dengar nak pergi zoo nak pergi zoo..letih mendengarnya..huhu


Sambil tunggu abah pergi toilet sempat lagi main..gambar atas tu dia susun sendiri tu..pastu suruh mami amik gambar cun cun katenya..huk alohhh mami layankan je..


Singgah gerai buah jap buat bekalan dalam kereta..

Ok dah fresh semua jom jalan lagi..Alhamdulillah selamat sampai kampung walaupun semalam kat hiway stress dengan macam2 karenah driver malaysia ni..hurmmm
Oklah..jumpe lagi..bye...

Wednesday, September 23, 2015

Jom Sertai Sambutan Bulan PLAY-DOH ®

Alami Pengalaman Sambutan Bulan PLAY-DOH®
Yang Julung Kali Diadakan!
Kepelbagaian Komuniti Malaysia memberi inspirasi kepada anak anda untuk mencipta ukiran PLAY-DOH® terbaik, yang akan juga menjadi sebahagian dari cubaan memasuki The Malaysia Book of Records!


Imaginasi sihat memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik tersendiri.


party pack yang ditunggu²


ohsem kan? mami is over excited!

ATTENTION TO ALL PARENTS OUT THERE!!!

Sila terjah Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, Sabtu (26/9/2015)..
yess, Sabtu minggu ni..
siapa yang free boleh pergi yer..bawak anak anak datang sama sama menghasilkan karya terbaik korang bertemakan MALAYSIA dari PLAY-DOH®

Semasa anda mencipta yang baharu atau mencipta semula yang sedia ada, anda turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu). Kejayaan cubaan ini akan menyaksikan rekaan PLAY-DOH® anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik!

#playdohmonth

Untuk Maklumat Lanjut dan Terkini tentang Bulan PLAY-DOH sila layari 

Tuesday, September 22, 2015

Sandwich super sedap by Superlicious_Sandwich

Assalamualaikum

Selamat pagi semua..ramai ke yang dah start cuti hari ni..untung laa cuti banyak..yang cuti dah tinggal nyawa2 ikan ni, kerja rajin2 yer..hekhek

Hari ni nak cerita pasal satu snack super lazat..ni bukan cerita rekaan semata mata yer..aku dah order masa pergi Zoo Negara hari tu..rasanya sedap giler..semua pun suka..Alhamdulillah

Apa benda yang sedap sangat tu?
Ni dia..


Sandwich dari IG - @superlicious_sandwich





Aduhaiii..lapor lah pulak pagi2 dah tatap gambar sandwich ni..macam kena order lagi je..


Menu sandwich..banyak pilihan kan? Nak rasa semua korang order je mixfiesta tu..macam aku order hari tu..sedap nya..huhu


Ni yang aku order masa pergi zoo tu..mix fiesta..sekejapan je licinnn..hahha

Harga amat berpatutan..murah! Cas delivery pun murah je..rm5 area KL/Selangor..murah kan..luar KL pun ada delivery rasanya..kena tanya owner lah..
Wassap je owner, kak liya 012 2243091
Gerenti puas hati..

Okbai..


Monday, September 21, 2015

Breakfast gath geng gojes

Assalamualaikum..

Macam biasa aku update blog sambil layan jammed! Nak pulak hari ni hujan..sana sini sesak..ikut Waze pun jammed..huhu..
Maka, marilah kite update sepatah hingga 350 patah perkataan..

Sabtu lepas..ad hoc gathering sebenarnya..sebab macam dah lama tak jumpa jumpaan..gituu ayat aku..admin Gojes, ciknaa yang ajak..aku ok je sebab hari sabtu tu asben tak kerja..kat mana pun ok janji pagi..boleh breakfast ala2 piknik..hihi
.......... to be continue...........

Ok sambung..td tu type dalam kereta..sekarang dah kat umah..hihi
Kitorang decide jumpa dekat Taman Layang Layang, Kepong tu je..senang kat situ sebab dah biasa..


Mami leenda, Ciknaa & Julia
Ni je yang ada..sebab yang lain2 ada hal..lagipun tak plan lama..so, sapa free datang jelah..

Acara macam biasa la..makan2 jemah nya tak seberapa sebab masing2 sibuk kejar anak..hihi


Dua budak kena bangun pagi ikut mami breakfast kat taman..heheh
Nasib 2 2 mood baik..ajak mandi pun ok je...


Macam biasa..kalau datang sini memang kena paw beli pistol bubble ni..mahal kemain seketul tu..tembak sekejap dah habis..


Cubaan Dahlia rampas spek abah dia..heheh


Asben sewa beskal kat sana..rm20/20minit..mahal giler..dulu takdelah mahal mcm ni..tapi sebab nak happy2, layan jelah..
Sempat jugak lah aku bawak seround..hihi


Qi anak Julia pun kemain excited asben bawak naik beskal..siap bye bye ummi dia..hehhe

Dalam pukul 11, kitorang dah gerak balik dah..matahari pun dah naik..anak2 pun dah berpeluh..oklah..jom balik..mami pun dah penat..padahal tak buat ape pun..duduk je pun..adehhhh

Oklah..tamat sudah kisah breakfast gathering geng GBSB..next time kita buat lagi..harap ramai la yang boleh join..mekasih sudi singgah baca..jumpe lagi..bye..

Sunday, September 20, 2015

Roti telur cheese dengan chicken loaf

Assalamualaikum..

Boring petang2 ahad ni kan..tengahari tadi pergi ambik adik dekat UM..keluar makan dengan nak pass henpon baru..untunglaa ada orang belanja beli henpon baru..huhu

Ni cerita sebelum keluar rumah pagi tadi..abah mami sarapan kepok lekor ganu je..anak2 mami buat roti telur cheese dgn chicken loaf..tadi terajin sikit..sambil buat sambil snap gambar..abis kotor henpon..hahha

Otai masterchef jangan ek ellehh kan entry ni yer..dilarang sama sekali..hihi
So, kita bagi resepi bergambar lah yer..
Senang paham kot..


Defrost dulu sekeping..sebab nk guna sekeping je..aku guna chicken loaf brand Ayamas..pastu goreng dulu dengan minyak sikit sekejap..dah garing, angkat and tos


Amik sekeping cheese..aku guna brand Beqa sebab masa beli tu, ni yang paling murah walaupun tak murah sangat sebenarnya..huhu


Susun atas roti..ikut la nk tambah apa lagi..suka hati korang lah kan..korang yang nak makan..


Dah kapit 2 keping macam ni, baru celup dalam telur yang dipukul..ada orang celup roti dulu baru letak cheese..ikut la mana selesa..

Pastu goreng dalam kuali dengan minyam yang sikittt je tau..nak guna magic pan pun boleh..tp tadi malas nak keluarkan..balik2 kan roti..nampak dah golden2 tu, bolehlah angkat dan hidangkan..


Roti telur cheese dengan chicken loaf..
Potong kecik senang anak2 nak makan..
Senang je kan..heheh

Sekian entry petang ahad sambil golek2 dengan Dahlia..mekasih sudi singgah baca..jumpe lagi..bye..

Friday, September 18, 2015

Bila demam lebih 3 hari

Assalamualaikum..

Dah petang baru dapat update..sambil2 layan jem di hari Jumaat ni, jom la kite update sepatah dua kata..

Ni kisah semalam..terpaksa bawak Dahlia buat blood test sebab demam nya tak kebah2 waluupun dah makan ubat..risau sebab takut kena denggi..Nauzubillah..

Aku pergi Columbia Asia tu sorang2 je..asben kena kerja..so, hantar Asyraf ke umah pengasuh pastu terus shoot pergi Columbia..berdua dengan Dahlia bukan perkara yang mudah yer..dengan dia takmo berjalannya..nak berdukung saja..nasib baik procedure senang je sebab record nama Dahlia mmg dah ada kat sana..

Mula2 nurse timbang berat yang tak berapa berat tu..dah setahun 4 bulan baru 8.4kg..heheh..comel je..ehh, tercomelkan anak sendiri pulak..pang sedass..
Lepas timbang, tunggu depan lab sbb nak amik darah pulak..aku yg berdebar lebih..seperti yang dijangka, Dahlia boleh bantai menangis sekuat hati masa lab officer tu cucuk jari dia..satu Columbia tu dengar suara dia..hoho

Tunggu sekejap, masuk jumpa paeds pulak..Dr. Margeret kot nama nya reveal result..Alhamdulillah bukan denggi tapi demam viral/virus..


Result blood test..
Ok..dah hai2 bye2 dgn doktor, dpt bill..jom lah kite pergi bayor..
Tapi sebab guna panel card asben, Micare-Ambank total rm324 dicover sepenuhnya..Alhamdulillah..selamat duit mami..hahah


Selagi ada, gunakan sepenuhnya..

Ok dah settle kat cashier, baru boleh ambik ubat pulak..pastu jom balik..
Kesimpulannya, penat giler pergi sorang2..mana nak dukung beg simple dimple, nk dukung dahlia, nak pegang henpon lagi..hadoiiii..takmo dah pergi sorang..konon2 nk jadik supermom la pergi sorang..cehhh

Memang tabik spring toink toink la untuk mak2 yang handle anak sorang2 pergi mall, klinik, pergi pasar sambil bawak anak..huwaaa..korang memang hebat lah..aku tak boleh la..rasa nak nangis pun yer..tapi ku tahan jebatt..hahhaha

Okbai..

Wednesday, September 16, 2015

Jalan jalan Zoo Negara

Assalamualaikum..

Update hari Malaysia pulak..rajin tak rajin la mami asyraf dahlia hari ni kan..maafkan saya..bagi jelah laluan sementara roh rajin datang meresap ni..

Oklah..buat kali kedua dalam tahun ni, kitorang pegi Zoo Negara bawak anak2 tengok binatang..bulan 6 hari tu kitorang pergi dengan keluarga kecik kami berempat je..kali ni, pegi 4 family..dengan kawan2 asben merangkap geng2 pengapit time kawen dulu..bawak sekali pengantin baru..doakan diorang cepat dikurniakan cahaya mata yer..


Yang paling kiri tu pengantin baru..semangat nak ikut pergi zoo..dating dulu sementara belum ada anak ni..nnt ada anak datang lagi kan..yang paling kanan pulak tengah pregnan anak kedua..dah 4 bulan kot..


Suka gambar ni..4 keluarga..nampaknya keluarga asleenda mendahului carta liga..hahha

Collect duit dulu then baru beratur nak beli tiket..kali ni dah pandai sikit..bawak sekali member kad J card tu..boleh dapat discount 10%..jadiklah kan..
Tiket dewasa selepas 10% - rm28.80
Tiket kanan2 selepas 10% - rm9.90

So, bermulalah pengembaraan kitorang..hihi..
Kami mulakan dengan masuk butterfly garden..Asyraf takut masuk sini sebab dia memang takut serangga terbang2 ni..


Best masuk sini sebab ada aircond..hehe
Dah pusing seround, kita keluar tengok binatang lain pulak..dah jalan separuh dekat harimau tu, kitorang patah balik sebab nak tengok animal show pukul 11pagi..better datang cepat kalau nak duduk yer..sebab ramaiii orang..masa kitorang pegi ni, ada lebih kurang 10 bijik bas yang bawak rombongan sekolah..


Kat sini boleh tengok gelagat pekerja terlatih zoo mengendalikan haiwan2 buat show..ada burung kakak tua, binturong, singa laut ke anjing laut aku dah konpius ni..pun ada..yang takde dolphin je..hekhekhek..kira best jugak lah..ko dah bayar mahal2 wajib tengok lah animal show ni yer..

Dah settle show, kitorang lepak bukak bekal potluck kat pondok2 tepi theater tu..masing2 bawak bekal sedap2..


Ada mee goreng..makaroni/spiral goreng..nasi goreng lupe snap..nugget pun ada..aku bawak sandwich..order je senang..kenyanglah perut kitorang tengahari tu..Alhamdulillah..


Nanti aku buat entry lain pasal sandwich ni yer..

Ok, dah kenyang jom sambung jalan lagi..kite masuk tengok ikan2 pulak..syok dalam ni sebab ada aircond..hihi..sejuk sikit nak berjalan..


Ni je sempat snap..jadiklahhh..dah pusing satu round, keluar tu sambung balik pergi tempat2 harimau gajah semua tu..tapi naik tram pulak kali ni..dah tak larat nak berjalan dah..perut pun dah kenyang kan..
Tiket tram dewasa rm5..kanak2 rm3 kot..



Asyraf suka la pergi sini..semua binatang tu dia dah kenal..baru je pergi kan..lama stop kat tempat harimau putih sebab terkedu tengok harimau besar warna putih tengah mandi..heheh..Asyraf sibuk cakap mami tiger dah mandi nak towel..pastu nak pakai baju kan mami? Aduhaiii


Tetiba tak de gambar Ammar..rasa macam ada snap..sorry Ammar ekk..next time mami amik pic Ammar banyak2 okey..hihi

Apa lagi ekk..lupa dah..hadoiii..oklah..ni pun dah panjang benor dah ni...mekasih pasa yg sudi singgah baca..yg dtg tengok gambar je pun, mekasih banyak la yer..nnt dtg singgah lagi okey..jumpe lagi..bye

Tuesday, September 15, 2015

Mami sakit jaga budak demam

Assalamualaikum..

Kemain tajuk macam kan sakit sangat..mami sakit kepala migrain je ni haa..terpaksa ambik EL sebab kalau masuk opis pun bukan nya boleh buat kerja pun..dengan sejuk aircond lagi..lampu terang benderang lagi..heiiii naik darah tinggi aku..hihi

Sekali masa asben nak pergi hantar anak2 kat umah pengasuh dia kata badan Dahlia macam panas..aku try pegang badan dia..sekali betullah dia demam..kirenya mami migrain jaga budak demam lah ni..nasib baik asben masuk kerja lambat sikit hari ni..boleh la tolong tengok2 anak dara dia tu..mami nak mentido kejap..


Pagi tadi sebelum masuk ubat bontot dengan mandikan dia..
Lepas menangis seround, masuk buai terus tido..

Dia tido, apalagi..mami laju2 masuk dapur masak..ketung ketang ketung ketang, siap!!


Ikan masak kicap suka hati nama diberi..
Sebab apa nama macam tu, sebab suka hati ko lah nak masak macam mana pun..janji hitam ada kicap..tulah pentingnya cili blender yang dah siap buat tu..sap sap soiii ke kerja kat dapur..kena laju sebab kalau si kenit tu dah bangun, ape pun tak boleh..haha


Sayur campur..apa saje sayur yang ada dalam esbok, campurkan saje..kita buat dia..jangan risau jangan peduli orang kata, yang penting kau bahagia..dah kenapa ayat aku macam ni pulak? Hihi

Ni asben dah pergi kerja, dahlia tido pusingan kedua..moh la kita lipat kain laju2 sebanyak yang mungkin..esok cuti dah kurang sikit kerja..ermmm yeker?
Oklah..mekasih sudi singgah baca yer..jumpe lagi..bye..

Monday, September 14, 2015

1 tahun 4 bulan dah Cik Bunga

Assalamualaikum..

Baru teringat hari ni 14hb kan..maknenya hari ni genap setahun 4 bulan cik bunga dahlia tu..nak kata sekejap sangat tu takdelah..lama jugak rasanya..hahha

Kesian dia..dulu time Asyraf setiap bulan mami update perkembangan..bukan taknak update, takde masa..sibuk sangat..kadang masa untuk diri sendiri pun takde..terkejar kejar..

Tapi kali ni mami curi masa update laju2 pasal perkembangan yer..setakat setahun empat bulan ni, berjalan dah laju..mulut pun laju jugak..ohh yer, tangan pun laju jugak..hahha


Gambar semalam..
Dapatlah 2 saat dia boleh duduk diam kat kerusi tu..lepas tu, hurmmm jenuh kejar dia jelah..

Gigi pun dah tumbuh banyak..gigi geraham pun dah tumbuh..tapi susah giler nak gosok gigi dia..memang beza sangat dengan Asyraf dulu..Asyraf dulu tadah je kalau mami nak gosok gigi..tapi dengan Dahlia ni, mami ala2 kena bersilat dulu baru dia nak bukak mulut..hahhahadoiii..

Tapi, ada bagusnya bab lain..tak kisah langsung kalau mami nak main2 dengan rambut dia..kalau mami cakap duduk..mami nak ikat rambut, elok je duduk..boleh la main sikat2 rambut..ikat2 rambut walaupun rambut dia nipis je punnn...hihi

Kalau mami kate, jom mandi..laju je nak bukak baju..nak bukak seluar..Asyraf dulu kalau mami ajak mandi, laju2 larik..hahaha...anak oh! anak...

Ohh yer..anak dara ni garang okehh..mungkin sebab abg dia garang dengan dia kot..kalau kita haippp kan dia, dia haipppp kan kita balik..silap haribulan kena babab dengan dia pulak..hihi

Oklah..tu je dulu..nanti mami sambung cerita lagi ekk..mekasih sudi singgah baca yer..jumpe lagi..bye


Friday, September 11, 2015

Kisah hero kecik, Hanif Asyraf

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua..hari ni nak update pasal anak bujang nan seketul si Asyraf tu..rasa macam dah lama tak cerita pasal dia kan..dah lama tak keluar kat blog mami dia ni..tapi selalu keluar dekat IG..senang sikit kt IG..sape sudi follow, meh follow..hihi
@leendaasyura

Sekarang dah 3 tahun 8 bulan dah..
Cakap dah pandai dah..banyak tanya..apa tu mami..ape ni mami..mami, kenapa marah asyraf? Mami, jangan lah marah adik..tu yg selalu keluar dari mulut dia..hihi



Tak ingat ni gambar bila..sekarang ni dah ok dah kalau pergi potong rambut..diam je senyum2 geli bila mesin rambut tu kena kat kepala..hehhe
Yang tak ok nya, mamak tu! Potong rambut ikut suka dia je..dah macam kena gigit tikus rambut Asyraf..mami makan hati tengok rambut macam tu..haishhh



Tengok rambut depan tu..adehhh
Lepas ni kena bawak pergi potong rambut dengan amoi kot..takpe, tunggu bulan depan lah..kita pergi saloon rambut pulak ekk..

As of today, masih pakai diaper lagi..tak tau bila nak start potty train dia..hari tu pernah cakap dgn Asyraf..
'Hari ni tak payah pakai pampers ekkk..Asyraf kan dah besar..'
Tau dia cakap apa?
'Nanti kencing Asyraf tumpah kat Tv
macam mana? Nanti tumpah kat dapur macam mana?
Adehh dehhh dehhhh
Speechless mami ko Asyraf oiii...

Takpe2..
Akan diusahakan sikit masa lagi..sebab pengasuh pun cakap tunggu Asyraf 4 tahun..so, tunggu jelah..

Masih lagi hisap susu botol..tapi kat umah je..sebab kat umah pengasuh, dia minum susu dalam botol yang ada straw tu..puncanya hari tu mami lupa nak bawak botol susu dia..pengasuh bancuh dalam botol straw tu..nak pulak dia minum..oklah tu..sebab ingat nak train minum susu dalam cawan je..

Tapi kat umah dia taknak minum dalam botol straw..
Pandai pulak request Asyraf nak minum susu tido..taknak susu duduk..maknenya nak susu dalam botol susu dia lah..hahah

Oklah tu..belajar sikit2..mami pun malas nak push2 sangat..malas nak pikir pun yer jugak..pemalas teruk mami nih..adehhh

Oklah..nak buat air milo..mekasih sudi singgah baca yer..jumpe lagi...bye..


Wednesday, September 9, 2015

Resepi kurma ayam

Assalamualaikum..

Untuk bacaan mereka yang tak pernah masak kurma ayam macam aku je tau..
Yang dah taraf2 chef, dilarang sama sekali meng'ek elehhh' kan entry aku ni..hahhaha

Ok..seumur hidup aku ni, serious tak pernah aku masak kurma ayam..ambik resepi takyah cakap la..sana sini google..buatnya tak..sampai la satu tahap, pengasuh cakap, Asyraf Dahlia suka betul makan nasik kalau lauk kurma ayam..ko rase???

So, masa beli barang dapur hari tu, aku pun ambik la sepeket rempah kurma ayam brand Mak Siti..masih lagi gigih google resepi..siap tanya kakak opis ni resepi..sebab dia kata senang yang amat..amboiii sangat nih..hihi

Tiba lah hari semalam..semalam kan aku EL..tak kerja..dan tak hantar anak2 ke rumah pengasuh..maka tercetus lah idea nak masak kurma ayam..wahhh sampai gitu sekali tercetus idea bagai..

Belek2 rempah kurma brand Mak Siti tu..lahhh, ade resepi kat belakang peket tu..senang bebenor lah haiiii...ikut jelah sebijik2..


Untuk 1st timer..boleh lah kan..asyraf dahlia makan bertambah..mami diorang apatah lagi..

Nak resepi jugak ke?
Belek je belakang peket rempah yang korang beli tu..confirm sedap..hekhekhek..
Okbai.

Tuesday, September 8, 2015

Rombongan menghantar adik ke UM

Assalamualaikum..
Selamat pagi..aku kat rumah masa tengah type entry ni..tak masuk opis hari ni sebab malas..wahh boleh gitu? diiringi hujan lebat non stop dekat Gombak sekarang..Alhamdulillah dapat jugak kurangkan jerebu yg tengah melanda sekarang ni kan..

Oklah..panjang pulak mukadimah..hehhe
Sebenarnya nak cerita pasal hari Ahad lepas..kitorang pergi hantar adik perempuan aku yang last masuk UM..rezeki dia la dapat buat degree Pengajian Melayu kat sana kan..Alhamdulillah..

Pukul 9 keluar rumah..sampai2 tengok UM dah jammed! Huhu..yelah..semua orang pun nak hantar anak masing2 kan..


Bergambar dulu seround..tu pun sebab ternampak anak dgn ayah dia selfie kat situ..heheh


Adik dengan ma..tu pun lepas dah balik ma kata lupa nak ambik gambar masa kat dalam bilik hostel..huk alohhh ma..hahhaha

Lepas dah dapat bilik, singgah TMC Bangsar tu pulak sambung shopping bakul sampah, penyapu dgn air mineral 2 3 botol..pastu singgah makan tengahari kat kedai makan sebelah UM Asasi tu..


Semua pun order nasik ayam..senang dan cepat..nasib baik sedap jugak rasanya..hehe

Dalam tengahari dah settle semua..tinggal la adik kat sana dengan kawan2 baru..belajar rajin2..kata lepas ni nak terus sambung Master pulak kan..
Semoga berjaya dan terus berjaya..aminnn

Oklah..sebab hari ni tak kerja..anak2 ada kat umah ni, kenalah masak..hurmmm nak masak ape yer?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012 Reserved to Dan Sebenarnya Semusim Rindu.. Design with love by Cik Rose Cute